Dalam wayang ada...

1K 55 22
                                    


Anda seorang kaki wayang?

Adakah anda juga seorang kaki keluar malam yang lebih gemar akan sinar neon dari sinar UV mentari?

Maka anda berpeluang untuk merasai sesuatu yang tidak akan dirasai oleh mereka yang lebih prefer download movie atau streaming online.

Jujurnya aku gemar pergi ke wayang terutamanya cerita-cerita yang aku sudah mark untuk tonton secara 'wayang'. Ianya semata-mata untuk mendapatkan feeling 'tengok awal' dan melayan bunyi effect serta kebesaran skrin yang pastinya memberi kepuasan tanpa skala rasmo. Sudah pasti suasananya gelap di dalam. Ianya kadang-kala lembap dan sudah pastinya akan tidak berpenghuni bila mana tidak digunakan. Ruangnya cukup besar bagi mereka yang ketiadaan tempat tinggal atau mereka yang berada dalam berada dalam status buangan.

Aku bukan bercerita mengenai gelandangan ata.

Koleksi ini hanya cerita seram.

Ya... Aku sedang bercerita mengenai mereka yang menghuni ruang-ruang panggung wayang gambar atau pawagam

Selesai sahaja anda berswafoto dan kemudian memuat naik di Instagram dan mengharapkan ia menjadi tular, aku ingin memetik suis otak anda seketika. Anda pasti mereka yang berada di baris depan anda itu dari dimensi yang sama?

Atau mereka yang tekun menonton tidak berkedip  di belakang anda itu mempunyai kaki menjejak bumi?

Sejauh mana anda boleh beromen sakan di couple seat sedang anda tidak perasan sepasang mata tidak berkedip langsung bertenggek memerhatikan anda dari sudut tong pemadam api.?

JIka anda jenis yang solo-goer, adakah anda pasti awek yang tenang, hampir langsung tidak mengeluarkan sebarang reaksi takut semasa menonton Conjuring itu mempunyai alamat rumah yang tepat dan bukan beralamatkan batu dua (kubur)?

Ingatlah.. Jika rumah dan bilik kita boleh digelar sunyi seperti kuburan tanpa alunan firman-firmanNya, Apatah lagi ruang serba besar, gelap dan sunyi yang semestinya menjadi kesukaaan mereka yang tiada tempat bergantung.

Ingatlah... Setiap kali anda masuk ke dalam sebuah wayang... bila mana suhu tiba-tiba sejuk sehingga meremang tengkok anda, beranikan diri untuk melihat kiri dan kanan. Perhatikan setiap wajah yang disinari cahaja skrin. Adakah mereka memberikan reaksi yang sepatutnya berdasarkan plot movie yang ditayangkan?

Perhatikan juga di setiap sudut skrin, adakah terdapat sepasang mata mahupun entiti berkain yang melekap di dinding sedang terhibur melihat manusia yang tidak sedar akan kehadiran dirinya? Semestinya dia mahukan dirinya disedari. Lagi-lagi pawagam kecil yang berada dihujung koridor yang menayangkan filem-filem tak laku atau hampir expired.

Sadako sudah merangkak keluar dari tv, bila lagi dia bolot populariti? Mungkin bila dia terbang sekali dua di depan skrin, ada yang merakamnya lalu memuat naik? Atau mungkin dia akan muncul sebagai bayangan manusia yang cuba mencari tempat duduk dan tiba-tiba berdiri tegak di tepi anda bagai mengatakan 'Dik, ni seat saya ni'

Sedarlah.

Pemancar berada di atas

Anda bukan lihat filem cetak rompak.

Anda sedang menonton filem di wayang demi kepuasan.

Mereka juga puas bila berjaya membuatkan anda takut

Lebih puas jika dia mengikut anda balik demi kepuasan

Kerana anda menghiburkan.

Bila ketakutan.

Koleksi Seram dan Mistik sepanjang zaman - Slow updateWhere stories live. Discover now