Bab 7

255 24 0
                                    

Sana berjalan masuk ke dalam biliknya. Dia mencampak begnya yang penuh dengan surat peminatnya. Dia menghempas badannya dia atas katil. Dia masih lagi tidak dapat melupakan kejadian tadi. Dia langsung menjerit sekuat hatinya.

"Aniya! Aniya! ANIYAAA!!!!" jerit Sana.

"Jungmin tak guna!!!" jerit Sana lagi.

Sana menghela nafasnya. Sakit hati dia dengan Jungmin sekarang. Tapi perkara dah lepas. Nak ulang semula untuk betulkan keadaan, tak boleh dah. Tiba pintu Sana di buka oleh seseorang. Muncul muka Kihyun di hadapan pintu. Terangkat kening dia ternampak sesuatu yang tak sepatutnya. Sana terpandang ke arah Kihyun di hadapan pintu itu. Dia menjerit terus menyelubungi dirinya dengan selimut.

"KAU NAK APA HA?!" jerit Sana dalam selimut.

Kihyun menggarukan kepalanya yang tidak gatal.

"Omma kau panggil." ujar Kihyun.

"Ugh? Omma?"

Sana terus mengeluarkan kepala melihat Kihyun. Kihyun memandangnya dengan hairan.

"Omma panggil saya ke?" tanya Sana yang masih lagi tidak percaya.

"Haishh!!"

Kihyun terus berjalan ke arah katil Sana dan menarik selimut itu. Sana menarik selimut itu semula.

"Ya! Ya! ANIYAA!!" marah Sana.

"Kau nak bangun ke tak, ha? Omma kau panggil tu!" marah Kihyun pula.

Kihyun terus menarik selimut itu. Sana hanya memasamkan mukanya sahaja. Kihyun berdiri menyilang tangannya melihat Sana yang masih di atas katil.

"YAA!!" panggil Kihyun.

Dengan malasnya, dia bangun juga dari katil dan berjalan ke arah pintunya. Kihyun mengikutinya dari belakang. Sana berhenti jalan dan memusing ke belakang. Jari telunjuknya naik menunjuk ke arah Kihyun.

"Jangan nak sentuh saya!" Sana memberi amaran.

Sana takut Kihyun akan buat sama seperti Jungmin. Kihyun memandangnya dengan marah.

"Hishh!! Jalan je lah!" marah Kihyun.

Sana memuncungkan mulutnya dan berjalan keluar dari biliknya. Kihyun menggelengkan kepalanya sahaja. Dia keluar dari bilik itu lalu menutup pintu bilik itu.


*****************

JUNGKOOK keluar dari bilik air sebaik sahaja selesai mandi. Dia mengelap rambutnya yang basah. Dia terpandang ke arah Jungmin yang sedang bermain game COC. Teringin dia menanyakan tentang Sana. Tetapi dia takut abangnya memarahinya. Dia berjalan ke arah meja belajarnya sambil mengelap rambutnya. Dia melihat abangnya lagi. 'Nak tanya ke tak? Nak tanya ke tak?' bisik hati Jungkook sambil mengetuk mejanya. Jungmin yang baru perasan kehadiran adiknya lalu menegurnya.

"Wae?" tanya Jungmin yang sebenarnya hairan dengan kelakuan adiknya.

"Err.."

Jungkook menggarukan kepalanya yang tidak gatal. Dia tidak tahu apa yang harus di katakan. Takut dia tersalah cakap.

"Ani!" jawab Jungkook.

[C] Kembar Ku + Jungmin's StoryWhere stories live. Discover now