#PrayForLan1

1.2K 20 6
                                    

*semasa zaman kecik*

Zaman kecik si Polan luar daripada biasa. Si Polan dan Oleen dibesarkan dalam family yang kaya raya. Tak kira lah raya aidilfitri ataupun raya korban. Memang raya dia punn dikira luar biasa dari raya-raya yang lain. Korang cakap saja, semua jenis binatang family Polan pernah makan. Penyu masak kicap? Lipas kudung tiga rasa? Makanan exotic apa je yang Polan dan Oleen tak pernah makan.

Ibu bapa Polan merupakan orang yang paling terkaya di asia tenggara ni. Asal ada business meet up, tak lari lagi dari bermain golf di London sana nun. Hampir setiap hari ibu dan bapa Polan akan terbang ke luar negara bagi mengembangkan lagi business mereka. Siapa tak kenal? Jutawan dua orang ni amat terkenal dengan pengeluaran beg berkualiti Kucci dan Karlos Rhino mereka. Satu beg saja sudah mendatangkan hasil yang lumayan bai.

Si Polan sewaktu kecik pernah meminta kepada ayahnya benda yang amat simple.

"Ayah, Lan nak mainan transformers boleh tak. Lan nak yang warna kuning tu. Kalau tak silap kereta Camaro."

2 jam selepas permintaan si Polan tu, tiba-tiba ayahnya menyuruh si Polan usha dekat garden mereka. Ternyata. Polan amat terkejut gila babi nak mati apabila dia terlihat transformers yang betul berada di garden mereka. Ayahnya juga membeli satu set kereta Camaro yang betul untuk anaknya itu. Polan menjaga transformersnya dengan baik sekali seperti menjaga seekor binatang peliharaan.

Begitulah bertapa kayanya family si Polan ni. Oleen juga semasa berada di alam tadika lagi telah dihujani rezeki yang melimpah ruah. Dia pernah meminta kepada emaknya satu permainan Barbie Doll bersaiz dewasa dan permintaannya ditunaikan dengan serta merta.

" wahhhh mama. Mainan ni macam real la. Tengok kulit dia. Macam kulit Oleen. Bila cubit dia menjerit sakit pulak tu!! Terima kasih mama!!"

Datin Faridah hanya tersenyum lebar memandang gelagat anaknya itu. Tidakkah anaknya tahu itu adalah supermodel yang dibayar RM2.6 billion sebulan bagi merealisasikan impian anak perempuannya itu?

Semasa Polan berada di tingkatan 1. Dia amat jealous dengan rakan-rakannya yang mempunyai handphone canggih dan mahal. Dia seraya itu meminta satu daripada bapanya.

"Ayah, Polan nak handphone Cokia 3310 boleh? Polan rasa ketinggalan la dengan kawan-kawan polan dekat sekolah tu.."

What do you know, bapanya membeli terus Company Cokia buatan Korea itu dan meletakkan dibawah nama Manpolan. Dato' Seri Laden ni memang kaya baq ang wei.

Tetapi semuanya berubah selepas suatu kejadian. Kejadian dimana mengubah tittle si Polan dan Oleen menjadi anak yatim piatu sebatang kera. Eh, kara. Dan kejadian itu juga membuat Polan menjadi biol dan bebal.

Si PolanWhere stories live. Discover now