Bab 14

155 22 0
                                    

JUNGKOOK berjalan ke hadapan meninggalkan kembarnya di belakang. Sakit hati yang di rasa masih tidak di ubati. Makin bertambah sakit apabila melihat muka Jungmin yang begitu senang. Seperti tiada apa sebarang masalah yang berlaku semalam.

Kedengaran suara pelajar kelasnya memecah suasana sepi antara mereka berdua. Jungkook terus membuka pintu kelasnya dan berjalan masuk ke dalam.

"Sana! Neo gwaenchana? Aku dengar semalam kau kena culik. Betul ke?!" tanya Chungha.

"Ouh?! Jinjja?!" Chaewon benar terkejut apabila mendengar kata-kata Chungha itu.

"Err.."

Mereka yang terdengar bunyi pintu kelasnya di buka oleh seseorang. Kelihatan Jungkook sedang masuk ke dalam dengan muka masamnya. Manakala Jungmin dengan muka selambanya. Jungkook mencampak beg sekolah ke tempatnya dan terus berjalan ke arah tempat Sana. Sana memandangnya dengan hairan.

"Sana. Neo gwaenchana? huh? Ada cedera dekat mana tak?" tanya Jungkook sambil itu dia membelek tangan Sana.

Sana terus menarik tangannya. Rimas pula dia dengan Jungkook pula. Jungmin hanya memandang ke arah mereka berdua hanya sekilas. Dia terus berjalan ke arah tempatnya lalu duduk. Seperti biasa setiap hari dia datang sekolah. Pasti akan tidur dahulu.

"Kenapa lah semua orang risau sangat ni? Sana dah ada depan mata. Jangan lah risau lagi. Ok?"

Youngjae menepuk bahu Sana. Sana mengangkat kepalanya melihat Youngjae di sebelahnya.

"Bukan apa. Kita orang semua ni, dah anggap kau macam sahabat. Kalau kau sakit sikit je pun. Kita orang pun risau tau."

Jungkook melihat tangan Youngjae yang masih di bahu Sana. Dia terus menolak tangan Youngjae daripada menyentuh Sana. Youngjae memandangnya dengan tidak puas.

"Kalau nak cakap ke? Apa ke? Jangan nak sentuh Sana ye." pesan Jungkook.

"Ish! Benda lah budak ni." marah Youngjae.

Jungkook tidak mengendahkan kata-kata Younjae itu. Dia terus menarik kerusi lalu duduk di sebelah Sana. Jungkook tersenyum ke arah Sana. Sana hanya menggelengkan kepalanya sahaja.

"Semua orang. Sila pergi dari sini." pinta Jungkook.

"Alah! Budak ni. Kacau lah!" Semua rakan kelasnya merungut dengan Jungkook ini.

"Sibuk lah Jungkook ni. Orang baru nak berbual dengan Sana." giliran Chungha merungut.

"Pergi! Pergi!" Jungkook sudah menghalau mereka semua pergi ke tempat masing-masing.

Mereka dengan malasnya berlalu pergi ke tempat mereka masing-masing. Sojung yang hanya mendiamkan diri dari tadi, menolak kepala Jungkook dengn sekuat hati. Marahnya pada Jungkook. Jungkook hanya buat tidak tahu dengan Sojung itu. Malah dia hanya tersenyum ke arah Sana.

"Awak nak apa?!" tanya Sana dengan kasar.

"Awak tanya lah elok-elok. Nanti tak comel muka awak." ujar Jungkook.

Tangannya sudah mengusap lembut pipi Sana. Sana menepis tangan itu. Dia tidak selesa dengan usapan itu. Lagi menyampah yang ada lah. Jungkook menghela nafasnya perlahan-lahan. Dia menundukkan kepalanya buat seketika. Sana memandangnya dengan hairan. 'Apa lagi lah dia nak ni?! Tak ada kerja lain ke nak buat?!'

[C] Kembar Ku + Jungmin's StoryWhere stories live. Discover now