#PrayForLan10

670 8 0
                                    

*Semasa di dalam tandas*

Sesampai Polan di dalam tandas. Dia begitu hampa dengan kondisi di dalamnya. Sudahlah harus dibayar ketika ingin masuk ke dalam sana. Dengan jamban yang ketiadaan alas penutup. Sudah lah tiada penutup, ada pula seketul tahi yang sedang menyekodeng Polan dari dalam lubang.

"Dasar tandas melayu. Sia-sia je aku bayaq singgit setengah utk masuk. Punyalah expectation aku ingat ada fun fair ke ada mangkuk tandas 3D ka." Polan mengeluh sendirian.

"Takde penutup satu hal, ni yang tahi warna hitam metallic terapung ni dah pahal?!" Marah Polan lagi.

Polan segera ke tempat kencing berdiri yang tersedia di sebelah singki itu. Dibuka seluar ziq, dan nozel nya tersedia untuk memancutkan nikmat kehidupan.

"Salam abe, memang lepah bukok zip kene pancut dalang tu ke?" Tegur satu suara dari tempat kencing sebelah sambil menundingkan jari ke arah anu kesayangan Polan.

"Hoi mak hang merah! Hang gayboi apa ushaq orang kencing ni?!" Jerit Polan terkejut dengan tindakan pemuda tadi.

"Hok aloh. Maaf boh. Name saye Amrang. Peye nama mu natang?" Soal Amran Gayboi kepada Polan.

"Haaaa, lain kali bagi la salam dulu! Ni tidak! Terus ushaq orang punya padia?!" Marah Polan ke Amran Gayboi.

Sesudah mereka meng-ice-breaking session di dalam tandas itu. Mereka dengan itu declare diri mereka sahabat. Lelaki ni simple, bukan nak kata rokok je boleh buat kawan, kencing kubikel sebelah-sebelah punn takdak hal boleh buat sembang-sembang.

"Lang, mu kenal dok dengan Najib? Perdana menteri kita tuu." Soal Amran Gayboi kepada Polan.

"Kenal, awat ran?" Jawab Polan ringkas.

"Hooo bagus la kalu mu kenal sebab aku dok kenal hahahahaha" Jawab Amran Gayboi berjenaka.

"Sudah ran. Simpan dulu lawak Kemaman hang tu. Jom gi luar. Aku nak pi makan ni." Balas Polan spontan.

Si PolanWhere stories live. Discover now