"Nak tidur dengan abang Yyan malam ni,Rayqal rindu abang Yyan."

Rayyan hanya mengangguk sambil tersenyum.









"Kak,Sofia...takut,Sofia takut kak."adu Sofia kepada Isya.

"Ep,tak mo macam ni,dah lawa-lawa ni,Sofia tak perlu takut,Sofia hanya kena ingat pada Allah je."

'Tok Tok'

"Boleh abang masuk?"tanya Sharil yang berada di ambang pintu.

Sofia mengangguk,Isya pula berjalan keluar untuk memberi ruang kepada adik beradik itu.

"Adik,keputusan adik ni memang betul-betul ke??betul ke keputusan ni boleh buat adik bahagia?"tanya Sharil.

Ya,Sharil mengetahui sebab mereka berdua berkahwin adalah kerana untuk menutup malu kedua-dua keluarga.Bahkan semua ahli keluarga tahu.

"Adik pun tak pasti abang,adik tak pasti yang adik akan bahagia atau pun tak.Adik takut bang."

"Hey..jangan la nangis."ujar Sharil sambil menyeka air mata yang keluar daripada mata adiknya itu.

Sofia tersedar daripada lamunan.Mengelamun sampai tak sedar yang diri tu menangis.

"Abang...adik taknak,adik..tak sanggup,abang..ad.."Sofia tidak mampu menghabiskan percakapannya kerana air matanya tidak berhenti turun.

Sharil segera memeluk adiknya itu.Pandangan sayu diberikan.

"You still can change your decision,you still have time."ujar Sharil tidak mahu adiknya bersedih.

"Kalau adik boleh putar masa,adik tak nak kejadian tu berlaku,adik tak nak..tapi,ni semua berlaku atas kehendak Allah,adik yakin,dan abang pun tahu kan,setiap yang berlaku tu mesti ada hikmah,adik rela,adik takkan apa-apa la."jawab Sofia sambil tersenyum nipis.

Sharil mengusap perlahan ubun-ubun adiknya yang dilindungi tudung itu.

"Adik,you're the best adik forever,adik sanggup berkorban demi family.Abang..sayang adik tau,adik,adik abang dunia akhirat."

Sofia tersenyum mendengar ucapan abangnya itu.

"Dahla,jom,kita dah lambat nak gi masjid ni."

"Em.."







Rayyan melihat Sofia yang berada di belakangnya bersama dengan ahli keluarga serta tetamu-tetamu perempuan.

"Ada banyak sebab aku pilih kau,tapi..aku jadikan sebab tu sebagai sebab utama"hati Rayyan berkata.

"Tengku Rayyan Aiman."panggilan encik Shakir menyadarkan Rayyan daripada lamunannya,lantas kepalanya berpusing menghadap bakal bapa mertuanya itu.

"Ya saya."

"Sudah bersedia?"tanya encik Shakir.

"Ya."jawab Rayyan sambil berjabat tangan dengan bakal bapa mertuanya itu.

Sofia memandang ke arah abahnya.

"Aku nikahkan dikau dengan anakku,Nur Sofia Amirah dengan mas kahwin sebanyak RM1000 dan senaskhah Al-Quran dibayar tunai."Ijab telah dilafazkan oleh encik Shakir.

Sebenarnya Sofia hanya meminta Al-Quran sebagai mas kahwin namun Rayyan berkeras untuk menyertakan wang juga,nak tak nak terpaksa la Sofia turutkan juga.

"Ya Allah...saat Kabul dilafazkan,tugasku akan beralih,syurgaku juga turut beralih,Kau berilah kebahagiaan kepada aku Ya Allah."

"Aku terima nikahnya Nur Sofia Amirah dengan mas kahwinya sebanyak RM1000 dan senaskhah Al-Quran dibayar tunai."Rayyan melafazkan Kabul hanya dalam sekali lafaz.

Tengku BUAYA Aku Punya!!Onde histórias criam vida. Descubra agora