Part 8

7.7K 436 21
                                    

Aku tidak menunggu lama. Setelah memakai tudung kakiku terus melangkah keluar rumah. Otakku sudah tidak dapat berfungsi dengan betul , yang aku tahu aku kena hapuskan perasaan bersalah dalam diri aku ini.

Hujan lebat yang mencurah - curah tidak aku hiraukan. Jeritan namaku oleh ibu dan abang aku buat tidak dengar. Aku mempercepatkan langkah apabila sedar malam semakin pekat. Langkahku terhenti apabila beberapa buah motor mengelilingi diriku. 

Perasaan takut mula menjalar dihati ku ini. Beberapa  saat selepas itu, pemilik motor - motor tersebut memberhentikan motor masing- masing.

" Apa Ed buat malam - malam  kat luar ni sayang ?" Aku dapat mengecam suara itu. Faris ! ya Faris. Aku meneguk liur.

" Apa kau nak hah Faris" Aku menjerit untuk melawan bunyi hujan yang turun. Bajuku sudah basah kuyup. Aku terus memeluk tubuh apabila perasan mata Faris memandang tubuhku. Tawa Faris kedengaran.

" Oh, dapat cam aku ni siapa ? Hmm, bagus - bagus" Faris mula mendekat. Aku menapak satu - satu langkah kebelakang. Dia mendekat lagi, apabila aku mengambil satu langkah kebelakang lagi terasa belakang badanku berlanggar dengan seseorang. 

"' Kenapa kau tak pernah nak suka aku eh Ed ? Aku rasa aku dah buat macam - macam dekat kau, tapi tak pernah berjaya" Faris mendekat lagi. Aku memejamkan mata. Allah, selamatkanlah aku

________________________________________________________________________

Airil bangun dari pembaringannya. Bulat matanya apabila menerima panggilan daripada Zafran menyatakan yang Ed kini mencarinya. What?! Buang tebiat ke apa budak tu. Hujan kan sekarang? Dia menapak keruang tamu lalu menyelak langsir ditingkap bahagian depan. Erm? Tak ada

Hatinya mula tak sedap. Dia mengambil jaketnya. " Mama, papa. Airil keluar kejap" Dia meminta izin daripada kedua orang tuanya itu

" Nak pergi mana Airil ? Hujan lebat tu" Dato Ridhuan bersuara

" Kejap je pa" Airil melangkah keluar. Dia berjalan laju dengan mengambil jalan yang menghubungkan rumahnya ke rumah Ed. Dari jauh dia ternampak lampu - lampu motor bersinar dalam gelap. Dia berlari kearah itu

Aku hanya mampu berdoa dalam hati apabila otakku tidak mampu untuk berfikir pada masa itu. Fizikalku pula tidak mampu bergerak

" Faris, stop it !" Aku membuka mata apabila mendengar satu suara. Faris menoleh kebelakang.

" Huh, kau lagi. Kau nak apa ? Ini urusan aku dengan Ed . Jadi tolong blah ! " Faris bersuara kasar. Airil memandangku.  Aku menggeleng - gelengkan kepala  tanda jangan tinggalkan aku seorang.

" Lepaskan Ed. Ini bukan cara kau nak menang game ni. Tak gentle lansung kalau main dengan cara kotor bro" Aku tidak mampu mencerna kata - kata Airil. Dalam fikiranku hanya nak balik sahaja

" Sukahati aku la der, kau dengan cara kau. Aku dengan cara aku" Bentak Faris

" Dengan cara kau biar Ed dalam hujan macam ni? Kau nak dia demam ke apa hah?!" Jerkah Airil. Faris merengus kasar

" Geng, jom!" Faris kembali menunggang motornya diikuti yang lain. Setelah mereka semua pergi, aku hanya memandang kosong kepada Airil.

" What you think that you have done Aulia Edrianna ?" Aku diam. Tidak mampu jawab apa - apa

" Jawab aku tanya Ed "

" Aku cuma nak minta maaf sebab petang tadi. Aku rasa bersalah sangat" Perlahan aku menjawab pertanyaannya. Riak muka Airil berubah

" Bodoh ! Kau tahu tak aku risau sangat tadi ? Cuba kau fikir kalau aku lambat datang tadi. Apa jadi dekat kau? Kau dah tak ada hari esok ke nak minta maaf tu. Ed.. Ed.. please jangan buat aku macam ni" Aku terdiam. Air mataku perlahan - lahan menitis.

Suamiku Annoying !Where stories live. Discover now