Bab 13

164 22 0
                                    

Kini mereka berdua berjalan pulang ke rumah. Sana memandang wajah Jungmin di sebelahnya. Dia mula teringat perkara yang berlaku tadi. Tentang Jungmin mencium bibirnya. Dia menyentuh bibirnya lalu mengetap bibirnya. Perasaan malu sudah hadir menguasainya. 'Tenang Sana~ Kenapa dengan kau ni?'

"Awak lapar tak?" tegur Jungmin.

"Dae?"

Sana memandang wajah Jungmin semula dengan hairan. Jungmin menghela nafasnya perlahan-lahan.

"Saya tanya ni. Awak lapar tak? Kalau awak lapar, kita singgah pergi makan dulu." terang Jungmin pada Sana.

Sana mengusap perutnya yang terasa kosong. 'Lapar la.' Jungmin memandangnya yang sedang mengusap perut.

"Awak lapar ye."

"Hmm.. Kita pergi makan dekat kedai tu." ujar Jungmin lalu menunjukkan kedai yang berdekatan dengan mereka.

"Ne."

Tanpa membuang masa mereka terus berjalan ke arah kedai dan terus memesan ramen dan air kosong. Bau alkohol menusuk ke hidung Sana. Sana menutup hidung kerana tak tahan dengan bau itu. Dia berpusing mencari kelibat orang yang meminumnya. Seorang lelaki yang berusia 50an sedang menikmati wain itu dengan penuh selera. Kelihatannya seperti tertekan.

"Saya nak lagi!!" marah pak cik itu.

Dengan tergopoh-gapahnya mak cik penjaga kedai itu memberi sebotol wain soju kepada pak cik itu. Pak cik itu merampas dengan ganas dan terus minum air. Selepas menghabiskannya, dia menghentakkan botol itu di atas meja. Terkejut Sana di buatnya. Sana masih lagi menutup hidung dan mulutnya. Dia tidak tahan dengan bau wain itu. Sana memandang ke arah Jungmin yang sedang leka bermain telefon bimbitnya.

"Jungmin~" panggil Sana.

"Hm?" jawab Jungmin yang masih lagi bermain dengan telefonnya.

"Saya rasa nak muntah."

Jungmin langsung mengangkat kepalanya. Kini wajah Sana memang tidak berdaya. Kelihatan begitu lemah sekali. Dia meletakkan telefon bimbitnya di atas meja. Dia terus bangun dan membawa Sana pergi jauh dari kedai itu. Jungmin ternampak sebuah bangku. Dia terus membawa Sana berjalan ke arah bangku itu.

"Awak duduk sini dulu. Kejap lagi saya datang." ujar Jungmin.
"Awak nak pergi mana?" tanya Sana.

Jungmin tidak menjawab. Malah dia terus berlalu pergi dari situ. Tinggal lah Sana keseorangan di situ. 'Dia nak pergi mana? Kenapa dia tinggalkan saya dekat sini?' Sana langsung duduk di bangku itu. Dia masih lagi menunggu kelibat Jungmin datang ke tempatnya itu. Selang beberapa minit, Jungmin kembali dengan membawa mangkuk ramen di tangannya.

"Buat susahkan awak je."

"Gwaenchana. Lagi pun awak laparkan."

Jungmin memberikan mangkuk itu kepada Sana. Sana langsung mengambilnya. Jungmin mengambil tempat di sebelahnya. Dia meniup ramen itu yang masih lagi panas kerana baru selesai di masak lalu menyuapkan ke dalam mulutnya. Jungmin mengunyah makanan itu perlahan-lahan lalu memandang ke arah Sana di sebelahnya. Sana masih lagi itu terusik makanannya.

"Ya! Mokgo (Makan)!" tegur Jungmin.

Ini membuatkan lamunan Sana terhenti. Jungmin menyambung makanannya. Sana memandang wajah Jungmin di sebelahnya. Kelihatan dia begitu selera. Sana menghela nafasnya.

[C] Kembar Ku + Jungmin's StoryOpowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz