" Uhukk " Aku yang sedang mengunyah makanan tersedak apabila pemuda yang merupakan cousin Airil yang diketahuinya melalui cerita - cerita semasa makan tadi mengenyitkan mata kepadanya semasa mata mereka bertembung

Airil cepat - cepat menghulurkan segelas air kepada Ed. Bukan dia tak tau yang Emir saja mengacau gadis yang berada didepannya itu. Mamat ni memang saja nak cari pasal dengan aku

" Eh Ed ok tak ni ?" Abang mengusap belakangku perlahan. Aku hanya mengangguk kecil. Aku nampak abang memandang cousin Airil yang tidak diketahui namanya itu dengan pandangan yang sukar ditafsirkan. Abang nampak ke ? Aku hanya menjongketkan bahu

Selesai sahaja makan malam, aku menawarkan diri untuk mencuci pinggan mangkuk yang telah digunakan. Bukan nak tunjuk rajin tapi memang rajin. 

" Hai " Satu suara asing menegur semasa aku sedang mencuci pinggan

Aku toleh ke kanan. Oh cousin Airil ke .

" Err. hi " Aku balas nak tak nak je. Seram pula dengan dia ni

" Ed kan ? Saya Emir " Pemuda itu tak berputus asa memancing perhatianku

" Oh ok. Nice to meet you " Sumpah sejujurnya aku tak tau nak borak apa dengan dia ni. Awkward gila

" Ed memang rapat ke dengan Airil ?" Emir bertanya

" Tak la rapat mana pun. Biasa - biasa je " Aku lihat pemuda itu mengangkat kening sebelum angguk kecil.

Aku tutup pili air menyudahkan pinggan terakhir yang telah siap dicuci

" bak sini biar saya yang letak " Emir cuba merampas pinggan yang berada di pegangan aku untuk diletakkan di rak pinggan mangkuk

" Eh takpe saya boleh buat la" Aku cuba berdegil. Ye la kerja senang je kot. Boleh buat sendiri

" Saya boleh tolong " 

" Takpe saya boleh buat " 

Dan akhirnya ..

PRANGG..

" ouch !" Aku jerit kesakitan. Pinggan itu pecah betul - betul terkena diatas tangan aku. Darah laju mengalir keluar

" Oh I'm sorry Ed ! Tak sengaja " Emir terus mencapai tangan aku yang luka itu. Terus kaku aku

" Apa kau buat ni Emir " Airil segera datang dan merentap tanganku yang berada dalam pegangan Emir tadi

" Aku tak sengaja kan tadi " Emir membalas padu. Belum sempat mereka kembali bertekak aku mengadu sakit

" Sakit .. " Air mataku menitik ke pipi. Bukan nak cengeng ke apa tau masalahnya sekarang ni memang tengah sakit gila kot.

Airil yang mendengar segara menoleh kearahku

" Shh..Jangan nangis la Ed. Sini basuh dulu luka kau ni " Airil menarik lengan baju ku untuk mengekori dia ke pili air di sinki

Dengan berhati - hati dia mengalirkan air untuk membasuh luka aku itu. Sekali - sekala aku mengadu kesakitan apabila air tersebut kena betul di tempat yang luka itu

" Tahan sikit eh " Kata Airil lembut. Dapat aku tengok jelas muka dia yang serious tu

" Apa bising - bising ni ?" Aunty Syazana dan ibu masuk kedapur

" Ya Allah apa jadi ni Ed ?" Ibu tengok luka dekat tanganku itu

" Airil pergi ambil first aid " Arah Aunty Syazana

*********************************************

Ibu yang sudah selesai meletakkan ubat ditempat luka itu mengemas kembalii first aid itu

" Ed duduk sini diam - diam ibu pergi simpan balik first aid ni " Aku hanya mengangguk

Aku pandang Airil yang duduk di sofa dihadapanku ini

" Thanks " Ucapku ikhlas. Dia tidak membalas. Wajahnya dingin sangat

" Kau marah aku lagi ke ?" Aku tanya lagi

" Kau ni bengap sangat apesal ? Dah tau yang si Emir tu gatal pergi layan dia buat apa ?!" Tiba - tiba sahaja Airil bersuara keras

Sentap. Ya, aku sentap dia cakap aku apa ? Bengap ?!

Aku terus membisu. Sedih sebab dia cakap aku bengap. Lepastu dia cakap aku layan Emir tu. Habistu dia nak suruh aku buat apa. Anggap Emir tu dinding ke bila lelaki itu tak habis - habis bertanya itu ini

Airil yang perasan peubahan pada wajah Ed segera meraupkan mukanya. Lahai, aku salah cakap ke ?

" Ok sorry tertinggikan suara. Lain kali kau tak payah la layan si Emir tu. Layan aku je lepas ni " Aku terus mengangkat muka mendegar ayat Airil itu. Nampak dia senyum nakal

" Eii tak kuasa aku. Dah la baik aku balik " Aku segera bangun apabila nampak kelibat ibu

" Maaf la ya Maya . Tak sangka pula Ed boleh jadi macam ni " Ucap Aunty Syazana kepada ibu

Aku tiba - tiba sahaja mencelah " Ehh takpe sikit je ni "

" Sikit apanya ? sampai nangis banjir dapur tu " Perli Airil. Aku mencerlungkan pandangan kearahnya. Dia ni kan..

" Dah .. Dah.. tunggu kamu berdua gaduh sampai esok tak habis. Elok ibu kahwin kan saja dua orang ni" Ibu berkata kepadaku. 

" Saya okay je " Aku membulatkan mata mendengar jawapan Airil

" Sudah la tu Airil . Kami balik dulu ya " Ibu meminta izin. Aku kemudiannya menyalam dan memeluk Aunty Syazana.

" Aku ? Nak jugak  " Airil mendepakan tangannya. Aku menggeleng laju dan terus berjalan laju meninggalkannya

Aunty Syazana menepuk perlahan bahu anak terunanya itu " Tak baik Airil buat dia macam tu. Malu dia tau "

Airil hanya tersenyum.

Tak sedar ada sepasang mata yang memerhatikan kemesraan mereka dari jauh dengan penuh rasa sakit hati.


Suamiku Annoying !Where stories live. Discover now