Bab 6

2.5K 100 17
                                    

Danish melihat sekeliling rumahnya yang sunyi. Dia melangkah ke pintu bilik seseorang. Pintu bilik itu dibuka perlahan-lahan. Danish duduk di birai katil lalu menatap muka manis gadis itu.

"You're so gorgeous Hauraina Arrien" Danish tersenyum nipis. Jarinya mengusap pipi gadis itu dengan lembut dan tiba-tiba Danish berhenti. Dia memegang dadanya.

"Oh shit.. why do i feel something in my heart?" Danish mengeluh. Rasa apakah ini?

Danish ketawa perlahan apabila melihat Hauraina mengeliat kecil. Dia tersenyum. Setelah beberapa minit Danish baring di sebelah gadis itu, Danish bangun lalu mengusap rambut Hauraina dengan senyuman di bibirnya.

"Nice to meet you dear and sweet dreams" dahi gadis itu dikucup sekilas.

Pintu bilik Hauraina di buka lalu dia keluar daripada situ.

"Dah terfall in love ke tu!" Perli Xian lalu ketawa.

Muka Danish berubah dingin. Dia menikam anak mata Xian. Xian hanya tersengih lalu dia lari masuk ke dalam biliknya.

.

"Maksom!! sampai hati Maksom" Hauraina membuat muka apabila melihat Maksom memasukkan beg baju ke dalam kereta.

"Maksom balik sekejap je sayang oi! Nanti Maksom balik sini semula ya?" Ujar Maksom lalu mengusap pipi gadis comel itu.

Hauraina mencebikkan bibirnya. Maksom mahu balik ke Pahang kerana anak buahnya mahu khawin minggu hadapan.

"Tak boleh ke saya ikut Maksom?" Soal Hauraina dengan muka yang sedih.

Maksom ketawa lalu menggelengkan kepalanya. Kenapalah comel sangat budak ni!

"Mana boleh Aina sayang. Kamu kena duduk rumah ni, jangan risau ya? Nanti Makjah jagakan Aina di sini" ujar Maksom, Makjah ialah pembantu rumah itu juga. Cuma dia jarang berada di situ.

Bukannya dia tidak mahu bawa Hauraina tetapi dia tidak berani. Hati tuanya tahu yang Danish sudah jatuh sayang kepada Hauraina. Sudah tentu Danish tidak akan senang apabila gadis itu hilang dari pandangannya.

Hauraina menunduk. Bosan lah dia lepas ni!

Danish hanya memandang drama di hadapannya dengan pandangan kosong. Dia mendekati anak buahnya.

"Jaga Maksom"

"Baik Tuan"

Danish mendekati Maksom lalu tangan tua wanita Itu di Salam.

"Hati-hati Maksom. Ni duit untuk Maksom" Danish menghulurkan beberapa keping duit seratus.

"Eh apa ni Tuan ?. Maksom ada duit lah, Tuan dah bagi Maksom gaji semalam" Maksom menolak tangan Danish.

Danish hanya diam. Duit itu di selitkan di dalam beg Maksom yang terbuka sedikit.

Maksom menggelengkan kepalanya. Degil sungguh!

Kereta Nissan Almera berwarna putih itu meluncur keluar daripada halaman rumah agam Danish. Hauraina masuk ke dalam rumah lalu pergi ke dapur.

"Arrien! Sini!" Jerit Danish.

Hauraina terus sahaja berlari mendapatkan Danish di ruang tamu. Danish menepuk sofa di sebelahnya. Hauraina akur. Dia duduk di sebelah lelaki itu.

Danish mengeluarkan satu kotak berwarna hitam lalu di hulurkan kepada Hauraina. Gadis itu hanya diam. Dia tidak mengambil kotak itu.

Danish menarik tangan Hauraina lalu meletakkan kotak itu di tangan gadis itu.

"Amik ni"

"Tapi kenapa awak bagi saya? Saya tak layak dapat handphone canggih macam ni" ujar Hauraina. Sudahlah ini jenis model phone terbaru!

DANISH HAIZIQ |✓Where stories live. Discover now