#PrayForLan20

750 12 5
                                    

Linda memandang mata Polan. Sudah lama Linda tidak memandang mata itu. Seingat dia kali terakhir dia melihat mata itu adalah sewaktu mereka berada di bangku sekolah lagi. Suasana di restoran itu sungguh sibuk sekali. Makanan yang di pesan masih lagi tidak sampai. Mungkin tukang masak masih lagi mencari nasi yang masih bujang untuk dihidangkan kepada Polan agaknya.

Air di dalam cawan sudah berbaki setengah. Ini kalau pishang sangat ni mahu cawan plastik ni menjadi hidangan sang manusia kelaparan. Polan masih lagi steady. Perutnya masih belum lagi mendendangkan lagu-lagu Ahmad Jaiz mahupun lagu Siti Nurhalia itu punn sudah cukup baik dah. Secara tiba-tiba, Linda bersuara.

"Lan, apa jadi ek dekat si Zaki? Aiman apa cerita? Si Tolib? Dia kuat emo lagi ke? Haaaa Mat Arif macam mana? Dah straight dah ke? Haha" soal Linda secara tiba-tiba.

Polan terkedu sebentar. Teringat kembali akan kejadian yang berlaku dulu-dulu. Kejadian di mana menyebabkan mereka sekawan tidak akan bersua muka walau sekali punn. Bukan Polan tidak cuba untuk berbaik sama mereka, ni dah kalau Si Tolib Emo tu ego nak mati mengalahkan motor ego bapak dia nak buat macam mana? Cuba la tukar 125Z ke, LC ke baru lah perangai tu elok sikit. Eh, kita sembang mana tadi? Okay-okay...

"Depa okay ja...." Tipu sunat Polan tanpa niat nawaitu saumaghodin kepada Linda.

"Asal tak ajak diorang lepak sekali? Ajak la cepat. Call diorang cepat hihi" Pinta Linda sejurus menghulurkan telefon pintarnya kepada Polan.

"Depa takdak tepon..." Tipu Polan lagi.

"Takkan la diorang takde telefon? Zaman bila dah ni weh??" Linda akan terkejut dengan jawapan Polan tadi.

"Habistu, korang communicate macam mana??" Tanya Linda lagi.

"Kami pakai..... Kami pakai....." Polan akan tidak mampu menipu lagi.

"Pakai apa?" Tanya Linda ingin tahu.

"Pakai buang?" Jawab Polan berjenaka.

"Lame bang Lan, lame...." Secara tiba-tiba Oleen menyampuk.

Si PolanWhere stories live. Discover now