Bab 20

142 22 0
                                    

Sana memegang erat tangan Jungkook. Dia berharap sangat yang Jungkook cepat sedar dari komanya. Air matanya mengalir sekali lagi. Dia membiarkan air matanya mengalir di pipi.

"Awak. Bangunlah. Jebal~ bangun~"

Sana mengetap bibirnya. Dia tak sanggup untuk melihat keadaan Jungkook yang terbaring tidak sedarkan dirinya. Sana cuba untuk tidak menangis lagi, tapi dia gagal. Air matanya mengalir begitu deras. Dia tak mahu melihat Jungkook pergi meninggalkannya.

Sana hanya mampu berharap kepada tuhan untuk cepat menyembuhkan penyakitnya. Dia mengusap lembut tangan Jungkook. Dia melihat mesin-mesin yang berada di sebelah Jungkook. Hidupnya hanya bergantung pada mesin itu. Tanpa mesin itu mungkin dia sudah tiada di dunia ini.





****************





Tuan Sungwoo melayang penampar pada muka Jungmin. Sana yang baru sahaja hendak keluar dari bilik itu terkejut dengan melihat situasi itu. Kenapa pengetua datang dekat hospital ni? Kenapa di tampar Jungmin? Sana hanya mampu berdiri memerhatikan mereka berdua.

"Appa!"

Somin yang baru sampai terus menarik tangan Tuan Sungwoo daripada memukul Jungmin lagi. Jungmin hanya memandang ke arah lain. Wajahnya yang lebam di tambah pula dengan tamparan lelaki itu. Bibirnya mula berdarah.

"Ouh jinjja! Oppa gwaenchana?" tegur Somin.

Dia mula risau dengan keadaan Jungmin sekarang. Jungmin mengangkat wajahnya memandang lelaki yang berada di hadapannnya itu. Muka bemgis yang terlihat di wajah Tuan Sungwoo langsung Jungmin tidak takut.

"Kau memang tidak serik nak menyusahkan aku! Dah jadi teruk macam ni masih tak berubah lagi?!" tengking Tuan Sungwoo.

"Appa~" panggil Somin.

Dia tidak mahu ayahnya itu memarahi abangnya itu. Jungmin hanya memejamkan matanya buat seketika lalu memandang wajah lelaki itu.

"Kau ada masa kami kena belasah dengan budak poyo tu? Tak ada kan? Kau ada ke masa nak tahu kami hidup macam mana dekat hakkyo tu? Tak ada kan?"

Terdiam Tuan Sungwoo mendengar kata-kata dari mulut Jungmin. Memang dia selalu sibuk, sampai masa hendak bersama dengan keluarga pun tak ada langsung.

"Kau datang sini nak melawat Jungkook atau nak marah kami berdua? Sebenarnya.. Aku tak perlukan kau langsung dalam hidup ni. Kau yang selalu buat kami macam sampah!"

Mati kutu dibuatnya. Tuan Sungwoo tidak tahu hendak kata apa dengan Jungmin. Dia selalu kalah Jungmin. Ya, mungkin dia bukan lah ayah yang baik untuk tiga beradik ini.

"Daripada kau berdiri macam tunggul dekat sini.. Baik kau balik. Aku memang tak perlukan bantuan kau pun."

Jungmin menghela nafasnya. Dia memandang wajah adik bongsunya itu. Wajah sayu adik itu.

"Somin bawa Appa balik." ujar Jungmin.

Somin hanya menganggukkan kepalanya sahaja. Dia terus membawa ayah pergi dari tempat itu. Sebelum mulut abangnya hilang kawalan. Jungmin sebenarnya tidak mahu kurang ajar dengan ayahnya. Tapi di sebabkan layanan ayahnya sebegitu rupa, terpaksa di melawan semula dengan kata-kata kasar.

Jungmin menghela nafasnya lalu bercekak pinggang. Dia berpusing hendk berjalan masuk ke dalam bilik itu. Dia berhenti sebaik ternampak kelibat Sana di hadapan pintu bilik itu. Sana mengetap bibirnya apabila Jungmin ternampaknya.

"Neo? Buat apa depan pintu ni?" tanya Jungmin.

"Aaa.. Saya nak pergi tandas." jawab Sana.

"Dalam bilik ni kan ada tandas."

"Hm.. Saya..

Sana hilang kata-kata. Apa aku nak cakap ye? Kalau Jungmin tahu yang aku dengar berbualan dia dengan pengetua macam mana?

"Sebenarnya.. Saya nak pergi beli air. Er.. Saya pergi dulu." ujar Sana dan terus berlalu pergi dari tempat dengan segera.

Dia tak mahu terkantoi dengan Jungmin. Jungmin memandangnya dengan hairan. Dia mengangkat bahunya tanda tidak tahu. Dia terus masuk ke dalam dengan membawa buah tangan untuk Jungkook.







****************






Sana menekan punat pada air mesin automatik. Dia memilih air yang hendak di beli. Dia mengambil itu lalu membuka tin minuman itu lalu meneguk air itu. Sana mula terfikir sejenak.

"Apa hubungan Jungmin dengan pengetua tu? Kenapa mereka macam kenal je?"

"Ish! Molla~"

Sana mengeluh kecil. Dia terus berlalu pergi dari tempat itu. Dia memerhati sekeliling hospital itu yang di penuhi dengan pesakit. Dia melajukan langkahnya.

Sana memulas tombol pintu bilik itu dengan perlahan. Langkahnya terhenti sebaik sahaja ternampak Jungmin duduk di kerusi yang berdekatan dengan katil Jungkook.

"Kau ni kookie.. Bila nak sedar?" soal Jungmin lalu mengeluh.

Seperti dia sedang menahan tangisnya. Sana hanya bersembunyi di sebalik pintu itu mendengar kata-kata Jungmin.

"Kau tahu tak.. Appa kau datang tampar Hyung."

"Abeoji?" ujar Sana dengan perlahan.

Siapa abeoji dia? Bila dia datang? Kenapa aku tak perasan pun? Bertubi-tubi soalan yang bermain di mindanya.

"Mianhaeyo. Haaa~"

Air mata Jungmin mula mengalir. Dia mengesat air matanya. Dia tak mahu kelihatan lemah di hadapan adiknya.

"Mian. Sebab lambat selamatkan kookie." ujar Jungmin.

Air matanya yang di tahan mengalir juga. Dia tahu salah dia tidak menghalang budak-budak itu daripada memukul adiknya. Kalau di cepat, mungkin adiknya tidak di masukkan ke dalam wad.

Sana mengetap bibirnya menahan air mata daripada mengalir. Sebak di dadanya mendengar kata-kata Jungmin itu. Dia menutup pintu itu. Dia tak mahu Jungmin perasan tentang kehadirannya di situ. Dia berjalan lemah ke arah kerusi lalu duduk.

Sana mengenggam tangannya. Air matanya mengalir dengan deras. Dia rindu akan senyuman manis Jungkook itu. Gelagat Jungkook dan perangai menyakat dia. Sana mula menangis teresak-esak. Dia menutup mulutnya supaya tangisannya tidak kedengaran oleh Jungmin. Bogoshipeoyo~

[C] Kembar Ku + Jungmin's StoryWhere stories live. Discover now