Sofia berdiam diri mendengar jawaban abahnya itu.

"Kenapa??adik risau hal tu ke??tak payah risau la.."Sharil cuba untuk menenangkan adiknya.

"Erk..takde pape la,adik minta izin nak naik bilik dulu ye."

"Ha ye lah."





"Abang,adik nak tanya sikit boleh??"

Sharil yang sedang fokus memandu segera memandang ke arah Sofia,yang berada di tempat duduk sebelah.Baru kedengaran suara adiknya itu walaupun sudah hampir 5 minit berada di dalam kereta tersebut.

"Apa yang adik nak tanya?"

"Em...takpe la,tak jadi."

"Hey...kenapa dengan Nur Sofia Amirah ni,adik macam tak sihat je,bercakap pun sepatah dua je..adik ada masalah ke??"tanya Sharil apabila perasan raut wajah adiknya itu.

Sebenarnya dari semalam lagi dia perasan sikap adiknya itu lain,berbeza daripada biasa.

"Erk..takde pape la."

"Adik..kita tak pernah berahsia kan selama ni,so please.."

"Sebenarnya...em..abang marah tak kalau adik kahwin dulu daripada abang??"

"La..tu je ke nak tanya,kalau dah jodoh buat apa nak marah.kan..eh jap,kenapa adik mention pasal kahwin ni..setahu abang,adik tak suka topik ni."Sharil sedikit pelik dengan pertanyaan Sofia.

"Saje je,nak tahu."







Sedang Sofia menunggu Ika di cafe,kelihatan Rayyan berjalan ke arah meja yang dia berada.

Tanpa dijemput,Rayyan segera duduk berhadapan dengan Sofia.

"Aku dah bagi masa kau sehari untuk kau fikir.Dan aku harap jawapan kau tak buat keluarga kau jadi malu."ujar Rayyan seakan-akan mengunggut.

Ya,dia hanya mengugut,sebenarnya kalau Sofia tidak bersetuju untuk kahwin dengan dia pun,dia tak akan memberitahu semua orang dan membuat keluarga Sofia malu.

"Ya Allah..apapun keputusan aku,semuanya jawapan daripada Kau Ya Allah..cekalkanlah hatiku.."

Semalam dia sempat menunaikan Solat Istikharah,dan Alhamdulillah,dia mendapat jawaban,walaupun jawapan tersebut tidak dipersetujui dirinya,tapi dia percaya,pasti ada sesuatu yang telah dirancang oleh Allah,dan Allah adalah sebaik-sebaik perancang.

"Saya setuju."

"Aku dah agak kau a..eh,kau kata ape??"Rayyan menyangka Sofia tidak akan bersetuju dengan rancangannya.

"Saya kata saya setuju.Lagipun saya tak nak keluarga saya malu."jawab Sofia.

Entah kenapa,mendengar jawapan daripada Sofia tadi membuatkan hati Rayyan sedikit sebanyak menjadi tenang.

"Cuma...saya tak bagitau keluarga saya lagi."

"Yang tu aku sendiri akan uruskan,aku yang nak kahwin dengan kau,so aku yang kena jumpa diorang."terang Rayyan.

"Kalau ada apa-apa nanti,aku akan telefon kau."

"Eh?macam mana a."

"Ok la,aku pergi dulu."

Rayyan lantas meninggalkan Sofia apabila kelibat Ika muncul.

Ika segera berjalan menuju ke arah Sofia yang masih termenung di cafe.

"Assalamualaikum,sorry lambat,kereta buat hal."terang Ika.

"Erk takpe-takpe,lagipun dah biasa."

"Hehehe..oh ya,tadi saya nampak macam Tengku Rayyan.Kenapa dia datang jumpa awak?"tanya Ika,tadi dia sempat melihat Rayyan yang tergesa-gesa pergi.

"Erk..dia..em..tanya pasal ujian..ha.."balas Sofia terpaksa berbohong.

"O..ingatke ada date tadi,hehe..tapi mesti la tak,awak kan dengan abang dia.."

"Rafieq!!macam mana aku boleh lupa dia,Rafieq...saya minta maaf.."

"Ha termenung!!dahla jom ke dewan."

Sofia hanya mengangguk.










"Apa maksud Rayyan ni?"tanya Tan Sri Rahman tegas.

Terkejut dibuatnya apabila Rayyan tiba-tiba menyatakan hasratnya untuk berkahwin dengan Sofia.

"Rayqal,kita naik bilik dulu ya.Tidur,esok sekolah kan.."ajak Puan Sri Alisa tidak mahu Rayqal mendengar pergaduhan yang bakal tercetus.

"Em.."Tanpa membantah,Rayqal segera berjalan menuju ke biliknya.

"Rayyan,kenapa Rayyan buat keputusan macam ni?"tanya Tan Sri Rahman cuba menghalang niat anaknya itu,bukan tak setuju,cuma dia teringat bahawa Rafieq,anak sulungnya yang terlebih dahulu ingin melamar Sofia sebaik sahaja dia pulang ke Malaysia.

"Rayyan taknak kedua-dua keluarga dapat malu."

"Kita takkan malu sebab semua tu salah faham je.."

"Rayyan tetap nak kahwin dengan dia."tegas Rayyan.

"Kalau papa tak setuju??"

"Rayyan tak kisah,Rayyan bukan mintak izin dan restu papa,Rayyan cuma nak bagitau."ujar Rayyan seakan-akan tidak peduli akan perasaan papanya itu.

"Rayyan...kenapa de"belum sempat Tan Sri Rahman berkata,Rayyan terlebih dahulu memotong.

"Rayyan tahu papa tak izinkan sebab Rafieq kan??It's ok la pa,Rayyan tahu papa lebih sayangkan Rafieq."

Usai berkata Rayyan terus melangkah untuk ke biliknya,namun belum sempat dia memijak anak tangga kedengaran suara papanya berkata.

"Kalau itu yang terbaik bagi Rayyan,papa setuju."

-TBC-

Tengku BUAYA Aku Punya!!Donde viven las historias. Descúbrelo ahora