Part 6

8.5K 454 10
                                    

Aku semakin rimas. Sejak kes pertembungan Aku dengan Faris hari tu , Airil hendak mengikut kemana sahaja aku pergi di kawasan sekolah tersebut. Entah apa yang dia risau pun aku tak tau.

" Can you stop follow me ? You know what , kau dah ganggu privasi aku dekat sekolah ni. Rimas tau tak rimas" Aku mencerlungkan pandanganku terhadapnya. Airil automatik berhenti kemudian mengeluh

" Aku bukan apa Ed, aku cuma err.."  Tiada perkataan yang sesuai untuk menggambarkan bagaimana perasaannya kali ni. Risau yang amat ! Dia risau kalau Faris buat something yang tak elok dekat Ed. Mamat tu bukan boleh percaya sangat . Huh, kalau bukan sebab game bodoh ni tak ada lah perasaan risau ni datang. Lagipun Ed ni perempuan. Sekasar - kasar dia pun, tak boleh mengubah apa - apa yang dia tetap perempuan.

" Aku cuma risaukan kau je" Terluah juga kata - kata tersebut namun apa yang Airil katakan itu menjadi bahan tawa Ed

" Hei, apa kau merepek ni? I'm already 16  okay. Aku pandai la jaga diri aku." 

" Huh, you can't understand Ed and never understand " Airil mengeluh lalu melangkah pergi meninggalkan Ed yang terpinga - pinga

______________________________________________________________________________

" Airil..." Airil menoleh apabila tersedar namanya dipanggil.

" Izz?"

" Mesti kau pelik kan aku tegur kau ni" Izz bersuara lagi

" Huh, kau nak apa ?" Airil balas nak tak nak je

" Aku tahu kau suka Ed" Airil mengerutkan dahinya. Mamat ni pandai - pandai je. Dari mana entah dia tahu ni

Izz tergelak perlahan tetapi cukup kedengeran sinis ditelinga Airil. Dia mengetap bibirnya menahan sabar

" Kau tak payah la sembunyikan, aku lelaki sama macam kau juga. The way you look at her, I know that you like her more than friend. Isn't?" Suara Izz kedengaran serius

Airil mengalah "  Dah tu kenapa pun? Kacau hidup kau ke kalau aku suka dia pun"

" Aku kenal dia dari kecil lagi beb. Tipulah kalau aku cakap aku tak suka dia. But, itu lah dia main hard to catch" Izz gelak perlahan. Dalam diam Airil mengakuinya, memang Ed tu susah nak dapat

" Aku cuma nak pesan, if you get her bro please don't break her heart. Sebab apa kau tau? Sebab Ed cukup sensitif kalau ia melibatkan kasih sayang" Izz menepuk beberapa kali bahu Airil dan berlalu dari situ

Airil cuma diam dan memproses kembali kata- kata Izz tadi. Erghh, apa maksud Izz sebenarnya ?

________________________________________________________________________

Aku mengeliat malas. Telefon dimeja tepiku aku capai. Pukul 10 pagi. Erm, teruk betul aku ni dah dekat tengah hari baru bangun. Alaa, bukan selalu pun ! Hari ni hari Sabtu kan. Aku tersedar saat notiffication whatsapp masuk

Fara xoxo : Ed? Dah bangun belum. Jom teman aku dekat rumah ni. Bosan woi!

Me : Dah la. Okay, aku datang dalam sejam lagi. Jangan lupa bentang karpet merah masa aku datang nanti. HAHAHAHAHA

Eh minah ni bagi bluetick je dekat aku. Dah la malas nak layan kau. Aku turun daripada katil mencapai tuala kemudian masuk ke bilik air untuk membersihkan diri.

" Lawa - lawa anak ibu ni nak pergi mana ? Nak pergi jumpa siapa nama budak tu ya Zaf? Airil? Oh haah Airil" Puan Maya mengusik anak daranya itu. Zafran yang duduk didepan ibunya itu tersenyum mengejek melihat adiknya yang baru turun daripada tangga itu

" Mana boleh bu, boyfriend Ed tu dah janji nak jumpa dengan Zaf. Tak adanya nak jumpa Ed ni. Buat apa? Bukannya best pun" Selamba Zafran berkata.

Aku membulatkan mata. Ni apahal masuk nama Airil pula ni. Sampai ibu pun dah tahu, wahh ni dah melampau ni

" Bukan boyfriend okay. Pandai - pandai je abang ni" Aku menjelingnya tajam

" Ye ke. Tapi apa yang sampai dekat abang lain" Tawa Zafran berderai. Aku tidak menghiraukannya

" Ibu, Ed nak pergi rumah Fara. Maybe balik lambat sikit la. Boleh kan ?" Lembut suaraku bertutur. Zafran mencebik. Eleh, kalau nak minta permission keluar lembut je. Cuba kalau biasa ? Bahasa bukan main kasar. Puan Maya mengangguk.

" Yeayy sayang ibu. Benci abang" Aku menjelirkan lidah kepada abang dan mencapai kunci motor

" Eleh ingat abang sayang sangat la dekat kau?" Mata Zafran mengekori adiknya yang semakin hilang dipandangan.

" Ada Ed kisah ?" Laungku diluar rumah. Puan Maya hanya tersenyum melihat gelagat anak - anaknya itu.

______________________________________________________________________

" Sorry late. Jam sikit tadi" Zafran mengambil tempat duduknya. Airil hanya mengangguk. Matanya memerhatikan Zafran. Dia perasan setiap mata gadis - gadis di McD itu terarah di meja mereka. Kalau si abang boleh menarik perhatian kebanyakkan perempuan diluar sana lagilah si adik. Airil mengeluh apabila teringat akan perihal itu

" So, apa yang kau nak bincang dengan aku?" Zafran memecah kesunyian. Airil menarik nafas panjang sebelum memulakan bicara

" Ed.. You don't have any idea how much I really worry about her " Zafran mengangkat kening

" What's going on right now dude ?"

Airil terus menceritakan perihal Faris kepada Zafran. Berharap Zafran dapat menolongnya. Riak wajah Zafran berubah apabila Airil habis bercerita.

" Kau patut tahu Airil. Ed cukup tak suka benda - benda macam ni. Aku tak boleh bayangkan kalau dia tahu nanti" Zafran mengeluh

" Sebab tu aku nak minta tolong kau. Aku dah tak tahu nak buat apa ni. Kalau aku tak terima game tu, you know aku akan dianggap loser"

" Airil, Ed cukup pantang kalau pasal kasih sayang dibuat taruhan ni" Kata - kata Zafran mengingatkan Airil dengan Izz. Apa maksud mereka semua ni? 

" Aku tahu, belum sampai waktu kau tahu pasal apa yang berlaku dekat Ed, tahun lepas. Aku cuma boleh nasihat kalau kau dah masuk game ni.  Cuba cepat - cepat untuk tamatkannya.Tapi jangan sampai Ed tahu benda ni okay?"

Airil mengangguk perlahan. Ya, kena cepat - cepat buktikan dekat Faris yang dia boleh menang. Masalahnya si Ed ni susah sangat nak dibawa berbincang.


Jangan lupa vote and comment ya ! Thanks for ur support :*



Suamiku Annoying !Where stories live. Discover now