#PrayForLan6

741 10 1
                                    

Lamunan Polan terganggu oleh kehadiran Linda di kedai makan itu. Hampir setengah jam dia dan Oleen menunggu Linda. Air yang di pesan pada awalnya sudah berbaki setengah. Nasib baik si Linda sampai juga akhirnya. Lima minit lagi hajat Polan hendak saja dia belah dari restoran bertaraf bintang honey star itu.

"Sorry lambat, Polan, Oleen. Saya ada kerja sedikit tadi." Bicara Linda memulakan perbualan.

"Hak elah chika ni. Lu ajak orang keluar makan, lain kali kasi cepat sampai la. Nasib wa tak blah. Pa cita lu lambat? Menyabun sebelum datang ka?" Balas Polan marah.

"Ish abang ni. Kak Linda dah sampai kan. Cakap la elok-elok sikit. Takpe kak, kami tunggu punn tak lama. Baru la jugak ni. Akak taknak order ke?" Balas Oleen baik.

"Dik, kalau hang nak tahu. Ni la orang melayu. Tak pandai tepati janji. Hang kecik lagi. Besaq nanti hang faham la maksud abang. Nanti bila dah faham, abang izinkan hang maki hamun orang-orang lagu ni. Lani abang tak izin lagi." Polan menasihati adiknya.

Linda hanya tersenyum melihat gelagat mereka dua beradik. Tidak terasa langsung dengan kata-kata Polan tadi. Ini adalah kerana, Linda ni mixed orangnya. Anak kacuk la katakan.

"Kak linda, cantik tak kita pakai kasut ni?" Tanya Oleen.

"Cantik sayang.. Eh, ni bukan ke kasut yang akak bagi tadi? Wahhh. Cepatnya pakai." Balas Linda sambil mengusap rambut Oleen yang menutupi sebahagian dari mukanya itu.

"Eh chika, lu taknak order ka. Gua sudah lapar. Ini perut kalau kasi tunggu lu bersembang boleh buat bunyi dubstep woi. Haaa, tu pelayan. Woi! Mai sini! Aku nak order ni!" Jerit Polan kepada waiter yang bertugas.

Waiter itu datang dengan sepantas kilat menyambar. Takut-takut nanti kalau Polan yang kelaparan pula yang menyambarnya kelak.

"Ye, ada apa yang saya boleh bantu encik?" Tanya waiter itu dengan penuh sopan.

Si PolanWhere stories live. Discover now