Bab 15

160 20 0
                                    

"Bamie!" panggil seseorang perempuan yang sedang berdiri di hadapan kelas.

Semua orang yang sedang sibuk mengemas memandang ke arah gadis itu dan sesetengah orang kembali membuat kerjanya semula. Dongjin mengangkat kepalanya mencari kelibat yang memanggilnya. Dia tersenyum apabila melihat gadisnya itu.

"Eh! Awek Dongjin dah sampai." bisik Chungha pada Chaewon.

Cepat sahaja Chaewon mengangkat kepalanya melihat gadis itu. Dia langsung memasamkan mukanya.

"Benci arr.. dengan perempuan tu."

Chaewon langsung berpaling mukanya daripada melihat gadis itu. Dongjin menggalas beg sandangnya dan terus berjalan ke arah teman wanitanya itu.

"Oppa.. Bogoshipeo~" ucap gadis itu dengan suara yang manja.

Dongjin hanya tersenyum lalu mengusap lembut pipi kekasihnya. Semakin seronok teman wanitanya itu dengan usapan itu. Meluat Chaewon melihatnya. Dia terus mengheret Chungha keluar dari situ. Tak sanggup dia melihat crush nya itu bermanja dengan kekasihnya itu.

"Saranghae." ucap Dongjin dengan suaranya yang penuh menggoda.

"Umm.. Nado saranghae." jawab gadis itu dengan suara manja.

Semua yang berada di dalam kelas itu hanya melihat gelagat mereka berdua itu. Sempat lagi mereka berdua berasmara dana di hadapan kelas. Orang yang mahu keluar dari kelas itu pun meluat hendak melihatnya. Dongjin mula dengan wajahnya pada kekasihnya itu. Sojung langsung bersuara.

"Kalau ye pun nak bercintan-cintun. Pergi lah dekat restoran ke? Shopping mall ke? Ni ada dekat depan kelas. Tak ada citarasa betul korang ni."

Pedas! Memang sungguh menyengat Sojung memberi kata kepada mereka berdua. Dongjin mula sakit hati dengan Sojung. Tidak jadi dia untuk mencium kekasihnya itu. Dia menghembus nafasnya dengan kasar.

"Kau dah kenapa Sojung?! Cemburu ke aku dengan buah hati aku ni?!" soal Dongjin.

"Buat apa aku nak cemburu?"

"Ye la. Kau pun, bukan ada boyfriend pun. Sebab tu kau cemburu dengan aku?!" teka Dongjin tanpa teragak-agak.

Sojung terus melomlat turun dari atas meja lalu berpusing memandang ke arah Dongjin. Semua yang berada di dalam kelas itu hanya memerhatikan gelagat mereka berdua.

"Aku yang cemburu?! Lawak apakah ini?! Haha.. Aku boleh je ada boyfriend.. Tapi aku tak nak, sebab semuanya imma. Semuanya tak handsome, macam kau!"

Dongjin sudah jalan selangkah ke hadapan. Mahu di tumbuk mulut puaka perempuan itu tetapi teman wanitanya menghalang.

"Aniya bamie. Aniya."

Sojung menyisip rambutnya ke belakang. Dia masih dengan mukanya yang selamba itu. Naik turun, naik turun nafas Dongjin menahan marah.

"Ouh?! Nak tahu siapa paling cemburu dalam kelas ni bila kau dengan perempuan itu. Baik pergi selidik Chaewon dengan Chungha. Sebab mereka berdua yang keluar awal dulu." jelas Sojung dengan tenang.

Riak wajah Dongjin terus berubah. Youngjae yang mendengarnya pun turut terkejut.

"Takkan lah Chungha pun minat dekat Dongjin." ujar Youngjae dengan perlahan.

[C] Kembar Ku + Jungmin's StoryWhere stories live. Discover now