Part 18

4K 166 14
                                    

" Yow !" Izz menegur

" Hai " Aku tersenyum. Izz balas balik.

Kami bertujuh lepak di taman sekolah selepas sahaja loceng tamat persekolahan pada hari itu. Bermakna persekolahan mereka padah tahun ni sudah tamat. Esok sudah bermula cuti akhir tahun. Aku hanya tersenyum mengingatkan tentang hal itu

" So, korang dah plan ke nak cuti kemana akhir tahun ni" Fara bertanya

" Aku cuti-cuti Malaysia je" Joe menjawab sambil diikuti dengan Syafiq dan Faiez yang menjawab perkara yang sama

" Aku pula pergi Thailand " Jawab Danish. 

" Aku rasa nak ajak mama dengan papa pergi Istanbul la tahun ni" Fara berkata sambil tersenyum

Kemudia mata yang lain berselang seli memandang aku dan Airil. Hanya aku dan dia sahaja yang tak menjawab.

" Entah. Parents busy"

" Ibu sibuk la" 

Aku mencerlungkan mata kepada Airil. Hek eleh takkan la mamat ni tak pergi mana - mana cuti ? macam pelik je.

" Aik, sama nampak ? korang berdua je la pergi bercuti sama-sama" Faiez buat lawak dan diikuti gelak oleh rakan - rakan lain. 

" Kelakar " Sepatah perkataan keluar dari mulut Airil. Eii sarkastik habis la mamat ni.

Fara mengangkat kening. Perasan akan perubahan suara Airil. Empat sekawan yang lain menahan gelak melihat Airil yang dingin itu.

Aku mencebik. Eleh aku pun tak nak la . Tak ingin pun. Tak payah la nak jawab macam tu. Entah, tiba- tiba terasa pulak dengan jawapan dia.

Beberapa minit kemudian, mereka berlima pulang . Tinggal aku dengan Airil. Hm lambat pula ibu hari ini

" Airil " Aku seru namanya. Kelihatan Airil bersiul kecil sambil buat - buat tengok tempat lain. Eii buat - buat tak dengar la tu

" Woi, tak dengar ke aku panggil kau" Aku jerit sedikit. Airil masih buat - buat tak dengar lagi. 

" Weh mangkuk, kau memang pekak ke macam mana " Aku yang memang berdiri sebelahnya menjengketkan sedikit kaki untuk mencapai paras telinga dia

Airil terus berpaling. Terkedu aku bila muka kitaorang dekat sangat. Terus aku menjauh. Bahaya betul la dia ni. Seram. Airil menarik senyum sedikit. Kelakar tengok reaksi Ed.

" Kau nak apa " Suara Airil masih dingin

" Alah ada pun suara ingat dah bisu tadi " Perli aku

Melihat wajah dia nak bertukar marah aku cepat sambung kata - kata aku 

" Ni ha yang kau ni pahal. Dingin semacam "

" Dah dekat 2 bulan lebih kau baru tanya ?" Airil bertanya kembali. 

Aku hanya tersengih

" Aku rasa kau pun dah tahu sebab apa kan " Airil menjawab.

" Halah takkan la kau terasa lagi pasal hari tu" Jawab aku lancar tanpa memikirkan perasaannya. Airil segera melarikan anak matanya apabila matanya bertembung denganku selepas dia menoleh mendengar jawapan yang keluar dari mulut aku tadi

" Haah memang tak terasa pun " Aku dapat mengesan nada suaranya sudah jadi lain. Aku mengeluh. Aku memang failed do bab bab macam ni lahai

" Airil kau tau kan aku memang failed kalau bab bab  macam ni lagipun.." tak sempat aku habiskan kata - kata aku , dia pantas memotong

" Dah la malas aku nak cakap dengan kau, buat sakit hati je" Dia kemudiannya terus berlalu dari situ. Mataku mengiring kepergiannya. Aku dapat rasa sesuatu tapi entah la tak tau nak kata apa.

Suamiku Annoying !Where stories live. Discover now