Jungmin's Story (Part 2)

127 16 0
                                    

"AAKK!!"

jungmin melihat orang yang dia langgar itu. Tidak berkelip matanya melihat kelibat orang itu. Seorang perempuan yang kelihatan sedikit nerd itu terjatuh di lantai. Dia meminta maaf sambil itu tangannya pantas mengutip buku yang bertaburan di lantai.

"Mian. Mianhaeyo!" ucap pelajar perempuan itu tidak henti-henti.

Jungmin mencangkung lalu membantu perempuan itu mengutip buku sambil itu matanya memerhati wajah perempuan itu. Perempuan itu memakai cermin mata besar dan rambut bertocang. Macam perempuan semalam. Dia cuba untuk melihat anak mata perempuan itu.

Perempuan itu perasan yang dirinya seperti di perhatikan. Dia mengangkat wajahnya itu melihat Jungmin tetapi hanya sekejap sahaja. Dia terus bangun setelah selesai mengutip semua buku dan sekali lagi dia memohon maaf pada Jungmin. Dia terus melangkah pergi meninggalkan Jungmin kerana tidak selesa dengan pandangan itu.

"Hey! Dia blah macam tu je?!"

Jungmin memandang perempuan itu sehingga kelibatnya tidak kelihatan lagi. Dia merengus kasar dan berpatah balik untuk berjalan ke kelasnya.

Prak!!

Satu bunyi retakan menghentikan langkah Jungmin. Dia mengangkat kakinya melihat sesuatu dia atas lantai. Keychain? Dia terus tunduk lalu mengambil keychain itu dan melihatnya. Aa.. Ni pasti perempuan itu punya. Dia berpusing ke belakang. Tiada satu pun kelibat pelajar pada pagi itu.









ⓙⓙⓙⓙⓙⓙⓙⓙⓙⓙⓙⓙⓙⓙⓙⓙⓙⓙⓙⓙⓙⓙⓙ







Jungkook mengucup pipi Sana sebelum melabuhkan punggungnya di atas kerusi. Sana yang segan dengan perbuatan Jungkook itu memukul lengan lengan Jungkook. Sana cuba mencari kelibat Jungmin kerana dia hairan. Hari ini Jungkook seorang sahaja yang sampai ke kelas. Selalunya mereka berdua ada.

"Mana Jungmin?" tanya Sana.

"Ish! Selalu tanya Hyung mana?! Kenapa tak tanya saya dekat mana?"

"Awak tu takkan hilang. Selalu je ade depan mata saya ni, ha."

Jungkook mencebik bibirnya. Pintu kelas mereka di tolal dengan perlahan. Kelihatan Jungmin sedang berjalan masuk ke dalam kelas dan terus duduk di tempatnya. Dia membuang pandangannya di luar tingkap.

"Hyung dah ada kan. So, nak tanya apa lagi? Hm?"

"Ala.. Selalunya awak berdua datang bersama."

"Hyung pergi tandas! Habis tu?! Awak nak ikut ke?!" geram pula Jungkook dengan Sana ini.

"Ee.. Jangan nak marah.. Menyampah dia ni."

Sana berpaling mukanya yang sudah merajuk dengan Jungkook. Jungkook menggarukan kepalanya yang tidak gatal. Ini yang dia tidak suka iaitu memujuk seorang perempuan yang merajuk.

"Mianhae.. Saya.. Saya bukan marah awak.. Saya cuma.."

"Awak tipu tak nak kawan. Huhh!"

Jungkook teruskan usaha memujuk Sana. Pintu kelas di buka dengan perlahan. Jungmin langsung mengalihkan pandangannya melihat ke arah pintu kelasnya. Kelihatan seorang pelajar perempuan sedang berjalan masuk ke dalam. Dia tidak punya mengangkat kepalanya melihat orang sekelilingnya. Apabila dia terlanggar orang, cepat-cepat dia memohon maaf.

"Mianhaeyo. Mianhaeyo."

Pelajar itu terus berjalan ke tempat duduk yang kosong. Dia langsung tidak memandang orang di sekelilingnya. Matanya hanya tertumpu pada buku yang dia sedang baca sekarang. Jungmin tidak henti memerhatikan pelajar perempuan itu. Macam budak perempuan tadi. Hmm..

"Eh! Tengok dia tu!"

"Sejak bila budak lembab ni ada dekat kelas kita ni?!"

"Hm.. Dia kan baru sahaja dapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan. Mungkin sebab tu dia naik kelas."

"Ye tak ye jugak kan."

"Eh! Jangan lah cerita pasal budak nerd tu. Eleh! Kalau setakat cerdik dalam kelas pun, aku pun cerdik."

Pelajar perempuan yang berada di dalam kelas itu membisik mencerita pasal pelajar perempuan yang nerd itu ang baru sahaja naik kelas itu. Jungmin melihat sekumpulan perempuan yang memperli perempuan itu. Nama pun perempuan. Memang tak habis dengan gosip walaupun sehari.

Tapi ikutkan hati, Jungmin mahu sahaja hendak mengetahui latar belakang perempuan itu. Ah! Pedulikan la. Dia melihat ke arah adiknya dengan kekasih hatinya. Kalau sehari tak gaduh, memang tak sah. Maklum lah budak baru nak up dalam dunia pencintaan ni.

[C] Kembar Ku + Jungmin's StoryWhere stories live. Discover now