Bab 24

3.4K 98 2
                                    

Kereta meluncur laju di atas jalan raya. Suasana pagi yang sibuk di sekitar Kuala Lumpur tidak sedikit pun menghalang kelancaran pemanduan Izz Azwan yang menongkah arus. Kenderaan-kenderaan yang sedang bergerak menghala ke Pusat Bandar, Kuala Lumpur, memang sudah mulai bersesak-sesak namun pergerakan ke arah lapangan terbang adalah sebaliknya.

Sesekali matanya melirik ke kanan, ke kiri, ke depan dan ke belakang.

"Bro!" Sapaan seorang jejaka yang baharu sahaja balik dari luar negeri.

"Eh, aku tak nampak kau tadi. So apa macam dengan UK? Kau ada bawa apa yang patut? K kau gagal?" Seloroh Izz.

"Ada lah. Siap dengan tawaran kerja sebagai doctor tau." Jawap Rashid. Kawan yang kian lama tak berjumpa.

"Kau dengan Aina macam mana?" Tanya Izz lagi.

"Ok aje. Mungkin tahun depan kut aku masuk minang dia" Jawap Rashid.

Kira macam ni. Rashid dengan Aina ni adalah kawan rapat Izz sejak dari sekolah ugama dulu. Sama lah jugak dengan Esyana, tapi tak lah rapat sangat.

"Jom lah kite pergi minum sambil borak-borak. Eh kau masih k dengan..? Siapa nama dia?" Tanya Rashid. Dah banyak perkara yang dia tertinggal. Sebenarnya kawan depan mata dia ni dah bertunang, Izz bagitahu pasal tu k pada Rashid? K dia diamkan je? Sebab satu office tak tahu menau pasal Izz dah bertunang. Hebat betul!

"Jom lah" Jawap Izz ringkas. Soalan tentang Sherry tidak di jawap, malah mereka terus sahaja menuju ke tempat yang ingin di tuju.

"So apa perkembangan terbaru kau?" Ingin tersentak dengan soalan yang yang di berikan oleh Rashid.

"Ni saye nak Chicken Chop dan Air cincau susu satu" Izz terus memesan makanan dan minuman apabila pelayan sampai.

"Kau tak nak ambik buffet  je k?" Tanya Rashid.

"Tak. Aku tak berape suka buffet. Macam lah kau tak tahu" Jawap Izz.

"Takdelah. Mana lah tahu kau berubah taste. Yelah, dah hampir 4 tahun kite tak borak sama. Ni aku tanye kau tadi, apa perkembangan terbaru kau? Tak nak share dengan aku k?" Tanya Rashid lagi. Perkembangan terbaru? Kalau nak di ikutkan, tunang lah perkembangan terbaru.

Izz tersengih bila mendengar soalan yang sama di lontarkan. "Aku sebenarnya ada hal nak cakap dengan kau. Tapi kau tolong jangan bagitahu siapa-siapa, terutama sekali Sherry" Pinta Izz sebelum dia menyuarakan apa yang tersirat.

"Ok. Eh aku bukan kenal dengan Sherry tu, aku tau kau ada gf yang bernama Sherry tu pun sebab kau yang skype  aku" Jawap Rashid.

Mata Izz buntang tatkala memandang ke arah susuk tubuh yang sedang menyenduk lauk. Walaupun dari jarak jauh, dia sudah kenal benar dengan susuk tubuh itu. Dia sudah tidak senang duduk. Rasanya seperti terdapat unggun api yang terbakar dibawah kerusinya. Panas dan sangat tidak selesa.

"Hoi! Ape cerite kau macam beruk tanpa air ni?" Seloroh Rashid, pelik. Secara tiba-tiba sahaja dia melihat lelaki itu seperti gelabah.

"Takde apa lah. Jom kite balik. Tukar restaurant lain je lah kalau macam ni. Aku dengar restaurant baru dah nak buka" Izz beralasan.

"Kau jangan nak memandai eh, makanan aku belum habis ni" Kata Rashid.

Mata Rashid masih tidak lekang memandang reaksi tidak senang duduk Izz. Dia perasan sedari tadi Izz memandang ke arah tempat lauk-pauk. Matanya turut memandang ke arah yang sama. Susuk tubuh gadis yang mengenakan baju kurung biru lembut dan di padankan dengan tudung berwarna hitam dan jugak seorang lagi gadis yang berbaju kurung berwarna coklat dan di padankan dengan tudung hajra yang berdiri sebelah gadis tersebut itu menarik perhatiannya. Tapi gadis yang berbaju kurung berwana biru lembut itu seperti di kenali tapi tak lah pasti.

Hati yang sudah terbelah duaWhere stories live. Discover now