Part 12

7.7K 399 23
                                    

Kini sudah empat hari fikiranku bercelaru. Kenapa macam familiar je mata tu ? Argh, serabut la weh. Siapa  ?!

Hari ni dah hari Khamis. Bermakna tinggal esok je waktu untuk kami berlatih. Semua persiapan dah siap. Aku jadi excited lebih pula, bila Aunty Syazana nak sponsor baju masa kitaorang nak perform nanti. Muhahaha, mesti gempak nanti. Ceh kau Ed berangan je lebih.

Aunty Syazana mencadangkan Airil memakai tuxedo putih bersama kemeja biru dan aku pula pakai gaun labuh warna putih dan bereben biru. Tudung pula senada dengan kemeja Airil. Mula - mula nak bantah juga tapi mengenangkan dia yang nak sponsor. Aku diamkan je walaupun hati ni tak sudi huhu

Izz dengan Fara pula mengambil tema merah. Aku pula yang teruja melihat baju diorang. Baju aku, aku buat dek je. Kenapa ? sebab sama dengan Airil mungkin ? hahahaha

" Ed ? Tak nak balik ke. Nak stay dekat sini juga ke macam hari tu" Lamunanku terhenti apabila suara Airil menyapa gegendang telingaku. Aku lihat abang dah sampai depan pagar rumah Airil. Laa, macam mana aku boleh tak perasan ni ? huhu

" Okay, balik dulu" Aku melangkah keluar rumah. Langkahku makin perlahan. Haish, apahal macam tak sedap hati je ni. Macam tak nak balik rumah. Huish, gila kau ni Ed. Aku menggeleng - gelengkan kepalaku. 

" Hai abang" Aku menyapa ceria sebaik sahaja menutup pintu kereta. Aku dapat lihat muka abang ketat. Ni apahal pulak ni ?

" Gaduh dengan Kak Zara eh " Aku bertanya lagi sengaja mengacau pemanduannya. Eh eh dia ni kenapa.

Aku mengerutkan dahi apabila dia melencong ke tempat lain. Apahal abang ni ? Menakutkan betul la.

" Abang nak pergi mana ni ?" Soalanku tidak berjawab

Okay, sumpah aku rasa sekarang aku tengah cakap dengan patung. At least kalau patung betul tak adalah sakit hati sangat sebab tahu memang dia tak boleh cakap masalahnya ni manusia okay. 

Zafran memberhentikan keretanya di taman permainan berdekatan dengan kawasan perumahan mereka. Aku mencebik

" Cakap je la nak pergi taman. Dah macam tak ada suara pula nak cakap" Aku merungut. Zafran hanya membeku dalam kereta

" Abang ni kenapa ? Kalau nak release tension pun nanti - nanti lah. Ed nak balik rumah la bang. Nak mandi, nak solat lagi. Ed tak Asar lagi ni" Zafran mengeluh. Pandangan matanya kembali menjadi redup memandangku

" Ed, kalau something berlaku dekat rumah nanti. Abang nak Ed kawal perasaan Ed. Abang mohon sangat - sangat" Zafran menggosok perlahan kepala adiknya itu. Apa benda pula ni ? Jangan la buat aku takut woi !

Zafran memulakan pemanduannya kembali menuju ke rumah mereka. Aku terus membuka pintu meluru keluar. 

" Assalamualaikum ibu !" Aku masuk kedalam rumah. Tak sabar nak tunjuk dekat ibu baju tu

" Waalaikumussalam Ed. Anak ibu dah balik ? " Puan Maya tersenyum sambil menyembunyikan muka cemasnya. Mataku terarah kepada lelaki yang dalam lingkungan 40- an duduk diatas sebuah sofa di ruang tamu. 

Mata tu ! Mata yang sama buat fikiranku bercelaru. Siapa ni ?!

" Edrianna, anak papa.." Lelaki itu bersuara. Bagaikan terkena halilintar, aku tersentak

" Papa, kenapa mata Ed warna coklat cair ? Kawan Ed semua cakap mata Ed pelik" Adu aku kepada papa. Papa cuma tersenyum

" Itu biasa lah sayang. Biar je kawan Ed nak cakap apa pun. Ed, dapat mata ni sebab mata papa pun macam Ed juga. Cuba tengok " Aku merenung mata papa kemudia tersenyum lalu memeluk leher papa

" Haah la papa. Sama dengan Ed. Maknanya Ed anak kesayangan papa la kan sebab tu mata Ed sama macam papa" Papa tergelak kecil.

" Ya sayang. Pandai anak papa ni" Papa mencuit hidungku sedikit membuat aku tersenyum bahagia

Suamiku Annoying !Where stories live. Discover now