Main-main

3K 121 13
                                    

Anda pernah kena main?

Maaf jika anda terus menggmbarkan konteks lucah, sila clorox kan otak anda.

Maksud saya di sini dipermainkan.

Selalu? Kadang-kadang? Jarang-jarang?

Bagaimana pula kalau dipermainkan dengan barang kepunyaan sendiri?

Jika masih tidak dapat tangkap, biar aku menerangi ayat aku yang mula samar-samar dari kefahaman yang jelas.

Pernah tak anda hilang barang, cari punya cari tak jumpa. Lepas tu muncul tiba-tiba di tempat yang anda dah puluh kali cari ia memang tak de kat situ?

Anda sudah faham bukan konteks dipermainkan oleh barang anda sendiri?

Aku banyak kali mengalami perkara ini tapi aku anggap ia sekadar kecuaian manusia oleh seorang manusia yang sering pelupa seperti aku. Nak buat macam mana? Balik rumah dompet, kunci rumah, handphone dan lain-lain entah mana dicampak. Bila nak pakai baru terhegeh-hegeh nak cari. Yang paling tak best kalau ada tangan yang mengalihkannya ke tempat lain. Bertambah tak best kalau tangan tersebut terlupa mana dia alihkan.

Mungkin tiada keseraman apabila hilang barang atau miss place barang. Seramnya muncul apabila minit-minit yang anda bayar untuk mencari barang di dalam beg hangus begitu sahaja tatkala nampak ia melambai 'hai' di dalam beg yang sama setelah percubaan ke berapa entah.

Kata orang kita tersilap pandang dalam pada kekalutan hendak mencari handphone akibat kerinduan pada si dia. Tapi percayalah, level seram meningkat setingkat jika ia main cak-cak ala chipsmore di kocek anda pula.

Ceritanya begini...

Aku masih lagi dalam tahun pertama preparation bahasa di France. Prof-prof kami di Centre du Langue (Language Centre) bercadang untuk membawa rombongan ke sebuah pekan kecil berhampiran sempadan France-German. Seperti biasa dikala keluar rumah, pintu mestilah dikunci. Yang mana suka main 'pagar-pagar' boleh buat juga. Secara tak langsung, kunci rumah menjadi life line anda untuk masuk balik ke rumah bila pulang, betul?

Ketika itu aku yakin aku masukkan ke dalam kocek jeans belah kanan. Di dalam bas aku keluarkan dari poket dan masukkan dalam kocek tempat duduk bas. Alasan? Aku tak mahu kulit peha aku yang mulus berbekas dengan tekanan kunci di dalam jean sendat.

Sebaik sahaja aku tiba di destinasi, segala memori terputus mengenai hal kunci sehinggalah hendak waktu pulang

Aku berdiri depan pintu bilik. Seluk kocek kiri keluarkan dompet, raba-raba di dalam.

Tiada.

Seluk kocek kanan keluarkan handphone, raba-raba juga.

Tiada.

Turunkan beg galas buka kocek kecik.

Pun tak de bila di raba-raba.

Lepas tu aku terus menggelabah gila babi. Aku tertinggal dalam bas ke??? Bas yang kitorang naik tadi dah setengah jam blah dari depan apartment kitorang!

Bilik sebelah aku ketuk. Chief, selaku ketua batch kami aku ceritakan apa berlaku. Dia pun gelabah dengar apa jadi. Habis semua prof dia call minta nombor telefon drebar bas. Aku pula check poket sekali lagi. Mana tau aku tak raba dengan betul

Inner poket aku keluarkan macam orang pokai takde duit. Keadaan sebegitu meyakinkan lagi yang kunci bilik aku tertinggal dalam bas.

"Wei, pak cik bas kata takde dalam bas. Dia baru tepon aku tadi"

"Aahhh.. sudah..."

Usaha memikirkan kat mana kunci aku dilupakan. Kepala otak aku sudah membayangkan hal-hal seperti mencari locksmithuntuk pecahkan pintu, memberi penjelasan dengan french yang tunggang terbalik dan pembayaran upah yang aku rasa aku makan makanan paling murah di pasaran.

Aku dan rakan-rakan turun ke kawasan lobby apartment, bersedia hendak keluar mencari locksmith.

"Bro, kau dah cari dalam beg kau betul-betul?"

"Dah aku rasa" jawabku pendek

"Cer kau check balik. Bilik aku tak kunci" ujar Chief

Aku pun menghala ke tangga naik lalu naik ke tingkat satu, di mana bilik chief terletak.

Ka-ching

Telinga aku menangkap bunyi besi berlaga perlahan. Aku seluk kocek kanan dan mengeluarkan segugus kunci bilik kepunyaan aku!

Kalau aku faham bahasa barang, mesti aku tengah dengar dia ketawa mengekeh berjaya kenakan aku.

Aku turun ke bawah balik berjumpa dengan rakan-rakan memberitahu yang kunci aku bermain-main dengan aku. Semua memperlekeh kecuaian aku tapi aku cakap aku dah check dah poket aku tadi. So memang betullah kunci aku main-main dengan aku.

Mungkin keadaan yang aku alami ini adalah sama dengan keadaan disebut 'Glitch'. Glitch pernah dibincangkan oleh penulis IqbalRafiuddin di dalam Di Sebalik Tirai beliau. Tapi apa yang dia alami adalah penampakan seiras.

Aku tak kisah glitch berlaku asalkan glitchnya di dompetku. Sapa tak nak RM50 yang tak pernah putus?

Koleksi Seram dan Mistik sepanjang zaman - Slow updateWhere stories live. Discover now