#PrayForLan22

372 7 0
                                    


Suasana di dalam bilik menjadi hening seketika. Polan masih lagi meratapi ayamnya yang sudah botak itu. Kulit yang rangup disaluti tepung KFC itu sudah tidak kelihatan lagi. Sudah habis dibaham manusia bertopengkan Zahed Harmidi sebentar tadi. Ada seketika kedengaran Si Polan mengomel seorang diri mencemuh rakan-rakannya yang tidak berhati perut itu. Seorang demi seorang di maki dek kerana kulit ayam tersebut. Betul kata orang, kulit ayam memang boleh bawak gaduh.

Mat Arif Sotong cuba juga memujuk Polan, akan tetapi, apabila Polan menoleh ke arah nya sahaja sudah boleh membuatkan dia bakal berak bersepah jika diteruskan lagi niatnya itu. Lantas terbatal niatnya untuk memujuk Polan. Kini ditolak pula Aiman Sopan untuk memujuk Polan, dengan harapn, kata-kata sopan Aiman Sopan berkemungkinan dapat melembutkan hati Polan yang sedang membara itu. Akan tetapi, Polan bersuara lebih awal.

"Man, kalau hang buka mulut hang walau seinchi, aku sebat punkoq hang pakai tola..."

Aiman Sopan agak terkesima dengan kepandaian Polan membaca fikirannya. Di dalam hatinya sudah menyanjung Si Polan seperti tukang tilik terhebat yang selalu berada di kaki lima Jalan Chow Kit. Bukan canang-canang orang boleh membaca fikiran ni dan Polan telah melalukannya dengan begitu hebat sekali. Terlampau hebat.

"Hak alah. Kulit ayam ja kutt.. Benda boleh bincang wey.." Zaki Kuat Maki bersuara secara tiba-tiba.

"Patutnya ampa bincang sebelum pelahap tanpa amaran awal syaitan.. Bukan dah habis baru nak bincang.." Polan membalas tenang. Tidak setenang air yang disangka ada buaya itu.

"Takkan pasal ayam punn kita nak pecah belah? Ingat, bersatu kita teguh, bercerai kita.."

"Kita kahwin lain!!" Si Tolib Emo mencelah secara tiba-tiba memotong percakapan Zaki Kuat Maki.

"Kahwin lain tu pak hang ja naharam!" Terjah Zaki Kuat Maki kepada Si Tolib Emo.

Polan masih berdiam seribu bahasa. Tidak mahu bercakap. Tidak disangka bahawa sahabat-sahabatnya di dalam bilik ini merupakan musuh dalam selimut.

Secara tiba-tiba, salah seorang dari para junior itu berdengus. Dengusannya makin kuat, malah disertakan dengan hilai tawa yang tidak henti. Polan yang sedari tadi kelihatan bersedih sahaja berubah wajah. Semua pandangan terpacu pada junior yang sudah bunyi macam serigala jadian itu.

"Haaaa sudahhhhhh.. Kena sampuk dek hantu tetek ka budak ni?" Soal Si Tolib Emo bingung. Dia pun tidak pasti bila masa junior tu ada disitu. Tahu-tahu sahaja budak tu bagi salam dengan berdengus ja. Takde adab langsung.

"Haiyahhhhhhh!!!!" Jerit budak junior jadian itu sambil lompat meluru keatas Zaki Kuat Maki.

Kini budak junior itu sedang berada di atas Zaki Kuat Maki dengan kedudukan mengunci segala pergerakan beliau. Lebih tepat, seperti salah satu posisi seks jika tidak salah.

Zaki Kuat Maki meronta-ronta minta dilepaskan. Akan tetapi bertemu jalan buntu. Peluh di dahi sudah mulai turun seperti air terjun. Nafasnya mulai tercungap-cungap. Tidak disangka begini rupanya ajal dia sebenarnya. Cita-citanya ingin mati dalam husnul khotimah tidak tercapai. Jauh dari ingin dicapai kalau hendak difikirkan semula.

Suasana di dalam bilik itu menjadi riuh. Aiman Sopan telah punn pengsan tidak sedarkan diri. Si Tolib Emo sedang teresak-esak menangis sambil melaungkan takbir raya bagi percubaan untuk menenangkan keadaan. Terbukti takbir raya yang disudahi dengan bait-bait lirik lagu Intifada dan potongan ayat doa makan tidak membantu langsung dalam situasi ini. Keadaan semakin serious. Semakin buntu jalan penyelesaiannya.

Budak junior itu merapatkan mukanya ke Zaki Kuat Maki. Seperti mahu bisikkan sesuatu benda. Akan tetapi apa yang dibisikkan itu kedengaran sangat perlahan.

Polan memincingkan matanya, cuba menajamkan telinganya untuk mendengar apa yang cuba dibisikkan oleh budak junior tersebut. Apa yang didengarinya sangat mengejutkan Si Polan.

"Badan sado, nafas naik turun. I like you bro, i top you bottom boleh?" Serba sedikit ayat bisikan yang dapat didengari Polan oleh budak junior tersebut.

Mendengar statement tersebut, Zaki Kuat Maki kian gerun. Dia cuba untuk bebaskan diri dari cengkaman syaitan laknatullah itu. Polan yang berada tidak jauh dari kedudukan Zaki Kuat Maki cuba memberi tendangan Faiz Subri, akan tetapi dielakkan dengan begitu pantas. Cilaka laju binatang haram ni.

"Wuuu dua sekaligus? Kita nak threesome ke ni? I loike. Muah muah uolls" budak junior itu bersuara. Dasar pondan bernafsu gajah. Badan kecik nafsu besar.

Tiba-tiba Polan terbangun dari tidurnya. Rakan-rakannya kini sudah berada di atas lantai. Kaki Polan sudah berada di muka Zaki Kuat Maki. Beberapa inci saja lagi mungkin akan berlaku perang dunia ke tiga jika Polan tidak dikejutkan oleh Si Tolib Emo.

"Aku dah pesan, jgn tidoq lepaih asar. Kan dah bangang mcm ni. Sikit tadi kalau lambat seminit dah lama aku talkinkan kau lan." Si Tolib Emo cuba menjelaskan apa yang terjadi kerana Polan kelihatan seperti terkejut dan masih mahu meninju bersama-sama mereka.

Lehhhh, mimpi je rupanya.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jan 12, 2017 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Si PolanWhere stories live. Discover now