Bab 1

389 45 4
                                    

"PUKUL dia! Pukul dia lagi!"

Semua pelajar lelaki menyokong si kembar itu menumbuk pelajar itu. Semua pelajar perempuan yang melihat itu berdiri jauh dari situ. Mereka tidak tahu bagaimana hendak meleraikan pergaduhan itu.

"Tumbuk dia! Belasah dia kuat-kuat." ujar Youngjae.

"Hish! Tak baik lah pukul dia. Dia tak sengaja." ujar Chungha.

"Ish! Sibuk lah perempuan ni. Diam boleh tak?!" marah Youngjae.

Chungha membuat muka tidak puas. Dia kasihan melihat pelajar itu teruk di belasah dengan Si kembar Jeon itu. Jungmin tersengih lalu menjilat hujung bibirnya. Jungkook menarik rambut pelajar itu lalu tersenyum sinis. Jungkook mengangkat kepalanya memandang ke arah Jungmin.

"Hyung!" panggil Jungkook.

Jungmin tersengih. Dia terus mengangkat kakinya seperti mahu menyepak pelajar itu.

"Jungmin! Jungkook!" panggil seseorang dari belakang Jungkook.

Panggilan itu membuatkan Jungmin berhenti. Jungkook terus berpusing memandang ke arah suara itu. Dia terkejut dan terus melepaskan pelajar itu. Dia bangun dari melulut. Dia memegang tangannya. Dia takut apabila melihat lelaki itu marah.

"Shit!" marah Jungmin apabila melihat orang itu.

"Eh! Pengetua. Masuk! Masuk!"

Semua pelajar bergegas masuk ke dalam kelas. Mereka melihat Jungmin dan Jungkook dari dalam kelas.

"Wae?" tanya Jungmin dengan berlagaknya.

Dia tidak suka hendak melihat muka orang itu lagi. Sungwoo mengeluh kecil.

"Kamu berdua. Pergi ke bilik saya sekarang!" ujar pengetua sekolah itu.

Lelaki itu pun berlalu pergi ke biliknya. Jungmin mencekak pinggang melihat ke arah lelaki itu. Jungkook berjalan ke arah Jungmin.

"Hyung! Gaja!" ajak Jungkook.

Dengan malasnya, Jungmin mengikuti sahaja kehendak pengetuanya. Dia mengikut Jungkook dari belakang. Mereka lalu di hadapan budak lelaki yang di belasah itu. Jungmin terus menyepak pelajar itu. Pelajar itu mengadu kesakitan.

"Bodoh!" marah Jungmin pada pelajar itu.

Mereka berdua berlalu pergi ke pejabat. Jungkook mula berhenti di hadapan pejabat pengetua mereka. Dia memusing memandang ke arah abang kembarnya. Jungkook kelihatan begitu takut dengan pengetua. Dia takut apabila di marah dengannya. Jungmin terus menolak pintu bilik itu dan terus masuk ke dalam. Jungkook mengikut abangnya dari belakang. Jungmin berjalan dan berhenti betul-betul di hadapan meja pengetuanya.

"Wae? Apa yang kau nak dari aku?" tanya Jungmin dengan beraninya.

"Em.. Tak boleh ke? Sebelum masuk ketuk dulu pintu." ujar Sungwoo.

"Cit! Cakap teruslah! Tak perlu nak berdolak-dalih!" ujar Jungmin yang cuba mengawal suaranya.

Jungkook masih berdiri di belakang abangnya. Dia takut di marah dengan pengetua. Sungwoo menghela nafasnya.

[C] Kembar Ku + Jungmin's StoryWhere stories live. Discover now