Epilog

9.5K 174 18
                                    

Lapan bulan kemudian...

"Mana Esyana? Tak ajak dia sarapan sama?" Johari melilau dari meja makan terjengah-jengah mencari anak perempuannya.

"Esyana tak nak makan k?" Taufik pula bertanya.

"Nak Sheefa panggilkan akak di atas k?" Sheefa yang sedang menuang air teh panas bertanya.

"Dia muntah-muntah lagi tadi. Izz nak temankan dia, tapi dia suruh Izz turun dulu sebab dia nak bersiap-siap. Lepas sarapan, Izz nak teman dia buat check-up kat klinik" Beritahu Izz tanpa ditanya.

"Dah mengandung enam bulan masih muntah-muntah lagi?" Ramlah tersenyum.

"Kadang-kadang saja. Tak teruk macam masa mula-mula mengandung dulu. Kita makan dulu lah. Kejap lagi Syana turunlah tu" Pelawa Izz sambil membantu mak mertuanya menyendukkan mi goreng ke dalam pinggan.

"Itulah pengorbanan yang terpaksa seorang isteri lakukan. Macam-macam dugaan dia kena lalui sepanjang tempoh mengandung. Sebab tu mak nak korang dua tinggal kat sini sampai Esyana habis pantang, kalau kamu kerja, bolehlah mak tengok-tengokkan Esyana" Kata Ramlah.

"Ye mak" Balas Izz pendek bersama senyuman.

Esyana muncul di ruang makan. Seronok melihat mereka asyik bercerita.

"Sini, sayang.." Izz menyorongkan kerusi di sebelahnya agar Esyana duduk di situ.

"Syana ok tak ni?" Rashidah risau melihat wajah Esyana yang sedikit pucat.

"Syana ok je ma" Balas Esyana.

Dia memerhati Izz menyendukkan mi goreng untuknya. Juga menuangkan minuman sekali. Izz tak membenarkan dia buat itu semua.

"Makanlah, perut kosong kalau tak makan, masuk angin pula. Nak abang suapkan k?"

Tersimpul senyum Esyana. Bahu Izz ditepuk mesra. "Sayang boleh suap sendiri"

Izz Azwan memandu menuju ke klinik untuk membuat pemeriksaan bulanan pada kandungan Esyana Aira. Tersentuh hatinya kala melihat perut isterinya sudah membuncit lebih besar. Lebih tersentuh apabila melihat Esyana mengusap-usapnya dengan penuh kasih.

"Abang, boleh tak kita pergi melaka? Sebab Sherry kan ada launch karya pertamanya dekat sana, kita pergi, nak tak?" Pertanyaan Esyana memecah kesunyian antara mereka

"Sayang tu kan mengandung. Kita bagi ucapan melalui whatsapp je lah ye?" Izz mengerling wajah Esyana sekilas, memancing reaksi isterinya itu.

Esyana menghela nafas panjang. "Takpelah. Nanti sayang text dia, syana tak dapat datang"

"Hari ni dah boleh scan baby kita, nak tahu baby boy atau baby girl. Excited abang tau. Berdebar-debar pun ada ni"

"Sayang sebenarnya nak sangat ada anak kembar tapi sekarang sayang tak kesah anak perempuan atau lelaki"

"Ye sayang" Izz memberhentikan kereta di parkir yang berhampiran dengan klinik. "Jom"

Mereka keluar dari kereta dan beriringan menuju ke klinik makmur.

Beberapa bulan selepas itu...

Wad bersalin itu kini dipenuhi tetamu. Sejak berita Esyana Aira melahirkan anak kembar lelaki dan perempuan itu tersebar malam tadi, lewah tengah hari itu wadnya diserbu.

Senyuman lebar terukir pada wajah masing-masing. Ibu, ayah malah kawan-kawan rapat juga saling tak putus memanjatkan syukur atas kurniaan ini.

