TBAP!! 1

40.1K 766 34
                                    

"Jangan bising semua!"

Suasana yang tadinya riuh dengan suara pelajar-pelajar akhirnya senyap sunyi apabila mendengar suara Prof.Azhar, prof yang paling garang kot.

"Baiklah, kita mulakan pelajaran kita hari ini." kata Prof.Azhar.

Baru 5 minit Prof.Azhar memulakan pelajarannya, tiba-tiba seorang perempuan merempuh masuk ke dalam dewan tersebut.

"Siapa awak ni?" tanya Prof.Azhar dengan muka yang agak garang.

"Aduh! ni mesti Prof.Azhar ni..."

"Erk... maafkan saya Prof, saya pelajar baru kat universiti ni. Saya baru masuk hari ni."

"Habis, kenapa baru datang?"

"Tadi... saya... tersesat."

"Ok, memandangkan awak pelajar baru, awak boleh duduk. Tapi jangan datang lewat lagi."

"B... baik, terima kasih Prof." ucapnya lalu mengambil tempat di sebelah seorang perempuan.

"Ni semua sebab tengok RM la ni semalam..."

"Hai, nama saya Nur Ika Shahirah. Panggil Ika je." ucap perempuan yang berada di sebelah mematikan lamunan.

"O, hai... nama saya Nur Sofia Amirah, panggil je la apa-apa pun." ucap Sofia separuh berbisik, kang tak pasal-pasal kena marah dengan prof. singa tu.

"Japgi kita sambung borak tau."

Sofia hanya membalas dengan anggukan dan senyuman.

Stelah 1 jam setengah berlalu, baru lah Prof.Azhar keluar dari dewan.

"Pfft, nasib doh kalau tiap-tiap hari ada kelas dengan Prof.Azhar tu."

"Entah, boleh sakit jantung rasanya..."

Itulah kebanyakan perbualan yang didengari oleh Sofia. Nampaknya kesan Prof.Azhar memang kuat.

"Oh ya Sofia, awak ni baru je in hari ni kan?kenape ek awak pindah? padahal hampir 2 sem lagi kita nak habis." tanya Ika.

"Nak buat camne, saya terpaksa... abah saya kena tukar kerja dekat sini."

"Owh, jadi selama ni awak duk mana?"

"Johor. Tapi... sekarang saya dah berada depan mata awak. Hahaha... Selangor..."

"Ish awak ni, main-main pulak."

Perangai Sofia yang agak peramah dan juga sikap Ika yang mudah berkawan menjadikan mereka lebih dekat.

............

"Sofia, saya nak balik dulu tau. Papa saya dah datang." ujar Ika.

Sofia tersenyum sambil melambaikan tangannya.

Setelah kereta Ika hilang dari pandangan, Sofia segera berjalan menuju ke arah stesen bas. Bukannya apa, dia cuma taknak menyusahkan abah dan abangnya, padahal mereka rela nak hantar ambil.

Semasa Sofia hendak melintas jalan menuju ke arah stesen bas, tiba-tiba datang sebuah kereta dan hampir sahaja melanggarnya.

"Maaf cik, cik tak apa-apa ke?" tanya driver tersebut setelah keluar dari kereta.

"Saya ok, sikit je." ujar Sofia sambil berdiri. Mana taknya, belum sempat dilanggar, dah jatuh terduduk.

"Cantik."

Hanya satu perkataan yang bermain difikiran Tengku Rafieq sekarang.
Baginya, perempuan yang dilihatnya sangat ayu dengan tudung yang menutupi auratnya, baju yang dikenakan juga tidak seperti baju budak-budak sekarang, yang tak cukup kain.

"Betul ke ni awak ok? kalau tak saya boleh hantar pergi klinik."

"Saya ok je. Terima kasih. Saya pergi dulu ye."

Sofia terus berlalu meninggalkan lelaki itu. Untung, bas sampai tepat pada masanya.

"Siapa perempuan tu?"

................

"Ha Fieq, lambat kamu balik? kenape?" tanya Tan Sri Rahman.

"Sorry pa, tadi ada masalah sikit."

"Ok, dah jom makan."

"Ma, pa, mana Rayyan? tak nampak pun."
Pelik jugak, tak nampak pun adik dia.

"Rayyan tu biasa la, macam kamu tak tahu... kalau balik, mesti waktu dah malam."

"Owh..."

"Tengku Rayyan Aiman!" jerit seorang gadis.

Dari segi pemakaiannya, macam orang berada. Tapi budak sekarang mana cukup kain.

"Yes, anything honey?"

"You tahu tak I call u banyak kali, but why you tak angkat?"

"Bateri phone I low la, sorry tau honey. Apa kata malam ni, kita dinner? I belanja."

"Ok, kali ni I maafkan you. Tapi... betul ni You takde perempuan lain?"

"Yes... just You ok."

Itulah perangai Tengku Rayyan Aiman. Ayat-ayat manis sentiasa keluar dari mulutnya. Jauh berbeza dengan perangai abangnya, Tengku Rafieq.

.............

"Rayyan, Rafieq, datang bilik kerja papa lepas makan. Papa ada benda nak bagitau."

"Ada apa pa? Rayyan tak sempat makan lagi ni..." rungut Rayyan.

"Pukul berapa kamu balik semalam?" tanya Tan Sri Rahman tegas.

"Macam biasa la pa."

Tengku Rafieq hanya melihat wajah adiknya itu.

"Papa dah putuskan siapa yang akan jadi pengganti papa untuk menguruskan Syarikat R's Holding."

Mendengar nama syarikat disebut, terus Rayyan menunjukkan minat.

"Siapa pa?" tanya Rafieq.

"Papa harap kamu berdua boleh terima dengan seikhlas hati."

"Rafieq ok pa."

Rayyan hanya mendengar perkataan abangnya dengan perasaan yang meluat.

"Papa akan serahkan R's Holding kepada Rafieq.'"

"No! apa ni pa? tak adil la." bentak Rayyan.

"Papa buat semua ni berdasarkan perangai kamu. Lagipun kamu berdua tak perlu kisah lagi. Kamu berdua pun belum habis belajar lagi kan. Lepas habis belajar baru papa serahkan."

"Not fair la pa." ucap Rayyan lalu keluar dari ruang kerja papanya itu.

"Kenapa semuanya kau Rafieq? kenapa? sebab kau mama tinggalkan kita. Tengokla nanti Rafieq."

-TBC-

HOHO... Serius, author mintak maaf, author masih baru... dan author tak sampai tahap universiti lagi, so kalau tersilap... Maaf ya... sempena bulan syawal ni... he...

Tengku BUAYA Aku Punya!!Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin