Jungmin's Story (LAST: Part 6)

128 13 0
                                    

Seminggu kemudian...

"Apa main tutup mata ni?" soal Sana yang tidak selesa matanya yang di tutp dengan kain.

"Ala.. Kejap je sayang." pujuk Jungkook.

"Gelaplah. Saya tak nampak. Macam mana nak jalan kalau mata ni tertutup?"

"Macam ni. Awak pegang tangan saya dan ikut saya jalan pergi mana. Kalau saya cakap buka, awak buka kain dekat mata tu. Ok?!"

"Awak ni minta yang pelik-pelik la."

Jungkook terus mengikat mata Sana dengan kain dan membawa ke tengah halaman rumahnya. Semua rakan sekelasnya yang dari Seoul turut serta untuk meraihkan hari lahir Sana. Tapi kawan mereka dari Seoul?! Ha! Sahaja mereka si kembar ini membuat kejutan untuk Sana.

"Tak boleh buka lagi ke?" soal Sana.

"Belum lagi." ujar Youngjae.

Chungha terus menyiku lengan Youngjae sekuat hatinya. Apalah pergi bising! Kantoi lah nanti.

"Eh?! Suara siapa tu?! Jungkook? Awak dekat mana?" panggil Sana.

"Saya ada ni! Dekat belakang awak." ujar Jungkook untuk menyedapkan hati Sana.

"Tapi kenapa saya dengar suara lain ya?! Macam bukan suara awak?" soal Sana lagi yang masih tidak puas hati.

"Oo.. Itu suara hati saya tu. Hehe.."

Youngjae pula naik menyampah dengan budak biskut itu. Sana masih teragak-agak dengan jawapan Jungkook itu.

"Ceh! Menyampah pulak aku dengan dia ni!" ujar Youngjae.

"Weh! Diam la kau ni!" marah Chungha dan terus meraut leher Youngjae mengusti budak itu sepuas hati dia.

"Woi! Apa ni?!" marah Youngjae yang cuba melepaskan diri dari Chungha.

"Shhh!!!"

Terpaksalah budak-budak lelaki meleraikan pergaduhan mereka berdua itu. Jungkook menepuk dahinya manakala Jungmin hanya menggelengkan kepalanya melihat gelagat mereka berdua. Hai~! Buat kecoh betul lah budak dua orang ni.

"Awak. Suara siapa tu?! Kenapa kecoh-kecoh tu?!" tanya lagi Sana.

"Tak ada apa lah. Kucing dengan anjing gaduh tu." ujar Jungkook dengan selamba.

Bulat sahaja mata Chungha memandang ke arah Jungkook dengan bibirnya bergerak mengatakan sesuatu. Siap kau! Sana memegang erat tangan Jungkook. Jungkook melihat ke arah Sana di sebelahnya. Mungkin dia tidak selesa matanya di tutup dari tadi.

"Dah boleh buka ke?"

"Dah! Kejap ya. Biar saya bukakan."

Jungkook membuka ikatan kain itu. Perlahan-lahan Sana membuka mata. Tapi silau. Dia cuba melihat persekitaran dengan lebih jelas.

"SUPRISEE!!!" jerit semua orang.

"Ouh?!" Sana semakin blur dengan semua yang berada di hadapannya itu.

[C] Kembar Ku + Jungmin's StoryWhere stories live. Discover now