Esyana yang sudah kebah daripada penatnya melahirkan, kini sudah boleh tersenyum lebar. Seronok melayan anggota keluarga yang teruja dengan kehadiran orang baru itu.

"Tak sangka kita dapat dua cucu, satu perempuan, satu lelaki. Kembar" Kata Rashidah dengan teruja.

"Nak letak nama apa?" Tanya Izz separa berbisik.

"Razif"

"Razif?" Betul k ni? Sebenarnya Izz pun berhasrat untuk memilih nama itu untuk anak lelaki mereka tapi ditakuti sedikit sebanyak mengungkit kisah lalu.

"Razif Arzaqi untuk anak kita yang lelaki" Sekali lagi dia ulang

"Betul ni?" Senyuman Izz koyak lebar. Dua kali nama itu 'menitis' pada bibir isterinya.

"Dan untuk anak perempuan, Razinatul Amani" Kata Esyana perlahan.

"Cantik nama yang sayang pilih untuk anak kembar kita." Puji Izz.

"Semoga Razif Arzaqi dan Razinatul Amani menjadi anak yang soleh dan solehah lagi baik akhlaknya" Doa Esyana perlahan.

"Semestinya tabah dan kuat macam mama dia" Tambah Izz seraya mengelus pipi pucat isterinya.

"Assalamualaikum" Sapa seorang wanita.

"Waalaikumussalam" Esyana mengecilkan anak matanya bila melihat seorang lagi tetamu yang tidak dijangka datang.

"Sherry?" Esyana menegurnya dengan rasa tidak percaya.

Wanita itu menganggukkan kepalanya sambil melirik ke arah Izz.

"Sayang kan yang nak sangat jumpa Sherry? Thanks me later" Gelak Izz.

"Congratulations on your twins" Ucap Sherry sambil bersalaman dan memeluk Esyana.

"Terima kasih sebab datang. Tak sangka tau" Esyana tersenyum.

"So macam mana dengan novel pertama awak? Boleh saye beli?" Soal Esyana.

Sherry ketawa. "Tak payah beli sebab memang saye nak hadiahkan untuk awak. Awak baca eh bila awak free"

"Thanks tau!" Ucap Esyana sambil memeluk Sherry.

"Siapa nama baby korang?" Tanya Sherry.

Izz memandang yang lain-lain. "Saye, Izz Azwan, nak umumkan nama anak kembar kami. Yang lelaki, kami beri nama Razif Arzaqi, manakala yang perempuan Razinatul Amani."

Yang lain menyambutnya dengan syukur Alhamdulillah.

"Terima kasih sayang. Betapa bertuahnya abang memiliki sayang. Dan Alhamdulillah kita di kuniakan dua orang cahaya mata." Izz Azwan dengan penuh kasih mencium tangan isterinya.

Esyana Aira melekapkan tangan suamina di pipinya.

"Sayang cintakan abang. Sayang ikhlas terima abang sepenuh hati. Sayang terima dugaan dengan redha" Kata Esyana dengan wajah gembira.

"I love you sayang. Until jannah" Ucap Izz Azwan bersama deraian air mata.

Dahi isterinya dikucup dengan cinta yang tak terungkap dalamnya.

"Kisah yang Allah hadirkan dalam hidup tentu tidak selalu lurus dan tidaklah selalu membuat kita merasa baik, namun walaupun demikian selalu percayalah bahawa akan selalu ada hikmah dibalik setiap kejadian yang terjadi dalam kehidupan kita.

Allah maha tahu segalanya, Dia tahu apa-apa yang menjadikan hidup kita lebih baik dari masa ke semasa, maka saat kejadian tidak baik yang disebut sebuah ujian dariNya datang menerpa, tetaplah bersabar dan tawakal, sebab disebalik ujian yang telah digariskanNya untuk kita pasti tersimpan hikmah yang luar biasa."

Hati yang sudah terbelah duaWhere stories live. Discover now