#PrayForLan2

1K 15 2
                                    

*5 tahun lepas di Karak Highway*

Ibu bapa Polan harus ke outstation lagi kali ini untuk bertemu rakan kongsi business mereka Dato' Aslan di Raub. Dato' Aslan telah menempah tempat penginapan yang paling termahal di Raub itu bagi mereka dua pasangan. Dato' Seri Laden dan Datin Faridah kali ini tidak membawa Polan dan Oleen bersama. Mereka ditinggalkan di bawah jagaan 8 orang butler, 3 chef import dan 15 orang bodyguard di rumah miliknya itu.

Pasangan kaya ini pada mulanya ingin menaiki pesawat persendirian tetapi apabila difikirkan di Raub tiada lapangan terbang, mereka membatalkan niat mereka itu.

"Kalau takde lapangan terbang takpe lah bang. Esok saya upah orang buat lapangan terbang dekat Raub tu. Kos 3 juta apa la sangat nak buat lapangan terbang tu. Celah gigi je 3 juta tu." Ujar Datin Faridah kepada suaminya.

"Betul tu. Kalau boleh buat lapangan terbang persendirian, buat sebesar KLIA 2 tau sayang. Lapangan terbang kecik ni abang rasa rimas la." Balas Dato' Seri Laden kepada isterinya.

Begitu lah perbualan orang kaya-kaya. Kimak. Aku baca punn nak menangis ni.

Jadi, untuk ke Raub kali ini mereka berdua telah bersepakat untuk menaiki kereta sahaja. Nissan Skyline GT-R35 menjadi pilihan Dato' Seri Laden untuk ke destinasi beliau bersama isteri. Kereta akan dipandu olehnya sendiri kali ini.

Perjalanan mereka punn bermula untuk ke Raub. Dato' Seri Laden mengambil laluan Tol Gombak sebagai permulaan perjalanan. Apabila melalui Tol Gombak, Dato' Seri Laden menggunakan lorong Smart Tag. Bukan dia tidak mahu menggunakan lorong tunai biasa. Akan tetapi di dalam koceknya hanya ada lima ratus ribu cash. Dia taknak buat penjaga tol tu menangis je dapat duit banyak tu. Selepas melalui Tol Gombak, Dato' Seri Laden mula memecut kereta beliau. Angka di meter telah menunjukkan 300 km/j. Begitu lah kelajuan kereta Dato' Seri Laden memecut laju selaju sinaran cahaya.

Mereka berdua berhenti seketika di stesen minyak untuk membeli makanan dan minuman. Setelah memarkirkan kereta. Mereka berjalan masuk ke dalam. Usai memilih barangan-barangan kegemaran. Mereka ke kaunter pembayaran. Di mesin cashier menunjukkan "RM58.90sen". Dato' Seri Laden memasukkan tangan ke dalam koceknya. Beliau mengeluarkan sekepul wang dijangka dalam berjumlah RM100,000. Beliau menghulurkan kepada cashier tersebut.

"Saya taknak baki. Kamu simpan lah baki tu. Jangan lupa derma kepada yang memerlukan juga tau. Terima kasih" ujar Dato' Seri Laden kepada juruwang tersebut.

Kau tak tahu, juruwang tu terus sujud syukur tang tu gak. Dia siap beli teruih company stesen minyak tang tu jugak mat.

Perjalanan Dato' Seri Laden dan Datin Faridah diteruskan. Kini mereka menghampiri terowong karak. Sempat lagi mereka berjenaka tentang terowong itu yang dikatakan berhantu dan segala kejadian yang pernah berlaku di situ. Datin Faridah mula tidak rasa sedap hati. Disuruh suaminya agar memandu dengan lebih perlahan dan juga berhenti makan sambil memandu agar pemanduan suaminya mendapat fokus yang penuh. Tapi tidak diendahkan oleh Dato' Seri Laden.

Tiba-tiba, Dato' Seri Laden tercekik kacang dan mula melepaskan stereng kereta beliau. Angka pada meter masih lagi tidak berganjak turun dari 300 km/j. Pedal minyak masih ditekan oleh Dato' Seri Laden. Beliau kini ingin mencapai botol air nya. Datin Fatidah mula panik. Beliau menghulurkan botol itu serta merta kepada suaminya. Suaminya meneguk dan kacang yang tercekik tadi dibawa arus langsung ke dalam perut beliau. Dengan pantas dia menghulurkan semula botol itu kepada isterinya dan langsung memegang stereng kereta.

"Kan saya dah cakap, fokus pemanduan abang tu. Nasib kita tak apa-apa tahu tak??" Marah Datin Faridah.

"Fuhhhhh. Nasib tak accident. Kalau tidak.."

Belum sempat Dato' Seri Laden menghabiskan ayatnya, tiba-tiba sebuah lori milik syarikat roti terkenal Dardenia berhenti dengan mengejut. Bagi mengelakkan beliau bersama isteri mati dengan tragis, iaitu kereta rodok belakang lori, beliau dengan pantas memusing stereng ke arah kiri.

" ehhhh apa lori buat dekat lane kanan ni? Lane kanan untuk kereta laju je lah! Kalau langgar tadi cemana?! Tak aku dengan bini mati terpeleot macam katak puru ja nanti!?" Marah Dato' Seri Laden kepada pemandu lori tersebut.

Sudah dua kali dia bersama isteri ingin menemui ajal. Tapi masih terselamat dengan kebetulan.

Apabila pandangan Dato' Seri Laden di pacu ke hadapan sahaja, tiba-tiba ada sehelai kertas yang melekat tertepek di cermin hadapan kereta beliau. Oleh kerana terkejut, bukan terkejut kerana kertas itu disangka hantu, tetapi gambar di kertas itu menunjukkan muka Perdana Menteri Malaysia yang amat dibenci oleh seluruh golongan marhaen, pemanduan Dato' Seri Laden hilang kawalan. Kereta beliau terlanggar pembahagi jalan lalu menjunam masuk ke dalam gaung.

Ketika kereta mereka menjunam ke dalam gaung dengan efek slow motion seperti cerita James Hond, Dato' Seri Laden telah membuka pintu nya kerana ingin terjun bagi menyelamatkan nyawanya. Tetapi niatnya dibatalkan serta merta setelah di sedarkan oleh Datin Faridah.

"Abang nak kemana tu?! Kita dah jatuh gaung ni!!" Jerit Datin Faridah.

"Abang nak lompat keluar. Nak selamatkan diri abang la apa lagi!!" Jawab Dato' Seri Laden kepada isterinya.

"Sama ja woi! Terjun keluar kereta punn nanti jatuh terjelupuk atas tanah mati gak! Better mati dengan saya dalam kereta ni! Baru la relationship goals!!" Ujar Datin Faridah kepada suaminya.

"Betul jugak tu..." Jawab Dato' Seri Laden.

Beliau terus menutup pintu keretanya. Memegang erat tangan isterinya. Keretanya sudah hampir mencium tanah hutan tebal di hadapannya. Situasinya kini dilajukan kembali. Efek slow motion sudah semakin pudar dan efek normal kembali seperti sedia kala.

Kereta mereka akhirnya mencium tanah lalu meletup. Nyawa mereka dimamah api marak. Mereka meninggalkan anak-anak mereka dengan kekayaan dan juga gelaran yatim piatu.

Si PolanWhere stories live. Discover now