#PrayForLan7

674 7 0
                                    

"Wasiat ini ditinggalkan khas untuk kedua-dua anak Dato' Seri Laden dan Datin Faridah. Tiada waris lain yang berhak mendapat kesemuanya selain kamu berdua." Peguam Dato' Seri Laden menamatkan bicaranya.

"Tapi Encik Zain, diorang ni kecik lagi. Encik Zain expect apa? Budak kecik mana pandai jaga duit yang banyak. Why not, semuanya serahkan kepada saya? Saya yang akan uruskan segalanya." Balas Kak Nab bernegosiasi.

"No is a no Nabilah Hudah. Segala harta telah diturunkan atas nama Sukarno Manpolan dan juga Oleen. Awak tiada hak untuk memegang harta mereka" Balas Encik Zain mempertahankan harta-harta anak yatim itu.

"Awak ingat saya tidak tahu?" Sambung Encik Zain lagi.

"Senyap Zain. Okay, kau menang kali ini." Balas Kak Nab hampa.

Zain sudah lama tahu bahawa Kak Nab sudah lama ternanti-nanti akan hal ini. Suatu ketika dahulu pernah Kak Nab berjumpa Zain secara senyap kerana ingin memerterai perjanjian pembahagian harta majikannya jika mereka sudah tiada kelak.

Zain memegang pada amanah dan janji. Jangan biarkan kejahatan membawa kita ke jalan yang salah. Amanah client tu penting. Itu moto hidup Zain.

"Polan dan Oleen tidak perlu menandatangani apa-apa kertas. Harta itu telah pun jatuh ke atas nama mereka" Encik Zain memberi keterangan dengan lebih lanjut.

Si PolanWhere stories live. Discover now