#PrayForLan13

738 12 6
                                    

Setiap kali ada waktu kelapangan, Polan memang suka menghabiskan waktu di kampung halamannya di Kedah. Lagi pun, dia memang ada ramai kawan di sana. Akan tetapi, rakan yang dia paling rapat adalah Si Tolib Emo, Mat Arif Sotong, Zaki Kuat Maki dan Aiman Sopan.

Setiap kali pulang ke kampung, Polan akan berjumpa dengan mereka semua di kedai Pak Ayob Mereng. Bukan saja-saja nama mereng diberikan kepada Pak Ayob, nama itu diberikan bersempena perangainya yang tidak kalah macam budak-budak. Mungkin itu adalah side effect selepas di himpap peti ais tiga pintu agaknya.

Minggu ini Polan berada di kampung. Seraya itu dia menelifon kenalan rapatnya untuk bersua muka di kedai Pak Ayob Mereng. Mat Arif Sotong tidak dapat berjumpa dengannya hari ini kerana perlu menyotong di sawah kepunyaan ayahnya. Zaki Kuat Maki pula sibuk dengan kerja amalnya memaki Budak Surau Syiah yang mengatakan subuh mempunyai 3 rakaat. Aiman Sopan pula sibuk dengan kerja lain.

Ini tinggal seorang sahaja yang sentiasa tiada kerja selain suka dikerjakan. Ya, Si Tolib Emo. Si Polan mengajaknya untuk bertemu di kedai Pak Ayob Mereng tetapi Si Tolib Emo tidak bersetuju.

"Aku sibuk sikit ni. Aduh, tapi aku rindu hang. Jumpa dekat kebun doyan pak aku la okay.." Si Tolib Emo memberi kata akhir.

Oleh kerana amat pishang, Si Polan punn bersetuju. Dengan langkah bismillah, Polan memulakan perjalanan ke kebun durian Si Tolib Emo.

Sesampai di sana, mereka hanya bergelak ketawa sambil memakan durian yang di songlap dari kebun jiran sebelah. Kenapa tak makan je durian bapak Si Tolib Emo?

"Nanti pak aku maghah... Makan doyan kebun jiran sebelah dia dak marah. Dia lagi suka..."

Itulah kata-kata Si Tolib Emo kepada Polan. Sedang sibuk merewang sambil makan durian, tiba-tiba muka Si Tolib Emo bertukar kebiruan. Mulutnya terbuka-buka sambil tangannya menunjukkan isyarat tercekik kepada Si Polan.

"Hang dah awat bangsat? Ajal dah bagi kad jemputan ka??" Tanya Polan dengan cemas.

"Hukkkk hrokkkk hakkkkk krokkk krokkk" Balas Si Tolib Emo.

"Haaaa sudah...." Polan dengan segera berlari ke belakang Si Tolib Emo. Dipeluk rakannya itu dengan erat dari belakang dan proses mengeluarkan biji durian dimulakan. Di tekan sekuat hati perut rakannya itu. Cubaan pertama gagal. Cubaan kedua punn gagal. Sebelum cubaan ketiga, Polan sempat untuk memasukkan seulas durian ke dalam mulutnya sendiri untuk mendapatkan tenaga.

Dan cubaan ketiga, seketul biji punn keluar dari mulut Si Tolib Emo. Si Polan menghembus nafas lega. Si Tolib Emo sudah tidak cemas lagi. Dia kini mula menangis. Menangis kerana tindakan Si Polan menyelamatkannya itu. Si Polan hanya menjawab itu adalah perkara kecil, akan tetapi Si Tolib Emo masih lagi menangis dan mengucapkan penghargaan kepadanya.

"Uhuk uhuk, aku tak taw la Lan, kalau hang takdak tadi, mesti aku dah mati tercekik doyan uhuk uhuk" Kata Si Tolib Emo kepada Polan sambil menanngis teresak-esak.

"Alaaaa hang ni, perkara kecik ja la. Besa la tu. Takkan aku nak biaq hang mampuih tercekik biji doyan. Hat tu kalau masuk surat khabaq, mau tajuk utama 'Kerana Biji Durian, Badan Binasa' wooo" jawab Polan menenangkan Si Tolib Emo.

Si Tolib Emo menangis makin kuat.

"Huaaaaaaaa!!! Hang tak sanggup tengok aku mampuih lagu ni?! Huaaaaaaaa terharuuuuuuuuuuuu!!!!!" Esakan dari seorang raja emo kian kuat.

Dua jam sudah berlalu dan Si Tolib Emo masih menangis. Sudah bermacam cara Si Polan cuba untuk menenangkan beliau. Akan tetapi bertemu jalan buntu.

"Hang ni, dah la. Takmau la nangis dah. Buruk eyhhhh" Kata si Polan memujuk.

"Hang kata aku buruk? Huaaaaaaaa sampai hati hang huaaaaaaaaaa" Teriakan Si Tolib Emo masih tidak reda.

Tiga jam sudah berlalu dan tangisan Si Tolib Emo masih lagi kedengaran di corong telinga Polan.

"Tsk-tsk, awat hang cuba nak bunuh aku biji doyan? Apa salah aku kat hang? Tsk-tsk" Si Tolib Emo kini bercakap dengan biji yang dia tercekik tadi pula.

"Dah la tu barua. Dah tiga jam hang menangis. Hang tak penat ka?" Bicara Si Polan.

"Hang panggil aku barua?....." Tanya Si Tolib Emo.

"Haaa sudah........." polan akan sudah faham apa yang akan berlaku.

"Huaaaaaaaaaaaa sampai hati hang huaaaaaaaaaaaa" Teriak Si Tolib Emo sekuat hati.

Polan tidak tunggu lama lagi. Dia kini sudah rasa meluat dengan emosi tidak terkawal Si Tolib Emo itu. Dengan membimbit dua biji durian hasil songlap kebun jiran sebelah tadi, Polan segera melangkah pulang.

Si PolanWhere stories live. Discover now