#PrayForLan14

669 10 3
                                    

Selepas meninggalkan Si Tolib Emo keseorangan di dusun durian milik ayahnya, Polan kini menuju pulang menggunakan jalan biasa. Melalui jalan ini, dia akan melalui surau dan sawah padi sebelum tiba di rumah atoknya.

"Haa sudah. Mesti aku kena bertembung dengan Zaki Kuat Maki ni." Getus kecil hatinya.

Bukan Polan tidak mahu bertembung dengannya. Polan cuma malas mendengar segala kata-kata kesat dan makian dari Zaki Kuat Maki itu. Zaki Kuat Maki sebolehnya akan memaki sesiapa sahaja tidak kisah dari seorang yang bergelar tok siak sehinggalah batu-batu kecil yang berada di tepi jalan. Ada saja makian yang akan dilontarkan kepada orang-orang atau benda-benda tersebut.

Polan sedaya upaya mempercepatkan langkahnya apabila melalui di hadapan surau tersebut. Di corong telinganya kedengaran suara Zaki Kuat Maki sedang sibuk memaki jemaah yang ingin pulang setelah usai menunaikan fadhu asar. Polan tidak memandang ke arah Zaki Kuat Maki. Tiba-tiba...

"Hoi sukarno manpolan bin laden!! Awat laju sangat langkah hang tu?! Langkah serupa kena ligan dengan kewajipan tuhan ja!!" Jerit Zaki Kuat Maki ke arahnya.

"Ehh zaki, dak eyh. Aku dak pasan pulak hang ada situ. Hang pacita?" Tanya Polan.

"Aku takdak pacita sangat la shiall. Hang tu pacita babi?! Dak lani aku nak tanya hang, subuh ada berapa rakaat?" Soal Zaki Kuat Maki secara tiba-tiba.

"Ermmm, dua?" Jawab Polan ringkas.

"Kannn?! Awat dak-dak surau ni syiah sangat?! Pala buto padia subuh 3 rakaat?!" Marah Zaki Kuat Maki tidak puas hati.

Si Polan ingin segera pulang ke rumah. Ni kalau duduk lepak dengan si Zaki Kuat Maki ni mahu meningkat saham akhirat dia perlu mendengar kata-kata kesat dan lucah yang akan dilafazkan olehnya.

"Okay ah ki, aku nak balik sat ni. Takut nnti mak pak aku maghah pulak.." Sampuk Polan secara tiba-tiba.

"Pala buto pak hang nak balik dah?! Cambabi hang ni serupa taknak lepak dengan aku dah lani awat?! Beruk mamaliar betui la hang ni.." Marah si Zaki Kuat Maki.

"Pala buto pak aku jangan main la cibai... Pak hang takdak pala buto ka lagu mana?!" Marah Si Polan pula.

"Pak-pak jangan main la pundek! Babi hang nak kena sebat dengan tasbih aku ni ka lagu mana?!" Marah si Zaki Kuat Maki semula.

"Mulut hang tu celupar sangat! Penumbuk sulong aku ni kalau melekat dekat muka hang dah tak jadi sulung dah, dia teruih jadi penumbuk bongsu tau dak?!" Ugut Polan ke Zaki Kuat Maki.

"Lame Lan, lam.........."

Belum sempat Zaki Kuat Maki menghabiskann ayatnya, satu tumbukan padu telah hinggap di perutnya. Dia kini sudah terbaring di atas tanah dalam keadaan menggelupor kesakitan. Diucap kata-kata kesat berulang kali oleh kerana perutnya terlalu senak.

"Senak lancau, senak....." Kata-kata akhir yang didengari Polan sebelum beredar dari situ.

Si PolanWhere stories live. Discover now