Tangan yang melambai

13.3K 471 45
                                    

Aku tak ingat aku umur berapa. Tapi aku yakin masa tu aku belum lagi darjah satu. Satu hari abang aku bertanya;

'Nak tengok hantu?'

Reaksi budak kecil yang masih lagi melihat dunia sebagai lapangan untuk belajar, sudah tentu mengangguk mahu.

Dia bawa aku ke sofa kami paling besar. Duduknya mengadap sebuah almari berkaca. Walaupun lutsinar, masih lagi jelas bayangan kami berdua yang sedang duduk.

'Tengok sana jangan toleh-toleh,' Abang aku berkata sambil menuding pada almari kaca tersebut.

Aku pun menurut. Lama aku merenung pada bayangan kami yang samar-samar kelihatan. Tak ada apa-apa berlaku. Aku menoleh abang aku. Dia masih lagi merenung tepat di situ.

Aku kembali melihat.

Masa ni aku ternampak sesuatu. Masa ni aku tak reti nak mencarut ekspresi urban bila terkejut. Mahupun ekspresi islamik dalam kondisi yang sama. Aku hanya terdiam melopong.

Aku nampak bayangan tangan yang perlahan-lahan keluar dari belakang kami, lalu melentok-lentok bagai melambai.

Abang aku nih nak sakat...

Aku cepat-cepat menoleh ke belakang; dalam harapan melihat abang aku tergesa-gesa menarik lengan kerana aku terlalu cerdik untuk diperbodoh.

Tapi itu tidak berlaku.

Abang aku masih lagi dalam posisi yang sama tak bergerak memandang posisi yang sama. Nak kata ada orang nyorok belakang sofa, sofa tu rapat ke dinding.

Aku kembali melihat ke almari kaca tu. Tangan tu masih lagi melambai-lambai lembut. Tangan saiz dewasa. Bukan lambai kata pergi atau lambai kata mari. Ia melambai bagai mengatakan, 'aku adalah perkara yang kau tak akan faham sampai bila-bila'.

Berkali-kali aku menoleh cepat-cepat ke arah abang aku atau ke belakang. Minda logik mengatakan ia adalah helah abang. Setiap tolehan adalah kehampaan. Setiap tolehan menambahkan lagi kehairanan. Tidak pula masa ni tangan menayang jari fak mengejek kegagalan logika akal budak bawah 6 tahun. Mungki dia tahu kandungan eksplisit dalam imej demikian.

Setelah sekian lama tangan itu melambai-lambai, aku cuma walk away. Tak faham. Tak mengerti. Tak puas.

Puas?

Setiap kali aku terasa nak tengok hantu, aku akan minta abang aku tunjukkan. Siap ajak kakak-kakak aku sekali. Keterujaan lapangan luar logika otak. Ia begitu mengiurkan otak segar yang ingin tahu. Aku cuba melakukan sendiri. Duduk berseorangan merenung almari kaca itu. Tapi aku tak ingat aku berjaya ke tak melihat tangan yang melambai. Memori budak kecil. Bukan apa, mak aku cakap yang aku ada masuk hospital siap kena duduk ward berminggu. Tapi sikit pun aku tak ingat pasal hal.

Bila dah pindah rumah, tiada lagi tangan yang melambai walaupun kedudukan sofa dan almari kaca itu tetap sama. Mengadap antara satu sama lain. Bila ia tidak lagi muncul, ia dilupakan sehingga saat aku menulis ni.

Serius, abang aku dah nak masuk anak tiga, dan aku pun dah kahwin; aku sampai sekarang tak tahu milik siapa tangan yang melambai tu.

Koleksi Seram dan Mistik sepanjang zaman - Slow updateWhere stories live. Discover now