Pintu ke alam lain

6.7K 216 17
                                    

'Sherman?'

Seorang murid berbangsa India mengangkat tangan.

'Simon Malik?'

Aku pula mengangkat tangan tanda hadir. Biasanya pada waktu sekolah, tidak pun dipanggil sebegini. Ini gara-gara sebuah peperiksaan umum yang sehingga kini wujud bernama UPSR.

UPSR, berhala moden tanpa patung yang dianuti secara tidak langsung oleh pelajar sekolah bawah 12 tahun. Secara tidak langsung ia juga mengikat jiwa mak ayah pelajar agar lakukan apa sahaja, termasuk mengatakan ya ke atas initiatif kelas malam percuma anjuran entah sapa punya mak ayah. Cikgu yang diupah pula adalah cikgu yang ingin cari duit lebih tapi ketiadaan modal menyewa bangunan. Keparahan masyarakat dilanda belenggu hutang dan keinginan telah wujud sejak tahun 2000, bahkan mungkin lebih lama lagi

Ya... Tidak ramai yang mempunyai pengalaman berada di kawasan sekolah rendah pada malam hari. Kelas yang diadakan setiap Isnin malam membuat aku terlepas rancangan menarik di tivi masa itu. Aku tak ingat rancangan apa, tapi aku tahu best.

Jika memori aku tidak menipu, kelas malam diadakan tak sampai 8 kali. Walaupun sedikit, mak ayah kami anggap ia adalah pecutan terakhir kami untuk mengejar rekod 5A. Maka setiap kali waktu maghrib hari Isnin, mereka tinggalkan kami di sekolah dengan harapan anak mereka meningkatkan kadar kebarangkalian A berderet pada sehelai kertas yang tiada nilai 5 tahun akan datang.

Tapi nawaitu kami berlainan. Ingat kami lembu?

'Dey, wanna hunt some ghost again tonight?'

Ajakan yang sama berulang setiap kali bermula kelas malam. Ajakan ditujukan pada dua orang yang lain termasuk aku. Member sebelah mengangguk setuju. Aku jual mahal seperti biasa, sebab aku dah pernah tengok dulu. Tak sanggup nak bikin masalah. Tak pasal-pasal dia ikut balik rumah, naya kena panggil orang lagi.

Nama terakhir dipanggil dari register. Semasa aku isi nama pagi tadi, aku kira hanya dalam 5 orang sahaja. Aku yang mengambil meja paling depan menoleh ke belakang dan melihat-lihat. Kelas terakhir malam tersebut, namun ada muka-muka baru yang aku tak berapa kenal. Dari kelas lain agaknya. Sekali imbas jumlah kami dalam 10 orang.

Tak semena-mena bahuku dicuit Sherman.

'Simon, come join us. This is our last chance deeyyy'

Lengguk bangsa india tak lari dalam pertuturan English. Aku memandang rakan sekelas aku ni dengan pandangan bercampur baur. Walau aku rasa macam tak patut, tapi keterujuaan itu masih ada!

**

'Vicky, you brought your torchlight?'

Vicky mengeluarkan torchlight dari beg galas. Kelas malam menutup tirai sesinya pada jam 10 malam tadi. Pengulangan berbayar walaupun ianya percuma di siang hari.

Rata-rata mak ayah yang lain dah terpacak menunggu dari 930 malam lagi. Zaman ini handphone masih lagi dianggap komoditi mewah. Saiznya juga macam botol mineral 500ml. Pengharapan kami untuk telefon mak ayah adalah pondok telefon awam yang kini sudah pupus akibat letupan populasi handphone dan smartphone.

'What time you mother will come?' Sherman bertanya ingin tahu.

'Around 1030 maybe'

Penulisan bahasa inggeris bukan untuk menunjuk-nunjuk. Aku bersekolah di sekolah jenis vernakular. Kemunculan sekolah ini adalah initiatif tok-tok paderi pada zaman penjajah dulu. Maka bukan satu kehairanan mahupun kepoyoan kami berkomunikasi dalam bahasa penjajah. Kondisi sekolah yang agak berumur menambahkan lagi keyakinan yang sekolah kami empunya entiti seram dan mistik

'Nak join sekali'

Tiba-tiba kami disapa oleh murid yang kami tak kenal. Aku cam mukanya tadi dalam kelas. Baru join malam ni. Mungkin dari kelas belakang agaknya.

Koleksi Seram dan Mistik sepanjang zaman - Slow updateWhere stories live. Discover now