#PrayForLan15

689 12 2
                                    

Setelah meninggalkan Zaki Kuat Maki dalam kesakitan di hadapan surau sebenyar tadi, Polan kini sedang melalui kawasan sawah padi. Jika tidak silap, Mat Arif Sotong berada di sekitar kawasan sawah padi ini, getus hati Polan. Dia segera memberhentikan langkah, meluaskan pandangannya bagi mencari kelibat sotong kelahiran Kedah itu.

Pandangannya terhenti apabila tertumpu kepada susuk tubuh Mat Arif Sotong yang diganggu oleh budak-budak kampung yang nakal.

Nota Pengarang: dialog Mat Arif Sotong sila dibaca dengan nada pondan. Sekian.

"Hoi!! Apa hampa takdak taste dah ka sampai nak try pondan tu??" Jerit Polan kearah kumpulan budak-budak nakal itu.

Muka budak-budak nakal itu berubah menjadi takut. Lantas berhenti membuli Mat Arif Sotong lalu meminta maaf kepadanya. Ini adalah kerana, Polan juga merupakan seorang gangster terbesar di kampung itu. Pantang orang-orang besar membuka buah, Polan pasti akan membalas tanpa gentar. Sampai lagu ni hebatnya Polan di kampung halamannya.

"Haaaaaa hampa, tahu takutttttt. Haaaaaa nampak dak tu hero aku dah sampai haaaaaaa. Hampa wat menda sini lagi? Nyah jauh-jauh!!" Kata Mat Arif Sotong kepada budak-budak nakal itu.

Mat Arif Sotong segera ke arah Polan. Sudah lama mereka tidak bersua muka. Di beri salam 'Bro HandShake' dan dibalas dengan laga-laga bahu style lelaki zaman kini dan diakhiri dengan 'Bro Hugs'. Usai memeluk, mereka ingin melepaskan dakapan itu.

Tiba-tiba mata bertentang mata. Suasana menjadi sangat lah romantis. Polan memandang tepat ke dalam mata Mat Arif Sotong yang memakai bulu mata palsu dan eyeliner itu. Tiba-tiba lagu Ombak Rindu dimainkan entah dari mana. Angin bertiup sepoi-sepoi malu.

Pipi Mat Arif Sotong telah mulai merah padam. Antara malu dan teruja. Dirinya kini seperti berada di langit yang ketujuh. Dibawa dewa cinta dan hati terbang ke syurga dunia. Mat Arif Sotong seperti tidak percaya, putera di hadapannya ini lah yang dia tercari-cari selama ini.

"Adakah ini cinta?" Soal Mat Arif Sotong secara tiba-tiba.

"......................" Polan hanya mendiamkan diri.

"Auwww auwww kanda. Jawablah kanda. Adakah kanda malu dengan dinda auwww auwwww??" Soal Mat Arif Sotong lagi.

"Ka... Ka...." Jawab Polan tersekat-sekat.

"Haaaaaa kau nyahhhh. Kenapa sampai tersekat-sekat ni kanda ku sayanggg auwww??" Tanya Mat Arif Sotong lagi dan lagi.

"Ka.... Kanda abah hang!! Ini cinta terlarang barua!!" Marah Polan kepada Mat Arif Sotong.

Hati Mat Arif Sotong hancur berkecai. Impian ingin membina mahligai di langit ketujuh musnah dengan begitu saja. Harapan setinggi gunung sedari tadi telah jatuh standard ke gunung daik bercabang tiga sahaja.

"Aku punn gurau ja la nyahhhh auwwww auwwww. Hang ni auwwwww, susah nak terima joke dah ke apa haaaaa??" Balas Mat Arif Sotong bersahaja.

"Haaaaaaa haaaaaa haaaaaa?" Tanya Polan.

"Haaaa, haaaaa haaaaa haaaaaa. Haaaaaa?" Mat Arif Sotong bertanya kembali.

"Haaaaaaa, haaaaaa haaaaaaa. Haaaaaa haaaaaaa haaaaaa auwwwww cak haaaaaaaa??" Balas Polan secara tiba-tiba.

"Hang tengah cakap apa haaaaaa auwww auwwww??" Tanya Mat Arif Sotong.

"Ohhh, aku ingat kita tengah berbalas ketawa tadi. Yelah, hang duk haaaaa haaaaaa haaaaaa manjang." Balas Polan.

"Auwwww nyah. Hambarnya hang lani. Pi balik makan padi la lagu ni. Malu kat orang Kedah kalau hambar lagu ni tau dak." Kata akhir dari Mat Arif Sotong sebelum beliau melangkah pulang meninggalkan Polan pula terpinga-pinga kali ini.

"Mapundek, aku kena game dengan sotong pulak kali ni.." Polan bermonolog.

Si PolanOnde histórias criam vida. Descubra agora