Prolog

2.2K 34 7
                                    

Polan, atau nama panjangnya Polaaaaaaaaannnnnnn haha takde gurau ja. Nama panjang Polan adalah Sukarno Manpolan Bin Laden. Jangan tanya awat Bin Laden. Cerita aku, suka hati aku la nak letak nama bapak dia kobis ka betik ka hak elah. Si Polan ni luruih bendui orangnya. Apa kau kata dekat dia, dia terima ja. Kau tipu dia, dia blur buat sambil lewa. Tapi Si Polan ni protective terhadap adik dia yang satu-satunya iaitu Oleen. Jangan tanya pasai nama panjang Oleen. Dah kalau Polan tu Bin Laden. Oleen mesti la Binti Laden. Takkan Bin jugak der. Oleen ni jauh berbeza daripada Si Polan. Kalau Si Polan tu bingai, Oleen ni celik orangnya. Kalau Si Polan tu luruih, Oleen ni cerdik dan pandai orangnya. Mereka dua beradik saling melengkapi. Mereka takde mak ayah. Mak ayah depa mampuih minum todi masa malam gala konda kondi dekat Sg. Petani.

Si Polan takde kerja tetap. Tapi dia seorang yang berdedikasi dalam bekerja. Dia tahu kekurangan yang dia ada, tapi dia tetap berusaha. Attitude tu yang kita nak dalam diri anak-anak remaja di Malaysia! Contohi the good side of Polan!! Tapi sedihnya, hidup polan dan adiknya tidak seperti yang kita lihat dalam rancangan BersamaDiriMu di TV3suku. Hidup depa, kais pagi makan nasi la buat apa makan pagi. Kesian pagi tu. Kais petang makan hati. Awat makan hati? Sebab depa tak cukup duit.

Polan dan Oleen tinggai di flat penanggalan mak ayah depa. Api dan ayaq, Si Polan rembat secara tidak halal dari kejiranan sebelah. Sebingai-bingai Si Polan, dia ada ability dalam kemahiran teknikal. Sebab dia dulu sekolah berasmara penuh politeknik.

Oleen baru sahaja menduduki PT3. Oleh kerana baru berusia setahun jamban, abangnya, Si Polan dak bagi la dia nak keja ka apa ka. Biaq ja Si Polan tu hat lakukan kerja orang dewasa. Polan bukannya takmau habiskan pengajian dia dulu selepas mak ayah dia mati tercekik botoi ayaq todi. Dia sebenaqnya kesian dengan adik dia. Bodo-bodo dia punn ada la gak hati. Hampa semua hat cukup sifat tu? Ha pikiaq la sendiri. Kihkih

Pada suatu hari, Oleen meminta Polan membeli kasut Nike Air Max untuk dia sempena hari jadinya yang entah aku mana ingat yang ke berapa. Si Polan dengan bangga mendabik dada pi masuk kedai Al-Ikhsan untuk membelinya. Sebaik sahaja Oleen siap memilih, Polan ke kaunter bayaran. Harga tertera menunjukkan 'RM 250'. Si Polan terkedu. Dia membuka walletnya, hanya kupu-kupu yang terbang keluaq. Dia teruih bersuara " wallet ja besaq. Bila tgk dalam, menyedihkan. Duit takdak. Dah la duit takdak, gambaq ic memalukan.". Cashier yang bernama Linda punn tersengih melihat rintihan Polan.

Oleen yang berada tidak jauh dari situ teruih pi tengok Polan. Dia bertanya, " Abang Lan, kalau takdak duit takpa la. Sat-satgi kita mai balik bila ada duit ok? ". Anak kecil yang tidak berdosa itu sungguh memahami abang dia. Linda mula bergenang ayaq mata. Dia seraya teruih bungkuih kasut tadi dan memberikan pada Si Polan. Polan terkejut bagai kena sawan babi. Rupa-rupanya Linda tu anak tokey kedai tu. Hak elah, anjat olan diye buwat. Linda seperti sudah jatuh hati pada kebaikan Si Polan. Dia mengajak Polan untuk keluaq makan sesama malam itu. Polan, dengan bendui dia jawab la, " nak keluaq makan punn ajak orang padia la chika ni ". Linda terkejut, hatinya baru hendak berbunga tiba-tiba sudah berkecai. Bagai dihiris sembilu. Bagai selumbar tertusuk jari. Bagai sang virgin di rodok mallam pertama. Haaa yang last tu aku tatau la sakit ka tidak aku tak kahwin lagi dey.

Plan keluaq makan tu still jalan, tu punn Oleen yang minta maaf semua bagai. Harap Si Polan tu, kimsalam arwah ja la. Bodo piang.

Disini lahirnya, sebuah cinta..... Bersambung lagi

Si PolanWhere stories live. Discover now