Part 3

10.1K 445 6
                                    

" Airil.." Aku memandang kepada empunya suara. Hek eleh minah gedik ni lagi ni mesti kes nak tackle si Airil ni. Heh, tackle la kau. Tak kisah pun

Airil memandang ke arah Misya and the konco - konco. Dia menjeling kearah Ed yang sudah membuat muka menyampah. Timbul idea gila dalam kepalanya.

" Ya ? you ni Misya kan?" Tanya Airil lalu memberikan senyumannya yang terlebih gula tu

" Auwww, you ingat nama I ke ? Terharunya" Kata Misya sambil memegang lembut bahu Airil. Airil membulatkan mata. Dia terus mengelak. Eh ni dah lebih ni. Sampai pegang - pegang ni kenapa minah gedik ni. Aduh menyesal layan.

Aku mengangkat kening apabila melihat Misya tergedik - gedik dengan Airil. Apa pula masalah minah sotong ni? Geli aku tengok gelagatnya. Sumpah nak termuntah tengok

" Kau ni Misya, dah tak ada kerja lain ke selain nak tackle lelaki? Geli la tengok" Selamba aku memerlinya. Merah sudah wajah si Misya. Airil pula menahan tawanya

" Ed, kau memang jealous kan aku dapat tarik perhatian Airil ni ? Heh cakap je la" Misya tersenyum sinis. Aku membulatkan mata.

" Sorry la beb, setakat dapat perhatian daripada mamat ni ? Tak payah la. Tak teringin pun. Orang gila je nak perhatian dari budak ni" Aku menggeleng - gelenggkan kepala lalu menconteng kembali buku nota aku.

Kedengaran Misya menghentak - hentak kaki lalu berlalu dari situ. Aku gelak jahat dalam hati. Hahaha siapa suruh buat perangai gedik dia tu depan aku. Padan muka !

" Kau ni, kesian dia kau cakap macam tu" Tegur Airil kepadaku. Aku mendongak

" Kalau kesian , kau layanlah dia sana" Sarkastik aku menjawab

" Tak nak. Aku nak layan kau je" Jawabnya kembali tersenyum miang

Aku mengambil buku nota aku tadi lalu memukul bahunya kuat. Dia mengadu kesakitan. Aku tersenyum sinis.

" Stay away from my life, dude" Aku menjelingnya tajam lalu keluar dari kelas menuju ke tandas. Fara yang menjadi penonton setia dari tadi mengikutku.

________________________________________________________________________

Aku mengelap mukaku yang baru kubasuh. Aku mengeluh. Apa masalah mamat tu sebenarnya huh ?! Sibuk kacau orang. Matilah aku kalau hari - hari macam ni huwaa ibu tolonglah anak ibu ni.

" Kau kenapa ?" Fara bertanya setelah agak lama dia memerhatikan aku

" Kenapa apa?" Aku membalas dengan pertanyaan juga

" Kenapa kau buat macam tu dekat Airil ? I think he just wanna to be your friend. Past is past, Ed. Jangan sebab benda tu kau dah macam tak nak terima siapa - siapa even dia just nak jadi kawan kau je" 

" Entah la Fara. Aku malas nak ambil risiko" Jawab aku malas sambil keluar dari tandas. Aku meraup mukaku perlahan apabila kisah dulu kembali terlayar. Let's bygone be bygone Ed. Kau kena kuat..

Sampai sahaja aku didepan pintu kelas, aku lihat roket kertas terbang didepan mataku. Huh tahu lah tak ada guru. Apa la dah naik form 4 pun perangai macam budak - budak lagi. Macam 4 tahun !

Aku kembali ke mejaku. Ada nota kecil terselit pada buku nota ku tadi.

Sorry for all my wrongdoings :")  I just wanna to be ur friend. 

- AD -

Aku mencebik  lalu kertas tersebut digumpal menjadi kecil dan membuangnya. Aku menjeling sekilas kearah Airil. Aku dapat melihat air mukanya berubah. Heh lantak kau lah

Sepanjang hari ni tiada seorang guru pun masuk. Aku yang tidak sabar untuk balik ke rumah seperti hendak melompat bintang apabila mendengar loceng waktu sekolah tamat. Aku cepat - cepat mengambil beg aku

" Beb, balik dulu la. Aku tak sabar nak balik rumah ni. Aku macam dapat rasa bantal dengan katil dah panggil aku tu. Hahahaha" Aku menepuk sedikit bahu Fara

" Okay bye. Tunggu ibu kau tu elok - elok. Jangan asyik nak merungut je tau" Aku tersengih lalu keluar dari kelas.

Airil yang melihat Ed sudah keluar kelas cepat - cepat pergi ke tempat Fara

" Eh Airil ? Tak nak balik ke?" Fara menegur. Airil menggeleng

" Aku nak tanya kau something ni" Airil berkata. Fara mengerutkan dahinya. Macam hal mustahak je

" Macam ni, kenapa Ed tu macam susah sangat nak kawan dengan orang lain? Susah betul la" Airil mengurut sedikit tengkuknya sambil mengeluh. Fara senyum mengejek

" Hei, apa ni aku cuma nak kawan dengan dia je okay" Fara akhirnya tergelak

" Apa? Aku tak cakap apa - apa pon. Hahahaha" Airil menarik muka masam

" Hahahaha okay - okay. Erm, Ed memang macam tu. Dia friendly apa dengan budak - budak sekolah ni. Cuma dia memang susah sikit nak adapt  dengan budak baru. Kurang friendly sikit. Lama - lama biasa la tu. Kau tu ha baru masuk dah serang dia, mana dia tak angin ? Tapi serious la kalau dah lama kenal dia sumpah dia jenis gila - gila" Fara tersengih. Airil mengangguk. Laa macam tu ke ? Patutlah

" Dia ada rapat dengan budak selain kau ke?"

" Ada. Izz namanya. Budak kelas sebelah. Kitaorang bertiga dah kawan dari kecil dah" 

" Lelaki ?"

" Haah ye lelaki. Kenapa ? Rasa tergugat ke? Hahahahaha" Fara menekan - nekan perutnya apabila tidak dapat menahan gelaknya

" Kau suka dia ea ?" Fara tidak berhenti bertanya. Melihat kebisuan Airil, Fara menarik senyuman tawar

" Baik kau lupakan je la hasrat kau tu. Aku rasa dia takkan terima mana - mana lelaki dah" Airil terkedu.

" What ?"

" Yes. Well you know, bad memories for her about 1 year ago" Fara seperti enggan menceritakan hal sebenar. Airil mengeluh . Apa yang dah jadi sebenarnya sampai Ed betul - betul nekad sebegitu ?





Suamiku Annoying !Where stories live. Discover now