#PrayForLan9

698 13 1
                                    

Percakapan Linda dipotong oleh Polan yang usai pulang dari kamar kecil. Polan kini membawa seorang rakan di sebelahnya. Rakan semasa di dalam tandas mungkin, kata Oleen di dalam hati.

"Gais, ni kawan wa. Wa jumpa dia dalam jamban tadi tengah skodeng brader sebelah buat kuih." Ujar Polan memperkenalkan kawan barunya.

"Hok aloh mu Polang, dok saboh kabo ke tino mu lagu tu. Malu la ke aku nanti" Balas kawannya dalam loghat terengganu.

"Ye tak ye jugak. Wa mintak maaf Amran Gayboi. Ehh lu taknak duduk dulu ka? Makan la dengan wa beb." Pelawa Polan ke Amran Gayboi.

"Amrang bukang ape Lang. Amrang dok suke kacau daun bagai ulat beluncas sini. Kekgi Amrang nok kene kejar bas balik ganu." Balas Amran.

"Hak elah. Yeke. Kalau centu, bungkus la pape untuk makan dalam bas nanti. Sat, mana waiter ni ek..." Polan tercari-cari akan kehadiran waiter di situ.

"Haaaa tu dia! Woi! Lahnot! Meh sini aku nak tapau ni!" Jerit Polan ke waiter tersebut.

Dengan tegesa-gesa waiter tu datang mendapatkan Polan.

"Ye encik? Ada apa?"

"Nama aku apa tadi?"

"Ermmmm, Polan?"

"Haaa, dahtu awat panggil aku encik lagi?"

"Sorry-sorry...."

"Nama hang sapa?"

"Errmmm... Wan Aiman Maula Syed Nahar, encik"

"Wuishhh, panjangnya nama hang. Apa bosan sangat ka hidup bapak hang bagi nama panjang-panjang?"

"Tak encik, tak..."

"Lani aku bagi nama hang Garpu. Apa nama hang lani?"

"Garpu encik...."

"Haaaa pandai. Lani aku nak order untuk sahabat aku ni sebelum dia berangkat ke ganu."

Polan menoleh ke belakang dan kelibat Amran Gayboi sudah tiada.

"Cilake. Amran gayboi dah blah. Hang punya pasal la ni Garpu! Dasaq bodo Garpu takdak otak"

Si PolanWhere stories live. Discover now