Rasuk - Pemula

4.4K 126 5
                                    


Kisah seterusnya merupakan gabungan 3 cerita yang pernah diceritakan kepada aku. Watak dan jalan cerita diolah semula untuk tidak membuka aib sesiapa



Klung! Klang! Klung! Klang!

Semua senyap dan masing-masing memandang. Nabil semerta-bangkit dari duduk. Arah mata masih lagi pada tempat mereka terdengar bunyi lagaan tin. Dalam gelap malam di tengah hutan, mata manusia adalah cacat tanpa nightvision.

Aku bangkit lalu menawarkan diri. Peng menghulur lampu suluh. David menghulur pula sebatang kaku patah yang berlumut pada aku.

"Macha, if someone trying to rape you. Fuck'em with this. Unless it was a girl, better use yours" pesannya bersungguh dalam gurau. Kayu yang dihulur aku sambut. Lampu suluh aku masukkan dalam kocek.

"No worries. Which ever it is, I'll fuck'em hard anyway" tangan dijempul membentuk tanda bagus. Yang lain juga begitu. Lalu aku melangkah dan menghilang dalam kegelapan. Mungkin ada penceroboh cuba masuk kawasan kem perempuan yang kini tanpa penghuni. Mereka ada aktiviti Night Walk pada malam ini.

"Korang tak rasa Fahmi tu pelik hari ni?" tanya Nabil membuka bicara membuatkan Peng, David dan Bala dalam persoalan.

"Bukan dia memang sentiasa pelik ke? Jalan dalam hutan tak bukak torchlight. Lepas tu ada niat nak tidur atas pokok." jawab Bala memandang setiap satu antara kami. Nabil tertancap pada unggun kecil di depan.

"Aiyoo... No worries la. Dia memang pelik maa... Kat sekolah pun sama...Tapi dia tak kacau orang" bela Peng selepas mencicip kopi keras dalam kole panas.

"Bukan apa, aku risau tengok simptom dia Maghrib tadi. Lain macam kerja tak berenti. Tapi mungkin you are right la Peng. Dia memang macam tu" gumaman Nabil membuatkan yang lain merapati Nabil dan merendahkan suara.

"Simptom apa?" David sudah pun berbisik

"Macam ni, masa aku camping kat Lembah Tenom dulu, ada satu mamat ni punya perangai tiba-tiba berubah time maghrib. Sebiji macam Fahmi tadi. Lepas tuh, malam tu ada peserta perempuan kena rasuk. Semua dah kaget dah nak handle. Tapi mamat ni rilek je duk kat tepi."

Nabil berhenti lalu meneguk air mineral untuk menghilangkan perit tekak sebelum menyambung,

"Budak perempuan ni jerit-jerit mana ketua kau, mana ketua kau. Last-last mamat ni pergi berdiri kat perempuan tuh. Benda tu terus masuk kat mamat ni, tinggalkan perempuan tadi pengsan. Susah ooo nak handle budak laki kalau kena rasuk. Seb baik pengiring punya ilmu power. Kalau kena kat kita sekarang, mati kutu kita"

Bala dan David menelan air liur. Mereka tidak pernah menyaksikan perkara-perkara sebegini depan mata mereka. Peng menolak naik cermin matanya yang tergelincir turun atas hidungnya yang licin dibasahi peluh.

"So Nabil, itu benda apa reason masuk?" Peng seolah-olah berminat. Mungkin dia salah seorang yang mempercayai paranormal.

"It was said that perempuan tadi tu pergi buang pad dalam jurang mana tah. Benda tu marah, tapi dia place responsible pada ketua, which is mamat tadi..." Nabil menutup cerita, meninggalkan rasa seram ditengkuk masing-masing. Rasa seperti segala makhluk hutan, yang nampak atau ghaib, sedang duduk mendengar cerita dari Nabil.

"Bila nampak orang kena rasuk, kalau kita rasa kita tak kuat semangat, better jangan pegang nak tolong. Rasa kesian pun tak boleh. Naya benda tuh masuk sekali" Nabil menambah lagi sambil memandang yang lain. Kemudian dia mengalih pandang ke arah tempat yang aku pergi.

"So basically, the guy ada cerita tak, what is it like bila kena rasuk?" David bernada skeptikal. Dia tahu yang histeria atau kononnya 'kerasukan' adalah disebabkan mental breakdown dan hormon yang tidak seimbang.

"Dia cakap seluruh pandangannya ada hue kuning. Ada lembaga besar warna kuning gak tengah tekan dada..."

"Oit! Pehal cerita tekan-tekan dada? Cerita blue ka?" Aku menyergah tatkala mereka tak sedar aku merapati. Semuanya melompat. Ada yang mengurut dada.

"Ada orang masuk ke?" Nabil bertanya dengan nada kembali biasa.

"Nope, diorang dah balik"

"Aik, awalnya. Pehal?"

AAAAaaaaaaaaaAAAAAAAAAAAAAAA!!!!!

Suara jeritan langsing dan tinggi kedengaran tidak jauh dari mereka. Mereka membuntang apabila mendengar dan saling berpandangan. Akhirnya mata mereka tertumpu padaku yang membuka suara.

"That's why"

<bersambung>


Koleksi Seram dan Mistik sepanjang zaman - Slow updateWhere stories live. Discover now