Bab 4

244 30 0
                                    

"Saya.. Saya nak pindah."

"Mwo?!"

Sana hanya menundukkan wajahnya. Semua orang yang berada di dalam kelas terkejut dengan pengakuan Sana sebentar tadi.

"Waeyo?" tanya Chungha.

"Ne. Wae? Tak sampai seminggu awak sekolah kat sini." tanya Chaewon.

Mereka berdua sudah memasamkan mukanya. Sana hanya mendiamkan diri, dia tidak tahu apa yang harus di katakan.

"Err.. Saya bukan pindah sekolah. Cuma pindah kelas je." jelas Sana pada Chungha dan Chaewon.

"Waeyo? Kita semua kejam sangat ke dengan kau?" tanya Dongjin pula.

"Aniya!"

Sana memikirkan ayat untuk di berikan pada semua orang. Takut mereka berada kecil hati dengannya. Sana mengetap bibirnya. Sojung yang baru sampai ke kelas meletakkan begnya di tempatnya. Dia terpandang pada semua rakannya berkumpul di satu tempat. Hairan Sojung di buatnya. Sojung melihat seseorang pelajar perempuan yang tidak dia kenali. 'Pelajar baru. Nak pindah kelas lah tu.' teka Sojung di dalam hati.

"Saya nak pindah sebab.. Dia orang tu.."

Sana tidak menghabiskan kata-katanya. Sojung yang terdengar perkataan 'Dia orang' terus berjalan ke tempat pelajar itu.

"Dia buat dekat kau?" tanya Sojung.

"Aa..."

"Oklah! Kembar tu buat hal ke semalam semasa saya tak ada?" tanya Sojung pada rakan sekelasnya.

"Err..."

Semua budak lelaki tidak tahu apa yang harus di katakan. Ada yang melarikan pandangannya, ada yang mengusap tengkungnya.

"Dia belasah budak nerd semalam." ujar Chungha.

"Waeyo? Kau cakap!" bisik Youngjae di telinga Chungha.

Dia kelihatan begitu marah dengan Chungha. Chungha memandang Youngjae di sebelahnya.

"Wae? Salah ke?" tanya Chungha.

Youngjae langsung menjentik kepala Chungha dengan kuat. Chungha menggadu kesakitan. Dia mengeling mata pada Youngjae. Sojung menghela nafas. Marahnya pada si kembar itu. Berbuih mulutnya nasihatkan budak dua orang tu, tapi tak pernah nak dengar cakap. Pintu kelasnya di buka oleh seseorang dari luar. Kelihatan Jungmin dan Jungkook berjalan masuk ke dalam kelas. Sojung memandang mereka dengan muka yang tidak puas hati.

"Ala.. Sana. Janganlah pindah. Awak tak kesiankan kita ke?" tanya Chaewon dengan muka sedihnya.

"Em..."

Jungmin yang terdengar perbualan mereka, dia terus berhenti berjalan lalu campakkan begnya pada Jungkook. Kelam-kabut Jungkook menangkap beg abangnya. Jungmin terus berjalan ke arah tempat Sana lalu menarik lengan Sana membawanya pergi ke belakang iaitu tempat loker. Jungmin mencampak badan Sana dengan ganas. Badan Sana terkena loker itu. Dia menjerit kecil menggadu kesakitan.

"Ya Jungmin!" jerit Sojung.

Sakit hatinya dengan Jungmin sekarang. Jungmin tidak mengendahkan panggil Sojung. Dia memandang Sana dengan tanpa rasa perasaan. Sana ketakutan dengannya. Dia tidak berani untuk melihat wajah Jungmin sekarang.

[C] Kembar Ku + Jungmin's StoryWhere stories live. Discover now