Rumah No 10 - Kosong berpenghuni

11.9K 338 13
                                    

Rumah kosong berpenghuni, kenyataan klise menyatakan rumah itu berpuaka, berhantu, ada jin duduk dan sebagainya. Kalau anda duduk di taman perumahan, mesti ada beberapa rumah tinggal dan terbiar dengan semak samun meninggi. Jiran tetangga mesti mengatakan mereka nampak barang kelibat di dalam dan cahaya malap berbalam-balam tatkala tengah malam.

Sikit pun tak pernah fikir itu mungkin mat pit tengah panaskan dadah untuk layan high.

Rumah No. 10 adalah rumah kedua (atau ketiga aku tak ingat) aku menghuni ketika aku membesar di bandar Klang. Rumah ni aku tak tau pun ada penghuninya tersendiri sewaktu kami pindah masuk. Aku dah besar panjang baru aku faham apa yang berlaku.

Rumah banglo setingkat mempunyai laman kecik terbiar di atas tanah leased 99 tahun. Bapak aku jenis tak beli rumah kat sini sebab dia kata rugi. Padahal, aku mati hidup balik pun aku rasa belum habis lagi 99 tahun tu. Rumah ni terletak pada jalan yang agak utama, menghubungkan pengguna ke bahagian perumahan yang lebih ke dalam

Masjid pun tak berapa jauh. Jalan tak sempat keuar peluh dan sampai kat pagar masjid.

Tapi kawasan rumah ni ada cerita tersendiri. Jiran kata malam-malam dengar suara budak kecik menangis teresak-esak. Kalau keluar jengah tengok kat jalanraya, sah-sah tak ada orang sebab dah tengah malam. Mungkin suara anak jiran sebelah, tapi yang pelik kenapa suaranya bergerak ulang-alik sepanjang jalan.

Kat situ juga ada pokok besar. Dua batang pokok aku tak tahu spesis yang meninggi tinggi. Dua pokok tersebut di tanam mengapit jalan. Rimbunannya tercantum lalu membentuk ala-ala gerbang masuk ke taman perumahan. Tukang halau hantu kata kat situ beratus ekor hantu dan segala macam syaitan bergayut. Pot lepak chill dan layan high bak kata orang muda.

Tu tukang halau hantu yang kata... Aku yang masa tu berumur tahun akhir tadika tak tau apa-apa dan tak nampak apa-apa kat pokok tuh sepanjang aku berada kat rumah tuh. Tapi yang pastinya, pokok tu sememangnya mengeluarkan aura kemistikan yang tidak dapat di tangkap deria utama.

'Masa korang gelak tengok cerita P Ramlee itu hari, diorang pun tumpang gelak juga kat luar'

Itu pun tukang halau hantu yang kata. Aku tak tau la masa tu dia sekadar untuk menambah rencah sensasi untuk menaikkan rasa kekaguman budak lelaki yang belum berkhatan, yakni aku. Bagi aku masa tu memang satu keterujaan.

Rumah kitorang jadi pot hantu lepak weehh!!

Kalau perkara ini berlaku di era sekarang, sudah tentu aku akan tambah, kau hado??

Tak berapa jauh dari pokok besar nih, ada serumpun pokok pisang, kat simpang jalan utama dan jalan ke masjid. Depan rumah aku tuh adalah lot tanah kosong; penuh dengan semak samun kelas pertama sebab daun rumputnya melebar dan dan meninggi semacam. Sepelaung lagi, adalah hutan simpan untuk tangki air perumahan. Rumah No 10 ni dah sedia kosong sebelum kitorang masuk.

Jadi bila dah kosong tu, memang bertandanglah hantu-hantu yang melepak di pokok tinggi tadi. Aset mahal di mata mereka. Dari duduk di dahan-dahan, baik tinggal di dalam ruang yang sedia berbumbung. Lebih class dan stailo. Hantu dan Jin yang travelling dari jauh mesti kagum, sebab hantu area situ dah establish home stay.

Sebab tu orang tua-tua yang belajar ilmu yang betul, dia pesan bila masuk rumah baru, perlu azankan rumah dan habiskan bacaan surah Albaqarah. Orang tua yang belajar ilmu tak habis, dia pesan untuk azan, selawat campur jampi sambil baling garam dan perasap rumah dengan kemenyan 7 hari 7 malam.

Masyarakat kita terkenal dengan malas. Opsyen kedua tampak lebih mudah dan senang berbanding kena habiskan surah albaqarah. Walhal modal air liur je. Alasan tidak tahu baca alquran adalah basi dan anda perlu tanggung ketidakupayaan menghalau hantu.

Yezza...

Itu lah yang berlaku kat family kitorang. Macam-macam berlaku termasuk aku pertama kali dapat melihat penampakan 'mereka' di depan aku.

Koleksi Seram dan Mistik sepanjang zaman - Slow updateWhere stories live. Discover now