Part 19

3.8K 173 28
                                    

" Ibuu, abang dah balik bila lagi kita nak pergi holiday ?" Aku mula merengek semasa makan tengahari 

" Alahai Ed cuti panjang lagi kan. Bila - bila kita boleh pergi. Sabar la" Ibu membalas

Aku buat muka. Lahai, bosan la duduk rumah ni dah la tak buat apa - apa

" Malam ni kawan ibu ajak pergi dinner dekat rumah dia . Nak ikut tak ?" Mata ibu bergilir - gilir memandang kearah aku dan abang

" Hm boleh la. Ada la jugak Ed boleh keluar" Aku jawab bersahaja

8.30 malam

Aku pelik bila hala tuju ibu macam nak pergi rumah Airil. Oh wait, jangan cakap kawan ibu tu Aunty Syazana ? Aku menepuk dahi sendiri. Ed, sumpah slow gila  kau ni

Aku tengok abang tersenyum- senyum melihat diriku. Ah memang aku la yang terkena sekarang ni ?

" Ibu ! Abang ! tak baik buat Ed macam ni tau" Jelas aku tak puas hati

" Laa, ibu tak buat apa - apa pon. Ed yang tak tanya kawan ibu tu siapa. Ibu takde la nak bagitau detail kan Zaf "

Abang hanya mengangguk dan senyum mengejek

Aku cuma redha. Nak buat apa lagi kan ? Aku pun dah terpacak depan rumah mamat ni dah pon

" Ha Maya sampai pun. Jemput la masuk " Aunty Syazana menyapa kami sebaik sahaja kami sampai

Aku hanya mengekori ibu lagak perempuan melayu terakhir saja. Aunty Syazana menyuruh kami terus ke ruang makan untuk menikmati makan malam

" Alahai ibu. Ibu pergi la dulu. Ed nak ke toilet kejap" 

" Hish budak ni. Ada ke datang rumah orang toilet yang dicarinya. Pergi cepat " Aku hanya tersengih bila ibu dah start bebel

Aku yang baru keluar dari toilet dan ingin menuju ke meja makan terserempak dengan Airil yang baru turun dari tangga. Aku yang mula - mula nak buat - buat tak kenalnya tak jadi apabila terdengar ayat yang keluar dari mulutnya itu

" Apahal kau datang jugak ?"

" Sukahati aku la nak datang ke tak nak . Kau ada hak ke ?" Aku senyum sinis sambil mula menapak meninggalkan Airil

Airil mendengus kasar. 

' Bukannya aku tak kasi kau datang. Masalahnya si malaun Emir tu ada lagi dekat sini' 

Airil hanya mengekori Ed dari belakang memandangkan destinasi yang mereka tuju adalah sama

" Ha sampai pun dua orang budak ni. Ingat tak nak makan dah " Keluar dah ayat Aunty Syazana

Ada dua kerusi sahaja yang kosong iaitu di sebelah Zafran dan disebelah Emir. Airil cepat - cepat duduk dikerusi yang bersebelahan dengan Emir kerana takut Ed akan duduk disitu pula walaupun mustahil perkara itu akan berlaku. Takpe dia cuma ambil langkah berhati - hati je.

Aku duduk disebelah abang. Lahai, nak makan pun kena berhadapan dengan mamat ni jugak ke. Aku dengan separuh ikhlas duduk juga disitu

" Ni la Sue budak nama Ed tu " Aku yang baru nak makan terhenti apabila semua mata di meja makan itu memandang aku

" Oh ye ke ? Lawa budaknya ya" Aku hanya tersenyum nipis sekadar cukup syarat. Haih, aku ni nak makan nasi la bukan nak makan pujian

Mataku bertembung dengan pemuda yang duduk disebelah Airil itu. Dia memberikan senyuman yang aku kira terlebih gula tu. Lel, tegak bulu roma aku. Seramnya. Aku meneruskan sahaja suapan tanpa berkata apa - apa

Airil gelisah. Dia dapat lihat la bagaimana cara Emir merenung Ed. Dia dapat menarik sedikit nafas lega apabila tengok Ed tak layan pun dan makan macam biasa. Ala minah ni kalau dah jumpa makanan mana nak ingat benda lain dah

Suamiku Annoying !Where stories live. Discover now