"Awak rasa, awak mengandung ke Haura?" Soal Xiong yang menemani Hauraina masuk ke dalam farmasi.

"Inshallah" hanya itu yang keluar daripada mulutnya tetapi senyuman tidak lekang daripada bibir. Hauraina mengambil dua pregnancy test yang berlainan jenis lalu membayarnya.

Pulang sahaja ke rumah, dia terus berlari masuk ke bilik air untuk memeriksa sama ada dia betul mengandung ataupun tidak. Beberapa minit Hauraina menunggu, mata di tutup kerana takut untuk melihat keputusan ujian kehamilan itu.

Perlahan-lahan mata di buka lalu dia memusingkan pregnancy test itu. Air mata terus sahaja mengalir di pipi apabila melihat kedua-dua alat itu menunjukkan dua line.

"Terima kasih ya Allah" Hauraina mengusap perutnya.

Xiong gembira apabila mendengar berita itu, dia merahsiakan hal itu daripada pengetahuan Danish atas arah Hauraina.

Mereka berdua pergi ke klinik, Hauraina mahu memeriksa kandungannya sudah berapa bulan.

"Ha tu nampak, comel je dia" ujar Doktor perempuan itu sambil tersenyum.

"Berapa bulan ya Doktor ?" Soal Hauraina.

"Baru empat minggu Puan" Doktor itu tersenyum lalu dia menyuruh Hauraina mengamalkan makanan yang sihat.

Hauraina merancang mahu buat kejutan untuk suaminya, dia menempah special dinner couple di sebuah restoran.

"Abang, kita makan dekat luar nak malam ni? Arrien dah booking!" Hauraina mengambil coat dan beg kerja suaminya. Tangan Danish di salam.

"Good idea, my little lady. Siapa bayar hm?" Dahi Hauraina di kucup sayang.

"Mesti lah Abang" Hauraina tersengih lalu ketawa.

"Bertuah punya bini! Nasib sayang" Danish ketawa, pipi tembam isterinya di cubit, mereka berdua jalan bersama menuju ke tingkat atas.

Danish memakai suit yang di sediakan oleh isterinya manakala Hauraina pula memakai dress berwarna hitam bercorak rose yang di hadiahkan oleh Danish pada hari lahirnya.

"Damn! You're so gorgeous, my little lady" lutut terasa longgar apabila melihat sang isteri yang kelihatan sungguh berseri. Pakaian mereka seperti pasangan yang mahu berkhawin pada malam itu.

Hauraina tersipu malu, mereka berdua memasuki kereta Lamborghini yang berwarna hitam. Location yang diberi oleh Hauraina di ikut sehingga sampai ke destinasi.

"Pandai Arrien cari tempat" ujar Danish. Mereka punya meja betul-betul menghadap cermin dan sedikit privasi.

Di atas meja itu ada dua pinggan yang berisi chicken chop dan chicken buttermilk kegemaran Danish. Di tengah meja itu ada pasu kecil berisi bunga mawar segar berwarna putih dan merah.

Hauraina tersenyum lalu mereka berdua makan bersama sambil bersembang dan bergurau.

"Arrien, Abang nak ajak daddy duduk serumah dengan kita. Arrien setuju?" Soal Danish.

"Mestilah setuju! Arrien dah lama cadang nak ajak daddy duduk sekali dengan kita tapi takut Abang tak selesa. Yela kitakan perlukan privasi" ujar Hauraina dengan senyuman.

"Abang okay je sayang, daddy duduk seorang aje di rumah. Kesian pula dia, kalau serumah dengan kita boleh lah Arrien temankan dia" ujar Danish dengan senyuman. Hauraina menganggukkan kepalanya. Setuju dengan cadangan suaminya.

DANISH HAIZIQ |✓Where stories live. Discover now