Rumah Sewa Ayah

3.8K 161 7
                                    

DI suatu tahun Ayah dipindahkan dari Klang ke Ipoh kerana tugas tapi kami masih tinggal di Klang. Maka termaktub dalam kitab yang tidak diketahui, dia telah menjadi weekend husband. Ia satu pengorbanan buat ayah yang terpaksa ulang-alik saban minggu. Memandangkan mak (dan juga aku) tidak pernah melawat ipoh, suatu kami mengambil peluang untuk ke sana semasa cuti sekolah.

Rumah sewa ayah terletak dalam satu perumahan kecil di hadapan Hospital Ipoh. Rumah teres satu tingkat itu hanya menjadi tempat tidur ayah. Pernah juga dia cuba sewakan bilik lain pada rakan sekerja. Tapi tidak lama. Ayah kata mereka complaint tidak selesa tidak di situ.

Tidak selesa. Ia adalah perasaan yang aku juga rasai semasa aku pertama kali masuk ke rumah itu.

Walhal rumah tersebut adalah fully furnished. Bilik air ada tiga. Bilik tidur ada 4 buah lengkap dengan perabot asas. Dapur juga penuh dengan alat kuntau dan silat memasak. Peti ais gedabak dan mesin basuh gedebuk. Rumah ideal pasangan yang baru mendirikan rumah tangga. Rumah ayah dah lama bertangga tapi dia malas nak tinggal di apartment kongsi dan sebagainya.

Ketidakselesaan yang diperkata itu terletak pada sejenis aura kehadiran yang tidak dapat dikenal pasti ada jenis warna, bau dan rasa.

Setiap kali aku memasuki ke dalam rumah sewa ayah, aku akan memandang ke arah sofa di ruang tamu. Seperti satu tindak balas refleks bagi memastikan yang aku pandang itu adalah sofa. Begitu juga sebelum aku hendak menaiki tangga ke tingkat dua, kepala aku akan pasti ditoleh ke arah dapur dengan niat yang sama. Aku tidak pula bertanyakan hal aura ini sebab ayah bukan seorang yang mempercayai paranormal. Dia selalu berkata dengan penuh gaya Papa Zola, 'Ini semua hanya mainan hormon dan perasaan'

Siang berganti malam. Kami berbuka dengan lauk yang dbeli dari pasar malam. Ia adalah malam yang normal seperti malam-malamku yang lain. Kecuali kali ini aku berada di ipoh.

Norma itu terganggu selepas subuh.

Aku mengalami ketindihan. Ini bukan tindih yang biasa dilakukan oleh pasangan yang berbajukan hawa nafsu. Tapi ini dikatakan ditindih makhluk halus ketika kita sedang tidur. Bagi yang kurang jelas, ia adalah fenomena dimana kita tersedar dari tidur tapi kita tidak mampu untuk bangun atau buka mata kerana 'ditindih' sesuatu. Ia adalah suatu yang menyeksakan dan menakutkan. Anda tersedar tapi anda tak mampu bangun. Anda rasakan ada entiti yang menindih dengan berat sehingga anda tidak ddapat bernafas. Masa ini biasanya otak akan ligat membaca apa-apa yang terlintas sebab mulut anda juga berkunci.

Bila aku kuasai semula semua kudrat dan deria, aku cepat-cepat membuka mata. Perkara pertama yang terlintas dibenak fikiran adalah, bulan ramadhan ada hantu ke?

Aku khabarkan hal ini pada mak. Tidak seperti selalu, Mak kali ini mempunyai penerangan saintifik. Dia ceritakan pada aku yang kadang-kala manusia boleh sedar dari tidur tapi anggota lain masih lagi layan lena yang tidak berbelah bahagi. Meaning otak sudah pun sedar dan deria sedikti sebanyak berfungsi namun badan dan otot lain masih membuta macam kita tak dengar alarm clock. Ketika ini jika otak menafsirkan kejadian ini adalah satu fenomena yang menakutkan, otak akan projek ketakutan itu lalu kita akan mengalami situasi paranormal. Kejadian 'ketindihan' biasanya berlaku apabila kita menindih jantung secara tidak sdar semasa tidur. Lalu refleks badan dihantar untuk membetulkan kedudukan. Tapi jika hanya otak sahaja yang sedar, maka berlakulah ketindihan.

Aku mengesat mulut aku yang dari tadi berbuih macam ketam. Mata aku sudah kembali fokus dari berpinar lalu aku angguk tidak faham. Biasalah, umur baru tingkatan dua. Hal-hal saintifik ini susah untuk difahami. Labelkan sahja terus situasi paranormal. Itu sudah cukup menyenangkan hati dan menenangkan minda.

Aku ceritakan juga pada ayah walaupun aku yakin dia akan bagi explanation sama seperti mak. Dia mengiakan sahaja. Otak saintifik aku adalah salah satu genetic trait dari ayah.

Tapi Ayah tiba-tiba membuka cerita paranormalnya yang tersendiri di rumah ini...

'Ada sekali tu masa tengah baring-baring, almari ini tetiba berbunyi macam ada orang tendang dari dalam. Kuat betul! Memang bukan cicak or anything else. Sampai bergerak!'

"Shit! Betullah ada benda yang tak betul dalam rumah ini!"

"Nak tau apa yang Ayah cakap lepas tuh?"

"Pedia?"

'Minta nombor sat. Nak pi tikam lepas ni'

Aku bantai ketawa guling-guling separuh mati. Cool gila ayah aku walau tak percaya paranormal.


Koleksi Seram dan Mistik sepanjang zaman - Slow updateWhere stories live. Discover now