Fright Night - Sampai hati kau

2.7K 105 32
                                    

Aku cepat-cepat pergi ke pintu dan kunci. Jika difikirkan mengenai kedudukan bilik tadi, diorang tingkat atas aku dan bilik seberang koridor.

Kemudian aku cepat-cepat menutup window pembacaan aku tadi. Apa gila babi sangat malam ni? Semua benda aku baca boleh pula tetiba muncul depan mata aku? Lagi-lagi kedudukan bilik tadi betul-betul di atas tingkat aku di atas bilik seberang.

Aku beralih ke katil dan memeluk bantal. Refleks ketakutan tahap boleh tahan lagi. Macam orang tengok movie seram. Tahap tak boleh tahan adalah menyorok dalam selimut sambil menantikan kredit filem untuk rolling keluar. Lepas itu bertanyakan teman apa yang berlaku. Tapi disini aku keseorangan tanpa teman. Segala ketakutan perlu aku hadapi dengan telur yang masih ada walau termasuk.

Krreeukkk! kreeuukkkk!

Takut-takut macam ni pun boleh lapar?

Aku menjengah dapur dari katil. Ada lagi lauk-pauk dan nasi yang belum disentuh. Mataku beralih pula ke pintu. Boleh jadi juga masa aku makan tetiba ada benda datang masuk. Better aku pasang dinding dulu.

Aku menoleh-noleh. Dompet yang aku cari dijumpai berdekatan dengan monitor pc. Lalu aku mencari-cari sesuatu di celah poket. Sekeping kad berlaminate aku keluarkan.

Ayat seribu dinar.

Aku pergi jejauh merentas benua, benda ni je aku bawa jika berkaitan dengan ayat-ayat quran. Kitab penuh penawar dan petunjuk itu aku boleh terlupa bawa. Aku terbawa kad berlaminasi tersebut Itu pun sebab aku tak ingat yang aku ada simpan dalam dompet selama ini. Aku dapat ni dari seorang mamat Pakistan yang minta derma. Aku bagi singgit. Dia bagi aku ini. Aku tak tau sejauh mana ampuhnya ayat ni tapi yang pastinya kedai mamak mesti gantung ayat ni. Bagi hindar ilmu santau atau ilmu pedengki kot. Sebab tu jarang kita tengok mamak bankrup.

Aku bangkit merapi pintu selepas aku mengambil sedikit selotape. Kemudian aku tampalkan kad yang tertulis ayat seribu dinar di handle pintu. Aku membayangkan hantu-hantu pasti akan terbakar tangannya tatkala cuba membuka pintu.

Jap, hantu nak masuk bukak pintu ek?

Kali ni aku alihkan tampalan ke arah tengah pintu. Pintu yang berwana ungu sekarang ini mempunyai kad yang tertampal ditengah-tengah. Tak ubah seperti tangkal.

Aku cukup yakin ini bakal mewujudkan ala-ala firewall di dimensi lain. Para hantu, jin dan syaitan sudah pasti tak dapat masuk. Mungkin itu sebabnya juga ramai yang gantung ayat-ayat alquran di dinding rumah atau di depan pintu. Tak nak bagi hantu masuk. Imaginasiku meliar lagi. Entah agaknya ayat-ayat alquran ni keluar ala Ninpou-art jutsu dari Sai dalam Naruto.

Aku tersenyum puas. Boleh la aku mengisi perut aku yang menyanyi lapar sejak dua title yang lepas. Aku tak putus-putus makan pun aku masih lagi lapar.

Lapar... Lapar... Lapar?

Memandangkan aku dah siap defense aku dari serangan dari alam lain, aku rasa lebih yakin untuk mencari apa yang ingin cari tadi, Festival Hantu Kelaparan atau dalam bahasa omputih Hungry Ghost Festival.

Aku masih teringat rakan-rakanku di sekolah menyebut pasal hal ini. Kebiasaannya rumah-rumah yang berada di hujung jalan adalah yang paling malang jika tidak membakar colok yang spesifik. Ini halnya hantu-hantu yang dikatakan keluar berkeliaran akan sesat kerana tiada tunjuk arah. Sebab itulah ketika bulan ketujuh dalam kalendar lunar bangsa cina, akan ada satu hari colok-colok besar di bakar di simpang-simpang jalan, di roundabout atau di hujung jalan. Dikatakan colok-colok bekenaan adalah penunjuk arah pada roh-roh yang keluar mengeteh dan merewang pada malam tersebut.

Ia adalah hari yang kelima belas dalam bulan tersebut, dan hari tersebut adalah hari yang dikatakan semua roh keluar dari alam mereka masuk ke dunia untuk melawat sanak saudara. Hari itulah jatuhnya Hungry Ghost Festival.

Koleksi Seram dan Mistik sepanjang zaman - Slow updateWhere stories live. Discover now