Bab 10

223 27 0
                                    

JUNGMIN dan Jungkook tertolak-tolak berebut masuk ke dalam bas. Semua pelajar yang mahu masuk juga bosan menunggu mereka berdua.

"Kookie yang sampai dulu! Jadi, kookie lah yang masuk dulu!" marah Jungkook yang masih menolak abangnya di depan pintu bas.

"Sepatutnya Hyung yang masuk dulu!! Ke tepi lah budak!!" marah Jungmin yang masih menolak adiknya.

Semua pelajar memandang mereka dengan tidak puas hati. Pemandu bas hanya menggelengkan kepalanya sahaja melihat gelagat mereka berdua ini.

"Ya! Lama lagi ke?! Nanti lambat nak sampai sekolah!" marah salah seorang pelajar yang tunggu di hadapan bas.

Semua pelajar di hadapan bas itu pun sudah mula bising dengan mereka berdua. Jungmin dan Jungkook merengus kasar lalu memandang ke arah semua pelajar.

"DIAMLAHH!!!" Sergah Jungmin dan Jungkook.

Secara automatik semua pelajar itu diam membisu. Sana yang baru sampai di tempat perhentian bas, hairan dengan semua orang berkumpul di hadapan bas. Sana cuba melalui sekumpulan pelajar itu. Tetapi gagal. Jungmin baru sahaja mahu menumbuk adiknya terpandang ke arah Sana.

"Sana." ujar Jungmin dengan perlahan.

Jungkook yang mendengar nama Sana terus berpaling mencari kelibat Sana. Sana cuba mencelah sekumpulan pelajar itu. Dia tertolak ke belakang. Jungmin yang melihatnya sudah panas hati.

"Bagi laluan dekat Sana boleh tak?!" jerit Jungmin.

Semua terkejut dan terus mencari kelibat Sana. Sana mengundur ke belakang melihat semua orang dengan hairan. Mereka terus memberikan laluan untuk Sana. Jungmin menunggu Sana berjalan ke arah pintu bas.

"Sana!" panggil Jungmin.

Sana mengangkat wajahnya melihat ke arah si kembar itu di hadapan pintu bas. 'Apa lagi dia orang nak? Tak boleh ke jangan ganggu aku!' getus hatinya. Jungkook terus turun dari bas itu dan berjalan ke arah Sana. Sana melihatnya dengan hairan. Jungkook memegang tangan Sana lalu membawanya naik ke dalam bas. Sana hanya mengikut langkahnya sambil memandang orang sekelilingnya.

"Ya! Neo?!"

Jungmin memandang Jungkook dengan tidak puas hati. Jungkook tidak mempedulikan abangnya malah terus masuk ke dalam bas itu. Sana hanya mengikut langkahnya.

"Tak apa! Tak apa! Nanti kau!"

Jungmin berengus kasar. Dia memandang ke arah semua orang yang masih menunggunya. Dia terus berjalan masuk ke dalam bas itu.

Semua pun berjalan masuk ke dalam bas sebaik sahaja Jungmin dan Jungkook sudah masuk ke dalam bas. Apabila semua penumpang sudah memenuhi ruang bas itu, pemandu bas itu mula meneruskan perjalanannya pergi ke sekolah.

"Sayang, awak tak apa-apa?" tanya Jungkook.

Berkerut dahi Sana melihat Jungkook di sebelahnya. Jungmin sudah panas telinga mendengarnya. 'Sayang ye. Sayang taik kucing!' marah Jungmin di dalam hati. Dia terpandang ke arah tangan Jungkook yang masih memegang erat tangan Sana.

"Hmm.. Waeyo?" tanya Sana.

Dia hairan dengan Jungkook. Jungkook hanya tersenyum menampakkan giginya. 'Sudah! Mula dah perangai gila dia ni!' ngomel hati Sana. Dia cuba untuk melepaskan tangannya dari pegangan Jungkook. Tetapi Jungkook terus mengeratkan lagi pegangannya. Jungkook tersenyum lalu mencium di tangan Sana. Jungmin yang melihatnya terus menyandarkan badanya di kerusi. Sakit pula hatinya dengan Jungkook sekarang.

[C] Kembar Ku + Jungmin's StoryWhere stories live. Discover now