#PrayForLan3

883 16 1
                                    

*4 jam sebelum kejadian*

Datin Faridah memanggil Polan dan Oleen untuk makan pagi bersama-sama. Amat jarang sekali Datin Faridah dan Dato' Seri Laden dapat meluangkan masa bersama-sama anak mereka. Masa mereka berdua selalu dihabiskan dengan business meet up dan business launching. Ini hari, suasana berbeza sedikit.

Setibanya Polan dan Oleen di meja makan, mereka duduk berhadapan dengan kedua orang tua mereka. Di atas meja kini terhidang unta masak kurma dan sparkling import dari bulan. Orang gaji mereka sedang menyusun silver platter untuk mereka sekeluarga. Usai mencedok makanan ke dalam pinggan, mereka membaca doa makan dan terus menjamu selera.

"Polan, oleen. Ayah dengan mama nak pegi outstation lagi ni. Nak jumpa Uncle Aslan. Kali ni ayah tak bawak kamu berdua tau. Duduk dekat rumah dengan kak Nab okay? Jaga adik kamu tu tau Polan." Ujar Dato' Seri Laden kepada kedua anaknya.

Polan hanya mengganguk faham. Nak dijawab, mulut masih penuh dengan makanan. Kalau dijawab juga, nanti kena tempeleng dengan ayahnya memang sia-sia hidup selama ini.

"Ingat tau Polan. Mama dengan ayah amanahkan tanggungjawab ni dekat Polan tau. Jaga Oleen tu. Haaa, kak Nab. Ubat sawan Polan jangan lupa di bagi setiap 6 jam. Haru kalau penyakit lama dia tu datang balik." Sambung mama nya selepas percakapan ayahnya.

"Lan tahu la mama, ayah. Lan dah besar. Boleh jaga diri dan adik dah. Mama dengan ayah jangan la risau. Mama pegi business meet up dengan Uncle Aslan tu lama ke?" Tanya Polan bersahaja.

"Mama pegi sekejap je. Balik hari. Tapi mama cuma nak pesan itu je. Jaga adik kamu elok-elok. Mana la tahu mama dengan ayah dah tak ada nanti. Takde la Polan terpinga-pinga." Ujar Datin Faridah lagi.

"Mama dengan ayah tak ada? Pegi mana lagi? Haihhhh. Asyik kena tinggal ja Polan dengan Oleen ni. Kesian kami." Balas Polan.

"Mama takde? Mama nak pegi mana?? Oleen nak itooot." Sampuk Oleen dengan sleng kanak-kanaknya.

Datin Faridah tidak menjawab persoalan anak-anaknya itu. Dalam hati nya, seperti dia sudah tahu dia dan suami akan meninggalkan kedua orang anaknya itu buat selama-lamanya.

"Mama sayang kamu berdua.." Ayat terakhir kedengaran sayu keluar dari mulut Datin Faridah di meja makan itu.

Si PolanWhere stories live. Discover now