Bab 9

206 26 0
                                    

Jungmin dan Jungkook tak bertegur sapa selepas kejadian mereka bergaduh di sekolah. Balik pun tak sama-sama. Dah sampai rumah pun larikan diri, tak mahu bersua muka. Masa tengah makan pun sama. Sorang makan menghadap ke kanan, sorang makan menghadap ke kiri. Somin melihat mereka berdua pun hairan. Tak pernah pun sekali, dia lihat abangnya bergaduh. Mereka pasti akan saling bantu-membantu, jika dalam kesusahan.

Selesai sahaja makan, mereka berdua terus bangun pergi ke arah singki. Kedua-duanya berebut untuk basuh pinggan. Tertolak-tolak hendak membasuh pinggan masing-masing. Puan Jeon yang melihat pun hanya menggelengkan kepalanya sahaja. Dia pun tidak tahu apa yang terjadi dengan anak tirinya itu. Jungmin sudah menaikkan penumbuknya. Cepat-cepat Puan Jeon pergi ke arah mereka berdua.

"Sudah! Biar Omma basuhkan. Kamu berdua pergi naik atas." uar Puan Jeon dengan lembut.

Jungmi berengus kasar. Dia terus berjalan keluar dari dapur itu. Tak mahu dia melihat muka adiknya itu. Sakit hati pun ada. Jungkook mencebik bibirnya. Puan Jeon memegang lembut lengan Jungkook.

"Kenapa ni? Omma tak nak lah tengok anak Omma gaduh."

Jungkook hanya melihat Puan Jeon dan berlalu pergi. Malas untuk dia menjawab pertanyaan perempuan itu. Puan Jeon hanya mengeluh kecil. Somin melihat ibunya.

"Omma." panggil Somin.

Puan Jeon hanya tersenyum manis pada Somin.

"Gwaenchana. Minmin makan je." ujar Puan Jeon dengan lembut.

Somin hanya tersenyum lalu menyambung makannya. Dia tahu, dari masa dia kecil lagi abangnya tak pernah melayan ibunya dengan baik. Dia melihat ibunya pun kesian. Sebenarnya, Somin tidak pernah mengetahui yang dia dengan abangnya adalah adik beradik tiri. Ibunya ataupun Jungmin langsung tidak pernah menceritakan pada Somin. Ayahnya. Jarang sekali ayahnya pulang ke rumah. Selesai sahaja kerjanya di sekolahnya, dia pasti akan pergi ke syarikat isterinya untuk membantu Puan Jeon menyelesaikan hal syarikat itu.

Jungkook membuka pintu bilik dengan perlahan. Sebaik sahaja terlihat kelibat Jungmin di atas katil, dia terus memasamkan mukanya. Dia mengambil tuala di penyedai dan mula berjalan ke arah bilik air untuk menggosok gigi da membasuh mukanya sebelum masuk tidur. Jungmin tidak memandang langsung adiknya. Dia masih lagi bermain dengan game-nya. Kalau dia melayan perangai si Jungkook itu, pasti lain yang jadinya.

Jungkook terus keluar dari bilik air sebaik sahaja selesai menggosok gigi dan membasuh mukanya. Jungkook mengelap mukanya. Dia terpandang ke arah Jungmin yang masih ralit bermain game. Jungkook langsung memandang ke tempat lain. Sakit hatinya dengan Jungmin. Dia menyedai tualanya semula dan berjalan ke arah katil. Dia terus baring mengiring ke kirinya. Tak mahu dia untuk melihat muka abangnya.

"Kau nak tahu ke? Apa yang aku buat pada Sana?" tanya Jungmin yang masih bermain game.

Jungkook tidak berpusing. Dia hanya memejamkan matanya sahaja. Hatinya teringat juga mengetahuinya.

"Apa dia?" tanya Jungkook.

Jungmin tersenyum sinis.

"Aku dah cium dia. Aku dah sentuh dia. Kau rasa dekat mana?" ujar Jungmin lalu tersenyum sinis.

Dia saja menaikkan kemarahan Jungkook. Bulat mata Jungkook mendengarnya. Dia terbangun berpusing memandang ke arah Jungmin. Nampakya Jungmin masih bermain dengan game-nya.

[C] Kembar Ku + Jungmin's StoryWhere stories live. Discover now