Bab 25

160 24 2
                                    

Sana berpindah ke Busan kerana ayahnya naik pangkat dan bertukar tempat kerja di sana. Mungkin dengan cara itu juga dia dapat melupakan si kembar itu.

"Sana termenung apa lagi tu? Nak kena tinggal flight ke? Baru nak gerak?" tegur Kihyun.

"Nae." jawab Sana lemah.

Dia menarik beg rodanya dan mengikut Kihyun yang sudah jalan ke hadapan. Ayah dan ibunya sudah berjalan ke laluan balai pelepasan. Di sebabkan ramai orang di situ terpaksa mereka berdua menunggu untuk masuk di situ.

"Sila ikut laluan ini dan tunjukan tiket flight." pesan salah seorang pekerja di situ.

Semua yang berada di situ mengikut arahan pekerja itu. Sana dan Kihyun mengikut laluan itu dan menunjukkan tiket flight kepada pekera itu. Mereka berdua terus berjalan masuk ke dalam balai pelepasan itu. Keadaan menjadi sesak sangat pada pagi itu. Jadi lambat mereka tiba di dalam kapal terbang itu.

Kihyun membantu Sana meletakkan beg di atas. Sana mengambil tempat di sebelah tingkap pesawat itu. Dia melihat orang yang berada di bawah. Mereka kelihatan kecil seperti semut.

"Perhatian. Pesawat akan berlepas sebentar lagi. Sila duduk di tempat masing-masing sebelum pesawat ini berlepas. Harap maklum."

Semua orang langsung duduk di tempat mereka sebaik sahaja selesai meletak barang. Kihyun langsung duduk di sebelah Sana. Dia memandang ke arah Sana yang sedang asyik melihat keluar tingkap. Dia membiarkan Sana melayan perasaannya.









******************










Sebaik sahaja tiba di lapangan terbang di Busan. Sana terus berjalan ke arah kedai yang berdekatan untuk menghilangkan rasa dahaganya. Kihyun meninggalkan adiknya dan terus berjalan ke arah tempat ibu bapanya duduk sekarang.

Sana mengambil jus oren yang sejuk dan terus berjalan ke arah kaunter pembayaran. Sebaik sahaja selesai dia langsung keluar dari kedai itu. Dia terus minum air itu kerana haus yang sangat amat.

Sana berjalan ke arah keluarganya sekarang sambil itu dia berpusing memandang orang di sekelilingnya. Dia mula berhenti berjalan dan berdiri di hadapan ibunya.

"Sekejap lagi, bas kita akan sampai. Kamu berdua jangan pergi merayau mana-mana. Faham?!" pesan ayahnya itu.

"Nae!" jawab Kihyun Sana tanpa membantah satu pun kata ayahnya.

Sana yang terpegun melihat tempat lapangan terbang itu. Dia memerhatikan sekeliling tempat itu. Sehingga matanya menangkap kelibat seorang lelaki yang sedang melambai ke arahnya.

"Siapa tu?!" soalnya sendiri.

Sana cuba mengecilkan matanya untuk memfokus pada orang itu. Senyuman yang menampakkan gigi arnab itu adalah senyuman yang paling dia rindu. Jeon Jung Kook? Takkan lah dia masih hidup?

"Sana! Cepat sikit! Apa tercegat lagi tu." tegur Ayahnya yang sudah jalan ke hadapan.

"Nae!" jawab Sana.

Sana berpusing mencari kelibat itu semula. Hilang. Hmm.. Mungkin hayalan aku agakya. Dia terus menarik beg rodanya dan berjalan ke arah keluarganya. Nampaknya bas sudah pun tiba. Tak sabar dia untuk melawat sekolah barunya itu.











****************









Keesokan harinya, Sana menyarung blazer pada tubuhnya dan berjalan menuruni anak tangga rumahnya itu. Dia terus menyarung kasutnya tanpa mengambil sarapan pagi. Dia sudah tak sabar hendak pergi ke sekolah barunya itu.

"Omma! Sana pergi dulu!" ujar Sana dan terus berlalu keluar dari rumahnya itu.

"Sarapan?! Eh? Dah pergi. Budak bertuah! Bukan nak sarapan dulu." bebel ibunya sendiri.

Sana berjalan pergi perhentian bas dan duduk sendirian di situ. Tempat perhentian bas ini lah mengingatkan dia tentang kembar itu yang berebut hendak masuk ke dalam bas. Kelakar. Dan dia tak boleh lupakan pasal kasut Jungmin yang di baling ke hadapan kerana Jungkook membalas dendam pada abangnya itu.

"Haaa~ Rindunya dengan dorang.."

Bas sudah berhenti di tempat menunggunya. Sana terus bangun dan berjalan masuk ke dalam bas itu.











*****************











Sana melihat bangunan sekolah yang berdiri megah itu. Tak sabar untuk masuk berdaftar dan beljar seperti biasa. Sana terus melangkah masuk ke dalam bangunan itu.

"Sana.. Kamu ikut saya ke kelas?" ujar guru barunya itu.

"Nae seonseongnim!" jawab Sana dengan semangat sekali.

Dia hanya mengikut gurunya itu dari belakang. Sambil itu dia memerhatikan sekeliling sudut bangunan itu. Cantik! Puji Sana di dalam hati.

"Ok! Sana kita dah sampai. Mari masuk." pelawa gurunyanya itu.

"Nae."

Sana langsung melangkah masuk ke dalam kelas barunya itu. Dia tersenyum dan melihat semua pelajar yang berada di dalam kelas itu. Semua sudah mula berbisik dan terpegun dengan kecantikan Sana itu.

"Siapa dia tu? Cantiknya~"

"Pelajar baru lah."

Tidak putus senyuman di bibirnya Sana. Dia menarik nafasnya sebelum mula memperkenalkan dirinya.

"Jangan nak puji dia tu lebih sangat! Dah kembang semangkuk aku tengok dia tu!" teguran seseorang itu mematikan niat Sana.

Sana terus mencari kelibat seseorang yang berkata begitu pada semua orang. Matanya tertumpu pada seseorang yang sangat dia kenali. Wajahnya yang kelihatan sedikit sombong apabila tidak senyum. Lelaki itu kelihatan sedang bermain dengan pensilnya. Takkan lah dia..

"Apa pandang-pandang?! Cucuk mata tu karang! Baru tahu.." tegur seorang lagi yang berada di sebelah pelajar lelaki itu.

Memang kali ini Sana terkejut melihat kedua-dua lelaki itu. Kedua-dua lelaki yang amat dia kenali. Adakah aku sedang bermimpi? Lelaki itu yang menegur Sana itu terus tersenyum ke arahnya. Dia rindu sangat dengan senyuman itu. Jung.. Jungkook.. Jung.. Jungmin? Bukan.. Bukan mereka dah tak ada ke?

[C] Kembar Ku + Jungmin's StoryWhere stories live. Discover now