Hijab - Nafsu

2.1K 76 0
                                    

Aku menghelakan nafas. Wap berkepul keluar dari mulut. Flashback aku dengan Luk di Colmar dan di Pergunungan Alps entah macam mana meletihkan aku.

Rayzal tu lebih dari melintas dia boleh buat. Tapi dia power. Kau kena betul-betul faham baru kau boleh jadi macam dia. Kalau kau nak la.

Kata-kata Luk 2 tahun lepas terngiang. Selepas dia ajar aku dua peringkat hijab, dia terus tak datang lagi. Sehinggalah aku berpindah d bumi paling hijau france, Besancon. Negeri di mana alam sekitarnya begitu terjaga tapi teknologi mereka tidak pernah diabaikan. Cerita sejarah dan kesannya masih mereka jaga dan hargai. Termasuk runtuhan kota di hadapan aku sekarang.

Aku menutup mata. Aku melajukan fikiran aku dengan pelbagai ilmu yang aku tuntut di Universiti dan aku tuntut sendiri. Sains dan fakta dahulunya memberi jawapan pada perkara yang mereka tidak faham. Maka perkara yang masih belum difahami, mesti, paling kurang ada jawapan paling ringkas demi otak kepingin. Ya, seperti ruh manusia tidak dapat disukat kerana ia tiada jirim dan jisim. Detikan jantung adalah impulse pada saraf jantung untuk ia berdegup tapi masih belum tahu siapa yang memberi arahan untuk terus berdetik bagi menghidupkan seseorang.

Dan aku yakin dahulu, masyarakat tidak pasti bagaimana boleh wujudnya bayi dalam rahim ibu, mengapa gerhana berlaku dan juga mengapa basikal boleh ke depan walau kita duduk.

Aku membuka mata dengan perasaan diterminasi lalu melangkah ke jalan trek yang melalui celah-celah runtuhan dan bunker tinggal. Minda aku masih lagi 'membina'. Begitu juga layar memori yang kerap mencelah.

Le plus importante (Yang lebih penting), macam mana kau nak guna kelebihan kau? Untuk diri kau atau untuk orang lain?

Soalan lama dari Luk mengasak. Seperti dia pulak yang tak bagi walhal dia yang mula-mula offer. Aku menutup mata sekali lagi. Hutan yang sunyi sepi tanpa kehidupan aku rasakan seperti hingar-bingar dengan kebisingan yang tidak dapat didengari oleh telinga manusia.

Aku teruskan melangkah. Ini adalah jawapan aku.

Aku tak nak guna untuk diri aku. Aku tak mau jadi macam Gypsi yang gi pukau senior aku then curi segala-harta benda dia bila dia tak sedar. Aku pun tak mahu jadi macam senior aku di UK yang pengsan di bilik air dan kemudiannya terpaksa menjalani ujian spinal fluid semata-mata kerana dia kata dia ternampak lembaga yang menakutkan bersamanya sebelum dia pengsan.

Aku pilih untuk tidak mahu gunakan untuk diri aku atau orang lain!

Langkahku dihentikan. Sebelah kiriku adalah deretan pintu-pintu dari bunker tinggal yang pernah dijadikan stor simpanan peluru. Jiwa yang lemah pastikan akan membayangkan sesuatu yang membawa ketakutan keluar dari salah sebuah pintu padahal matahari masih lagi melakukan tugas di kala musim sejuk ini.

Jawapan aku dulu membuatkan Luk senyum. Senyuman itu seolah-olah menggambarkan suatu kelegaan yang tidak. Senyuman itu melekat imejnya walauun sudah berlalu dua tahun dahulu.

Kini aku kembali ke tempat yang mencabar hijab peringkat akhir.

Hijab Nafsu

Keinginan untuk melihat, pasti kita akan melihat. Tidak kira itu halusinasi atau sebenarnya mereka sedang memakai pakaian dan topeng yang mampu diterjemah akal.

Keinginan untuk menguasai lalu menunjuk-nunjuk juga memboleh kita melihat. Namun risikonya begitu tinggi sekali untuk hilang segala kewarasan yang dikurnia.

Tapi nafsu juga sama, Ia dikurnia. Membolehkan manusia itu manusia. Mereka adalah mereka.

Bukan power ke dapat tengok benda-benda ghaib?

Suara Luk dua tahun lepas bertanya.

Aku menggeleng tidak mahu. Termasuk diri aku kini seolah-olah soalan itu ditanya sekarang.

Koleksi Seram dan Mistik sepanjang zaman - Slow updateWhere stories live. Discover now