Part 22

4.6K 189 35
                                    

Aku mencerlungkan mata memandangnya. Airil tetap dengan wajah tidak berdosanya

" Ok jom movie dah nak start. Aku dah book ticket dah" Dia dengan sukahati dia tarik aku lagi

" Stop it Airil. Stop!" Aku merentap kasar lengan baju yang dia pegang tadi

Airil menjongketkan kening .

" Macam mana kau tau aku dekat sini ? Lepastu macam mana kau tahu aku dengan Emir dan kenapa kau ajak aku tengok wayang ? Aku bukan nak tengok wayang dengan kau pun" Bertubi tubi soalan yang aku tanya

" I'm your stalker. Dah la ikut je la aku. Aku dah belanja kau ticket pun mulut nak bising lagi. Membebel sana sini. Sekali aku kiss baru nak diam agaknya" Airil meninggalkan aku sebaik sahaja menghabiskan katanya

Wajah aku berona merah. Dia ni mulut memang tak ada insurans ke apa ? Aku ni dah la senang blushing kalau segan. Aku memberontak dalam diam tapi kakiku laju sahaja mengikut langkahnya. Sebaik sahaja aku dapat menyaingi langkahnya, aku merengus geram. 

Dalam dunia memang tak ada muka lain ke aku nak hadap. Balik balik muka dia ni. Dah la annoying sampai tahap rasa  nak sepak

" Tak baik mengumpat aku dalam hati " Aku terus berpaling kearahnya. Dia yang memang tingginya jauh beza dengan aku, mengerling kebawah

" Apa ? kau ingat ak tak tau ke. Dengan muka kau yang tak puas hatinya. Nampak sangat tengah mengumpat aku" Aku menjelingnya lagi

Aku terus mengambil tempat duduk disebelahnya dipanggung wayang itu. Ketika mereka berdua masuk, panggung itu sudah gelap menandakan movie yang meraka ingin tonton bakal bermula sebentar sahaja lagi

************************************************************

Dua jam setengah yang aku rasakan sangat lama sebab berada disisi Airil. Ergh sejujurnya aku sangat tidak selesa. Creepy kau tahu

" Aku nak solat jap . Aku tunggu kau kat food court nanti " Aku hanya mengangguk 

Memandangkan aku sedang bercuti aku terus menghala kearah food court dan menunggu Airil disitu. 

Lebih kurang 20 minit, aku nampak Airil sedang menuju kearah tempat dudukku

" Huh ? cepatnya kau solat ? Bukan biasa perempuan ni lambat ke" Airil menegurku. Wajahku memerah. Perlu ke mamat ni tanya. Aku memandangnya tajam

Airil yang faham maksud renungan itu hanya tersengih. Lama dia merenung wajah lembut dihadapannya ini. Tipulah perasaan suka tu dah hilang. Cuma sekarang dia tak tunjuk sebab dia takut dia dan Ed makin renggang. Sebab itu lah dia  pendam sahaja perasaannya ini. Cuba menjaga Ed dari jauh

Aku berdehem kecil cuba menyedarkan Airil dari terus merenungnya. Dia mula segan. Airil yang baru tersedar mengurut perlahan tengkuknya. Tiba tiba mata Airil tertancap pada beg kertas yang diletakkan disisi Ed.

Dia hampir terlupa tujuannya datang kemari.

" Seronok lunch dengan Emir tadi ?" Perli Airil

Aku mengangkat kening

" How do you know ?"

Airil diam. Aku buat muka menyampah

" Apa? salah ke . Why ? Dia dah ada girlfriend eh ?" Aku perli balik

" Kalau aku cakap ada ?" Aku membulatkan mata

Eh serious la dia ni. Aku tak nak digelar perampas. Muda lagi kot

" Biar betul ?" Aku buat muka tak percaya

" Sukahati  kau nak percaya ke tak " Airil jawab bersahaja. Hakikatnya dia pun tidak pasti Emir tu dah ada teman ke belum. Nampak gaya macam tak ada sebab tu dia risau. Heh nama pun playboy

Suamiku Annoying !Waar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu