#PrayForLan12

632 9 0
                                    

Sesampai di meja, Polan dengan segera menyuruh Garpu untuk bawa bertenang. Mungkin Garpu masih culture shock dengan apa yang terjadi tadi. Garpu hanya diam seribu bahasa. Masih ingin menelan saki baki makian pasangan tadi mungkin.

"Haa Garpu, aku dah bagi title Garpu tu jangan hang nak terbawa-bawa pulak watak Garpu tu duk senyap ja manjang. Eniwey, sama-sama" Polan bersuara sambil menyindir.

"Ehh, tak tak. Terima kasih encik..." Si Garpu mengucapkan tanda penghargaan.

"Nama aku padia tadi Garpu?" Tanya Polan mula hilang sabar seperti sang teruna dan sang dara di malam pertama mereka.

"Polan, maafkan saya Polan..." Jawab Garpu tertunduk dan berlalu pergi ke bahagian dapur restoran.

Linda yang sedari tadi hanya memerhati mula berfikir bahawasanya Si Polan ini mempunyai hati yang baik. Ada saja caranya yang tersendiri untuk menolong orang di sekeliling. Memang adakalanya perangai Polan itu mengalahkan perangai emak-emak tiri yang kita sering lihat di kaca televisyen akan tetapi hatinya masih ada botanical garden.

"Polan, Linda suka tengok cara Polan. Pandai berkawan. Well, walaupun kadang-kadang cemgampang tapi yelah, hati Polan baik..." Tegur Linda secara tiba-tiba.

"Hang dah awat chika. Dak pernah taw padia tu maksud helping people's in need ka?" Jawab Polan sambil berbahasa penjajah.

"Tak, bukan macam tu. Maksud Linda, Polan ni selalu utamakan orang lain. Sebagai contoh Oleen tu. Polan selalu mengalah dengan Oleen kan? Selalu mengutamakan dia." Jelas Linda panjang lebar.

Polan hanya terdiam. Ada betulnya juga chika rambut karat ni. Teringat pula akan Polan dengan rakan lamanya. Si Tolib Emo. Pernah dulu Si Tolib Emo itu tercekik biji durian, Polan la yang tolong beliau memuntahkannya semula. Menangis teresak-esak Si Tolib Emo itu selama tiga jam sambil mengucapkan ribuan kata syukur kepada Si Polan. Tapi, Oleh kerana terlalu annoyed, Polan hanya meninggalkan beliau seorang diri meratapi biji durian yang pada mulanya cuba menjadi musuh dalam selimut.

Si PolanWhere stories live. Discover now